Bab 7

Humaira dan Amin hanya akan pergi bermain bersama kelompok kawan-kawan yang besar berhampiran rumah kawan yang menjadi tuan rumah. Waktu itu adalah musim bermain getah. Mereka akan menyambung berpuluh-puluh urat getah menjadi satu tali getang yang panjang dan cukup tebal bagi menambahketahanan. Mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. 2 orang ahli akan memegang dan menghayun tali getah. Sungguh seronok. Dalam satu set permainan tali getah, terdapat beberapa peringkat ketinggian perlu dilepasi bagi memenangi keseluruhan permainan. Mana-mana ahli kumpulan yang tidak berjayaakan tersingkir. Ahli kumpulan yang tinggal akan cuba melepasi halangan bermula dari tapak kaki hingga ke atas kepala pemegang getah. Oleh sebab itu, setiap kumpulan akan menghantar 2 orang yang paling tinggi untuk menjadi pemeganggetah. Ia bagi mengelakkan semua ahli kumpulan lain menang senang. Ada juga set permainan yang menggunakan teknik menghayun getah dan memerlukan lompatan dan tarian mengikut lagu yang dinyanyikan ahli kumpulan. 

"Blue black ikan pekasa..

cili oli...

owas...

dang-dang dang besi...

keluar...

A, B C..."

Entah apa yang dinyanyikan. Diwarisi dari abang kakak terdahulu. Lirik juga bercampur aduk bahasa dan lagu. Pedulikan. Asal seronok. Sungguh menyeronokkan walaupun sangat penat, letih terjelir dan dahaga. Mereka akan berlari balik kerumah mencari air dalam peti sejuk. Sudah diletakkan siap-siap dari semalam.Diteguknya rakus lagi dan lagi sehingga tersedak. Giliran Amin pula mengambil tempat. Air di dalam botol ditambah dan mereka berlari lagi turun ke tanah untuk bermain. Peti sejuk itu pun daripada nenek. Nenek telah membeli peti sejuk yang baru, jadi yang lama itu diberikan kepada Mak. Mujur juga ada tempat untuk menyimpan lauk dan air.

Humaira dan Amin adalah antara pemain yang paling tinggi di demand oleh kedua-dua kumpulan. Merekaboleh melakukan aksi gimnastik untuk melepasi halangan di atas kepala dengan jenis cup wheel style. Oleh itu,mereka berdua adalah antara ahli yang boleh membawa kemenangan kumpulan yang mereka sertai. Pada akhir setiap perlawanan, pasti akan dinantikan aksi kedua-dua beradik ini. Mereka hanya akan balik ke rumah untuk makan tengahari,setelah itu akan pergi lagi untuk bermain. Begitulah hari-hari sekiranya tidak hujan. Kalau hujan pun mereka akan keluar di depan rumah untuk bermain hujan. Pada mulanya mereka hanya bermula dengan membuat kapal kertas. Habis dikoyakkan helaian kertas dari buku tulis yang berlebihan akhir tahun itu. Tidak cukup dengan itu, diambil suratkhabar lama untuk membuat kapal kertas yang lebih besar. Setelah itu diambil kapal kertas dibuat main di birai tingkap ketika hujan makin lebat. Sengaja dibuatnya kapal kertas jatuh dari tingkap dan termasuk di dalam lopak air yang agak luas dan sedikit dalam. Begitulah rentetan cerita kapal kertas dan berakhir dengan mereka basah kuyup bersama-sama dengan kapal kertas yang berselerakan di dalam lopak air. Ada yang sudah hancur karam dan ada yang sengaja dikaramkan. Kemudian kapal itu menjadi kapal pembawa air untuk menyerang pihak musuh. Habis baju mereka kebasahan sekaligus semakin ke tengah laman rumah yang hujan semakin galak menyimbah kepala mereka.

Apabila semua kapal telah karam, Humaira mula membuat kuih coklat dengan tanah yang basah. Amin lah yang menjadi pembeli tetap Humaira d cakehouse. Tercongok dua beradik itu duduk di bawah sutuh atap di tepi dinding rumah neneknya. Kuih tanah coklat disusun elok di bawah deraian air hujan yang turun dari atap. Ada yang menghempap kuih ada yang hancur terus. Tapi masih lagi dijual dengan harga yang mahal kepada Amin. Amin hanya mengikut dan melayan adik kesayangannya itu.

Mereka akan pulang ke rumah bila masing-masing sudah kebiruan bibir mulutnya. Sejuk ketar. Masuk diam-diam dari pintu belakang tidak mahu makmenyedari tingkah mereka. Padahal mak sudah sedar dari tadi mereka yang mula-mula turun ke tanah pura-pura mengambil kapal kertas yang jatuh. Apabila bunyi air paip dari luar rumah, mak jugalah yang menghulurkan kain batik buatmereka mengelap badan.

Rumah pada ketika itu hanya 2 bilik dengan lantai kayu dan dinding kayu yang disusun sebagai bilik mandi di luar rumah. Tandas tiada dan merekaakan menggunakan tandas di surau yang hanya berdepan dengan rumah. Dekatsahaja. Ruang untuk bahagian dapur yang sebenar belum ada. Ruang tamu jugahanya betul-betul depan pintu bilik itu. Abah dan mak tidak mampu untuk membuatrumah yang cukup ruang dan sempurna. Malah kayu yang digunakan untuk membuatrumah juga ada yang disedekahkan orang. Biarpun ada yang berlubang dan dimakan anai-anai, asal namanya rumah, ada lantai dan atap sudah memadai untuk mereka buat berteduh. Pasti ada orang kampung yang mengata kerana menggunakan tandas surau. Jika kotor dan busuk, sudah pasti dituduh keluarga abah dan mak punya angkara. 

'Anok Senah la berok tu dok cucur. Busuk!Dok reti nok  basuh semula jambang orang buwi pinjang!, ' Mulut Pak Mat terusan mengumpat. Padahal dia yang tidak membasuh. Ceri beri makan gulai masuk hujan dan berembun semalaman. Sengaja buat onar, fitnah!

Tanah yang digunakan untuk membuat rumah juga bukan milik abah atau mak. Itu bahagian hanya dipinjamkan kepada mereka. Sehingga punya anak juga,nama tanah belum juga ditukarkan hak milik. Memang nenek kata tanah itu untuk mak, tetapi tidak dberikan tukar atas nama mak. Mak hanya mendiamkan diri.Dapat bina rumah itu juga sudah cukup. Duit beli barang rumah juga adalah hasil duit mak dan abah meniaga kecil-kecilan. Pelbagai benda diniagakannya.Minyak urut, toto, kain batik, sutera dan tikar. Untung yang sedikit-sedikit itu dikumpulkan. Habis duit, setakat itu sahajalah. Upah juga adalah daripada tukang rumah yang mempunyai pertalian saudara yang jauh dengan mak. Sengaja meminta upah yang sedikit kerana tahu dengan kedaifan mereka.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
    © Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham