Bab 17

Balik ke rumah,Humaira diam sahaja. Kesan muka diconteng pen merah sudah hilang digahal dengan peluh dan air mata. Hanya tinggal kesan merah. Jelas di mata mak. Kusam dan penat sekali wajah Humaira tengahari itu. Mak menyuruh Humaira duduk danbercerita. Humaira jadi sayu. Dia sudah tertangkap dengan mak yang mudah menghidu kesedihannya. Tangisan Humaira sudah tidak tertahan lagi. Dia menangissemahunya di atas pangkuan mak dan bercerita dengan sedu sedan yang putus-putus. Mak mendengar sambil menggosok tubuh Humaira. Mak yang mendengarmengalir air mata. Laju di pipi. Serentak dengan itu abah balik dengan plastikikan di tangan. Satu tangan lagi ada siput besar yang kulitnya dibuatperhiasan. Kaki dijirus di luar rumah dengan air tadahan hujan. Abah naik daripintu belakang. Dijirus terus basahkan badan di atas beranda yang dihadang dengan kayu. Mandi terus abah.

Sudah selesai Humaira bercerita, mak menyuruh Humaira mandi dan makan, bersiap untuk ke kelas mengaji. Humaira hanya berjalan kaki kerana rumah tok penghulu hanya 100 meter dari rumahnya. Perlu datang awal untuk giliranlebih awal dan rehal yang cantik.

Abang, anok kite kene bahang ke orang bang. Sedih retok hati saye balik Humaira cerite ke saye. Siang ke die abang wey. Sapa billow pipi kene tapo ke orang. Deme tu tuduh die curi kotok kalang. kene wak nyaknye ke wardeng jare nung. Abah diam sahaja mendengar mak yang sungguh emosi. Ibu mana yang tidak sedih anaknya diperlakukan begitu di depan orang. Padahal bukan dia yang mencurinya. Abah mendengar dengan tenang tanpa membalas. Esok dia akan ke sekolah. Namun tidak akan diberitahu Humaira. Abah mahu bercakap dengan Cikgu Samiha. Mak lega mendengar. Anaknya seorang kini itu harus dibela. Orang susah seperti mereka perlu bangkit agar tidak dipandang remeh dan dipijak. Malam itu abah pergi menjenguk Humaira di bilik. Mengalir air mata abah. Kecil begitu sudah pandai memendam perasaan dan duka. Sayu abah melihat Humaira yang sedang tidur di atastilam nipis. Sudah buruk, sudah bertahun digunakan semenjak Humaira kecil. Abah mengesat air mata yang berada di juring mata adik. Dicium ubun-ubun Humaira memberi kekuatan kepada anak kecil itu untuk ke sekolah lagi esok.

Humaira ke sekolah seperti biasa. Sudah hilang gusar di hati keranapencil box milik DuratulAin itu sudah dijumpai dan pastinya bukan dia yang mengambil. Abah pergi ke sekolah jam 9 pagi. Dibawanya golok di dalam bungkusan surat khabar. Mak sudah berdebar-debar melihat golok yang dibawa. Bimbang terjadi adegan yang tidak diingini. 

Saye bowok saje je eh. biar die tengok aboh sape. Sedo kite ni manusie same blake. orang susoh pun nok cari ilmu jugok.InsyaAllah. Semua akan selamat. Mak mengurut dada. Berdoa yang baik-baik sahaja. Jangang nelang sangak abang wey. Saye tak mboh la masuk jare sungguh lepah ni.Cakak kabo molek ke cekgu gong tu.Jupe slalu guru besor crite blake bia celek mate. Abah berbasikal ke sekolah dengan baju kemeja usang dan berkain pelikat. Itu sahaja baju abah pada masa itu. Yang menjadi seragam mana-mana nelayan.


Abah masuk terus ke kawasan sekolah. Bilik guru dan pagar sekolahsudah tidak jauh. Basikal diletak di tepi blok bilik guru. Terus ke bilik guru.Yer. Memang mahu berjumpa terus dengan Cikgu Samiha yang mendera Humaira. Assalamualaikung!Hok mane sorang cekgu samiha?! Aku nok tengok muke sikek! Mung dere anok akumareng bakpe?! Base bodo! Cikgu Samiha yang sedang berborak terkejut.Matanya terus tertancap pada jasad abah di depan mata. Terus gabra. Mukasemakin pucat. Ramai juga guru lain yang berada di situ. Sedang elok Abah tidakperlu lagi mencari di mana-mana kelas. 


Aku sediri ayoh die dok rajing katok bahang,mung gi tapo gi coteng muke die wak macang anying! Mu napok dok golok ni?Aboh mengangkat golok yang dibawanya dari rumah.Dengan kemeja yang tidakberbutang, kain pelikat yang dikilas sehingga atas betis, abah memang nelang!Cikgu Samiha sudah kecut perut. Terduduk di atas kerusi. Malu dengan guru-gurulain. Encek tulung wak turung dulu golok tu. Saye mitok maaf banyok-banyok.Memang saya saloh. Cikgu Samiha cakap dengan suara tenggelam timbul danbergetar. Begitu gerun dengan kemarahan abah di khalayak ramai dengan senjata.Abah tidak mahu turunkan lagi. Ditetak meja Cikgu Samiha dengan golok sekuat hati. Sampai pecah meja plywood itu. Tinggal kakinya sahaja. Berteraburbuku-buku dan kertas. Koyak rabak. Pecah botol air masak cikgu samiha.Cikgu-cikgu lain mengundurkan diri. Tidak mahu terlibat. Abah masih waras.Hanya mahu memberi amaran. 


Mujur guru besar dan penolong kanan semuanya sedangoutstation untuk mesyuarat di kuala Terengganu. Mung cekgu sepatuknye mung layangsame rate blake. Aku orang susoh nok ato anok aku skoloh. bia panda srupe mung.tapi mung jahak wak anok aku gitu. Abah marahkan cikgu samiha keranamelayan baik hanya pada anak orang yang ada harta dan bekerja kerajaan. Cikgu Samihaterduduk. Abah terlalu sedih kerana tidak menyangka begitu buruk sekaliperangai seorang guru yang mendidik anak bangsa. Encek, saye pung baru tahu budok tu tuduh Humaira, saye dok prekse dulu molek-molek. Jangang wak gini encek.Cikgu Samiha terus merayu. Wadi baru pulang dari tandas. Kebetulan dia melalui depan bilik guru. Terdengar suara orang memekik dari dalam. Wadi mengintai dannampak abah Humaira sedang mengamuk. Dia berlari terus ke kelas untukmemberitahu Humaira. 


Humaira, aku napok ayoh mung duk ngamokdalang bilik guru. Yer maroh ke cekgu Samiha pasa mareng hor. Biar padang armuke yer maroh mung. Wadi bersungguh sungguh bersemangat. Dia juga turut gembira abah Humaira datang menuntut keadilan bagi pihak Humaira. Habis merecik air liur di atas meja kawannya yang duduk di meja hadapan. Masa itusemua guru bertumpu masuk ke bilik guru untuk melihat apa yang berlaku. Humaira tersenyum. Abah berani .Abah gagah. Sayang abah sangat sangat. Anak kecil itusungguh gembira dengan mata yang berkaca-kaca. Tidak menyangka abah akan datang marahkan Cikgu Samiha bagi pihaknya. 

Mr. Tiu juga tergamam. Dia terasa dengan apa yang telah dia lakukan kepada murid lain walaupun bukan pada Humaira. Cekgu,kalu aku dengo lagi mu wak gitu ke anok aku, siak la mu aku report ke polih.Mung ingak molek! Terima kasih. Cekgu-cekgu kireng salang ke guru beso. Bunyilagi anok aku kene dere, aku mari cari mung di rumoh mung! Abah terlalumarah hari itu.  Abah pulang terus ke rumah. Humaira langsung tidak pergi ke bilik guru untuk menghendap abahnya. Dia hanya belajar di dalam kelas seperti murid-murid lain. Gembira dantenang. Selamat serasa dia untuk belajar. Tiada lagi kerisauan di hati. Humairasangat bangga pada abah.

Ain dan Asniwani juga lega. Pasti selepas ini cikgu-cikgu tidakakan melayan mereka dengan teruk lagi.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh