Bab 3

Sebelum selesai hariitu, Ustazah ada berpesan kepada semua anak-anak bahawa mereka akan mengadakan Hari Keluarga Pasti. Oleh yang demikian, ibu bapa dijemput hadir bagi menyertaiaktiviti serta menyokong anak-anak mereka pada hari tersebut. Humaira sedar,abah dan mak tidak dapat hadir kerana perlu bekerja. Kerja abah sebagai nelayan dan mak sebagai penyiang ikan di tepi pantai pasti akan sibuk sepanjang hari.Anak kecil berumur 6 tahun itu sudah sedar akan kesusahan hidup. 


Malah mainan juga tidak diminta-minta. Permainan hanyalah dengan apa yang ada di tanah dan pokok-pokok di sekeliling rumah. Kawan-kawan sewaktu ini hanya dengan adik-beradik yang lain atau anak-anak jiran tetangga. Humaira tidak kisah akan hadir atau tidak  abah dan maknya. Namun begitu, Hari keluarga yang akan berlangsung di sekolah tetap membuat jiwa kecilnya berbunga riang. Mereka beramai-ramai akan bermain meletupkan belon dan air. Di dalamnya diletakkan gula-gula dan tepung. Itu adalah kegemaran Humaira.Membayangkan permainan itu sudah membuat Humaira tersengih-sengih sendiri. Sewaktu pulang dari sekolah, Humaira skipping kerana terlalu gembira.


Aboh, esok ade hari keluarge kat skoloh adik. Adik nok maing pecoh belong. Mesti sedak. Hehehehe... Kawan-kawan adik ade jugop. dop sabo rasenyer.Yeay yeay.. Humaira menepuk-nepuk tangannya. Kemudian dia memanggil pula abangnya. Darjah 3, lebih tua darinya. Amin adalah abang Humaira yang paling rapat. Mereka adalah temanbermain sewaktu petang dan teman tidur. Seperti belangkas. Mungkin kalau Humaira sama tinggi dengan Amin, pasti dikatakan saudara kembar dua orang itu. 



Abang,esok orang ade hari keluarge dekat skoloh. buleh maing belong rama-rama. pahtugop dalang tu kalu sape tuoh yer buleh cukelak banyok ar. Nati kalu orang buleh banyok cukelak, orang wak balik ar ke abang atep deh. Abang doa la ke adik. 


Amin pun turut excited denganhari itu. Mereka suka memecahkan belon beramai-ramai. Aktiviti permainan disekolah adalah yang dinantikan kerana bermain belon dengan jumlah yang banyak begitu jarang buat mereka. Sebarang hadiah akan cuba dimenangi sesungguh hatidan dikongsi bersama adik-beradik yang lain. Esok abang ade perekse dekat skoloh. Adik doalah ke abang deh. Sape buleh nombor satu nati buleh hadiohbasika. Kalu abang buleh basika nati, abang buleh ajor adik gateh basika.Humaira bertepuk tangan. Bersorak dengan apa yang diceritakan Amin. Yeayyeay yeay! Adik doa kat abang, Ya Alloh, bagilah abang aku dapak nombor satu.Bia die buleh naik basika gi skoloh. Ameen...Basikal adalah sesuatu yang mahal pada masa itu. Rm 150 itu begitubesar nilainya. Ibarat Rm 1500.


Abah dan mak hanya memandang tingkah dua beradik itu. Memang bagushubungan mereka. Jarang sekali mereka bergaduh atau berebutkan sesuatu.Masing-masing sudah faham dengan erti bertolak ansur dan berkongsi sesamemereka. Saye pun ade dengor baru ni, cekgu di skoloh Aming ade royak pasal buleh basika tu. Deme tu royak Aming tu budok cerdek. Mak memandangabah dengan senyuman nipis. Mereka berdua tidak mampu menyediakan keperluan belajar yang cukup buat anak-anak. Sekadar kelengkapan yang betul-betul asas. 


Pakaian seragam hanya sepasang, hanya akan dibeli apabila sudah tidak padanatau singkat dengan anak-anak. Yeke bang wey? Molek la tu, kalu ade rezekidie, buleh la basika tu. Lame sangat doh duk teliur ke basika anok orang. Yernok, bia la die sendiri blajo sungguh. dop payoh nok suruh-suruh.Kite pun Allohbagi mudoh, anok-anok pun dok wak peranga, mudoh nok ajo. 


Mak masihtersenyum. Bersyukur dikurniakan anak-anak yang molek pekertinya walaupun hiduptidak mewah. Sungguh doh awok royak tu. Mudoh sungguh kite Alloh bagi nok jage anok.Susoh sesok kite pong, ade lagi hok lagi sesok, buleh lagi kite ni nok beliberah wak makang hari-hari. Abah tetap bersyukur dengan apa yang ada.Allah Maha adil dalam segala hal.

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh