Bab 30

Mak dan Abah memikirkan yang perlu di buat untuk menambah pendapatan. Duit yang Tok Wan Salleh tinggal dulu masih lagi berbaki seratus.Mak betul-betul cermat. Abang ade saeng ajok jual ayang. Tapi die bagi pakamodal die dulu doh abang tak dok pitih, “ Abah memulakan bual. Mak Senah mengerut dahi. Hanya terus memasang telinga mendengar cerita Abah. Abahterus bercerita perancangan. Mak Senah bersetuju.  Juga mengharapkan ada sinar baru buat mereka.Bukan untuk kaya tetapi untuk cukup sudah memadai. Untung dan rugi sudah dicongak-congak dalam kepala Mak Senah. Duit seratus masih lagi disimpan senyapdari Abah. Itu simpanan kecemasan. Jadi didiamkan.

Semua kawan Abah tidak boleh dipercaya. Memang akan menipu dari pengalaman sebelum ini. Pernah senang dan pernah susah dan begitulah kali ini mereka sangat susah kerana Abah terpaksa membawa Mak Senah berpindah dari tanahair Abah. Pahang Darul Makmur. Walau dilahirkan di Kedah, Abah dibesarkan TokWan Salleh di Pahang. Tapi dalam diam Kedah tetap di hati.  Mak Senah sentiasa tahu itu. Balik semula perihalditipu, Abah tetap berkawan. Habis rugi modal dan lagi untung lesap. Dimakan kawan sendiri. Terlalu percaya. Melepaskan semua kepercayaan dan hanya Abah yang jujur. Kesannya, diri sendiri yang susah. Mak sentiasa di sisi Abahwalaupun susah tiada berharta. Ia. Kerana sayang dan cinta.

Mak bukan biasa-biasa. Sebelum bernikah dengan Abah, Mak Senah dari remaja sudah berniaga sama Ayah. Tok Ayah Humaira, Tok Ayah Ismail. Segala selok-belok niaga banyak yang Mak tahu. Kali ini kawan Abah ajak meniaga ayamdengan modal pinjam daripadanya. Tidak mengapalah. Bagus juga, untung dibahagidua.

 Hari itu, mungkin hari yang terakhir ke laut menunggu bisnes yang lain pula. 

Abah sudah tidak mahu kelaut lagi. Tidak tahan dengan mabuk lautdan demam yang kerap. Bila balik, banyak siput hiasan dari ikan yang dibawabalik. Ikan habis dijual Abah. Duit lagi penting untuk belanja rumah danHumaira. Ikan untuk bawa ke rumah juga dijual semuanya. Mak masih ingat. Siput besar bewarna oren berduri panjang dan pendek. Cantik. Memang selalu di buathiasan di kebanyakan rumah di kampung zaman itu. Tapi makan isinya tidak pasti.Siput sebesar dua tapak tangan seperti telinga gergasi dibawa Abah. “InsyaAllah,buleh wak makang nih. Abang tanye doh orang. Tapi jarang la orang berani makingbende pelek-pelek gini gok. Tapi awak rebuh lame sikit. Sedak ni. Saye dukdengo orang cerite, rebih irih makang ngang air asang,” Abah menelan liursendiri.

Mak terus mengangkat siput itu dibelek-belek ralit. Masih hiduplagi siput itu. Abah meminta Mak Senah rebus lama, dihiris dan buat air asam.Cicah. Mak Senah pun menelan liur sendiri. Air asam Tok Wan Melur. Tidak terkalahkan resipi siapa-siapa pun kalau dibandingkan resepi ibu mertua tirinya itu. Memang sangat sedap. Apa pun rezeki Abah, Mak akan buat sampai boleh jadimakanan.

Ada yang kecil dan ada yang besar. Siput telinga besar itu tidak tahu pula apa namanya sehingga kini. Sudah jarang dilihat dimana-mana.Barangkali sudah pupus di Kampung ini sekarang. Iya barangkali. Bau siput rebusmenyeruak di rongga hidung. Humaira yang sedang bermain dengan basikal hadiah arwah abangnya naik atas rumah. Terkocoh-kocoh naik ke dapur. Perut berkeroncong. “Sedaknyer Mok, lapo peruk adik nih. Sedaknye,” Humaira bertanyakan mak apa yang dimasak sambil tangan mengagau mahu rasa. Diketukperlahan tangan itu. Humaira terkejut lalu tersengih memandang Mak. “Adik gibasuh tangang nung. Itang bletung nyer maeng ke tanoh wak kue. Wak kue mendeari ning dik?,” Mak menyuruh Humaira basuh tangan. Terlalu hitam dan kotor.Sebelum bermain basikal yang tinggi itu, Humaira buat kuih tanah. Habis kuku hitam dan kotor. Dibalut pula dengan daun hijau yang besar berbentuk hati.Dipetik dari semak berhampiran rumah Mok. Daun besar dan berbulu diatasnya. Agak miang tetapi suka dibuat main Humaira kerana sesuai dibuat pinggan olok-olok atau kertas pembungkus kuih tanah jualannya.

Isi siput dihiris nipis-nipis. Mak mencucuk garfu dan menghiris dengan pisau yang tajam. Dagingnya agak liat. Bewarna hitam. Setelah dipotong rupanya seperti sushi yang dibalut dengan rumpai laut kering. Sangat mengiurkan.Humaira ambil sekeping dan dimakan. Dia tersenyum dan mengangguk-angguk lalumenari-nari gaya burung dengan tangan yang seperti mahu terbang. Mak tersenyum sahaja. Sebelum Humaira naik ke rumah tadi, Abah dulu yang merasa. Tidak pahit atau rasa yang pelik-pelik. Rasa seperti daging kijang. Begitulah menurut Abahdan Mak. Alhamdulilah. Boleh dimakan.

Abah masih mandi di luar rumah. Menggosok tubuhnya yang melekit dan gatal-gatal kerana terlalu lama kering dengan air masin. Kulit terasa pedih-pedih dibiarkan. Pokok-pokok kecil dibiar tumbuh tinggi di kawasan luar tempat mandi. Jadi pelindung dari orang lain. Walaupun tiada rumah orang menghala ke hutan belakang itu.

Tengah hari itu, mereka makan nasi panas dengan isi siput rebus dan air asam. Hilang letih Abah kelaut. Humaira juga kekenyangan. Mak bersyukur. 


Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh