Bab 18

Petang itu Humairasudah menyiapkan kerja sekolahnya. Dia buka pula buku Bahasa Inggeris untukberlatih membaca dengan sebutan yang betul. Tajuk pasal binatang. Disebutnyasatu-satu dengan gambar yang mempunyai perkataan di bawah. Humaira cuba menyebutberdasarkan apa yang telah Cikgu Faridah ajarkan pagi tadi. Namun ada beberapaperkataan yang dia sudah lupa sebutan. “Turtle”. Gambar penyu wrna hitam dantompok-tompok di belakang. Penyu. Tur..tle..Tul tler..Turt le.. Aish..guanadoh..dok ingak pulok doh.

Abah baru usai solat. Mak juga. Mereka pergi jenguk ke beranda mahumelihat Humaira yang terbongkok-bongkok dengan buku. Susah benar perkataan yangingin disebut itu. Abah mengambil buku dari Humaira lantas dengan yakin inginmembantu anaknya. Hok mane adik? Meh sini aboh ajo,.Humaira menunjukkan gambarpenyu. Hor..hok ni tutt tler.. Humaira mengikut, tutt tler...Mak pulamengambil buku daripada abah. Bukang bang..gini sebuk dik...tu...li.......Humairamengikut dengan lurus. Abah ketawa berdekah-dekah. Humaira tidak faham kenapakerana perkataan itu tidak diketahui maknanya. Mak dan abah hanya menyambungtawa. Humaira terpinga-pinga. Setelah dijelaskan maksud perkataan barulahHumaira menyambung ketawa. Dia akan bertanya kembali kepada kawan-kawan lainbagaimana harus menyebut.

Humaira terus melakukan ulang kaji sebelum mengemas buku-bukunya.Kejadian hari itu pasti akan terus melekat di fikiran. Meninggalkan kesan agak besar dalam hidup Humaira.Wataknya semakin tenggelam. Sukar menyuarakan kehendak diri sendiri. Takutuntuk menonjol di dalam kelas. Tidak berani untuk melakukan sesuatu yangdiingini. Takut dituduh dan sering berwaspada. Tidak dipinjam barang orang lainseperti selalu, tingkahnya sangat halus dan berhati-hati. Ibarat berjalan diatas lantai yang berkaca. Dirinya sudah ibarat bilik yang suram, hanyamenggunakan lilin kontot yang semakin terbakar sumbu benang. Hanya tinggalsedikit di hujung. Sipi-sipi untuk melihat. Begitulah perasaan dalam jiwanya.Agak kabur untuk diselami mak dan abah. Sokongan sentiasa diberikan agar anakitu kuat.

Rutin abah sangat suka ke surau depan rumah. Masjid lama Pantai Merchang nama diberi sejak bepuluh tahun dulu. Siapa lagi yang mahumemakmurkan surau itu kalau bukan yang terdekat atau hanya di dalam parti BulanHijau. Orang kampung sudah semakin kurang kecuali malam ramadhan atau di pagiaidilfitri kerana khutbah dan rakaatnya yang sedikit dan ringkas. Ramai antaramereka pergi ke masjid baru kerana mereka parti Dacing Biru. Itu punjarang-jarang waktu ketika ada program yang dibuat. Surau terbiar dengan najiscicak yang merata. Karpet yang berdebu. Kipas yang semakin berkarat dihembusangin laut. Sejadah yang semakin reput. Keadaan lebih teruk di saf muslimat.Saf muslimin adalah paling bersih di saf hadapan dengan tempat tok imam. Azankadang-kadang cukup lima waktu solat, kadang kadang tidak. Waktu subuh danzohor orang sibuk ke bukit untuk menebas dan berkebun. Yang hadir hanyalah orangtua dan cucu. dicampur semua dalam lima orang satu saf. Abah masih gemar kesurau lama jika tidak ke laut. Kadang-kadang abah tolong bersihkan lantai suraudan basuh kolah masjid. Abah suka datang awal sebelum subuh dan pulang lewatselepas waktu isyak. Begitulah abah diperhatikan mak.

Hari Khamis itu abah tidak jadi ke laut kerana kawan abah kenatampal bot. Ada yang bocor katanya. Jadi abah akan berada di rumah dan kesurau. Waktu zohor itu, hanya abah dan tok imam yang ada. Cikgu Dollah danabah. Cikgu Dollah cikgu pencen di kampung. Mereka pulang awal untuk makantengahari di rumah. Mujur abah sudah simpan ikan semalam di dalam peti. Kalaudijual semuanya, hanya ikan masinlah santapan mereka hari ini. Pintu surauhanya diselak dibiar mungkin ada yang musafir ingin menyinggah. Waktu itutingkap-tingkap surau dibiar terbuka mengudarakan ruang dan langsir yangberhabuk.

Jam 3 petang, agak riuh kedengaran suara budak-budak di belakangsurau. Dibiar sahaja abah. Mungkin pergi mencari pucuk nipah buat rokok ataumengais lokan di selut. Di situlah tempat mereka bermain dan berehat. Ada yangmenyelam. Ada yang berenga. Ada yang melempar air. Ada yang membuang air. Adayang berendam. Habis basah kuyup. Menyejukkan badan di dalam air. Air sungaibelakang surau ke? Tak lah. Dalam kolah surau. Betul. Habis kecah lantai dengan air yang tumpah. Air di dalam kolah sudah berubah warna. Yang menyental baju punada. Budak-budak. Apalah yang tahu selain berseronok. Budak pantai, bukan darikampung abah. Setelah selesai, mereka berjemur di beranda surau tidurmelelapkan mata.


Pak Awang yang datang untuk bersiap Asar sampai. Awal, mahuberebut mic dengan cikgu Dollah.Katanya suara dia lagi sedap dan merdu ibarat buluh perindu.  Padahal tidak lunak, hanya lagu yangdipanjangkan sendiri dengan suara yang hampir putus di halkum. Semua orangsudah tahu. Dia sahaja yang boleh menjadi imam. Semua orang sudah tahu. Dialahayah haji lagi alim dan warak. Pak Awang sendiri yang meletakkan nama. Aduhai.Assalamualaikung warohmatulloh..kuat sekali salam Pak Awang sampai terkejutkucing tidur dan lari dari situ. Takut dengan Pak Awang yang biasamenghalaunya. Terbangun budak-budak yang tertidur di beranda surau lalu terusbersembunyi di belakang kolah. Pak Awang pijak kain buruk di depan pintu masuksurau dengan pagar serendah pinggang. Lalu meluncur lajulah Pak Awang tersembamdan terbongkang berhampiran kolah surau. Tercampak serban di bahu Pak Awang. Adudududuh..anokmonyek jatoh, jatoh golek, dalang koloh. koloh tok mung! Pak Awangmelatah sambil meluncur laju. Dia bangun perlahan dengan jubah putih yang basahkuyup. Hahahahahahaha! Padang muke!. Budak-budak yang senyap-senyapmemerhati ketawa berdekah-dekah. Terbangun dari tempat bersembunyi memegangperut menahan senak. Pak Awang bangun secepat mungkin terhuyung hayang di ataslantai yang berair. Base kurang ajo. Mung anok piye? Habih basoh jeruk sura, air kolohkeruh keroq, mung siap mung! Pak Awang sekali lagi meluncur laju. Budak-budak nakal itu tinggal di kawasan pantai. Memang agak kasar perangai dan kurang adabberbanding budak-budak kampung. Setelah melompat dari pagar surau, mereka teruslari lintang-pukang bimbang kena lempar penyapu dengan Pak Awang. Pucuk nipahdan lokan sempat dilarikan. Memang lantai surau dan kolah sudah keruh dan licinhasil tinggalan budak-budak itu. Masih bersekolah rendah, tidak dapat berfikirmana baik dan buruk. Semua menjadi keseronokan bagi mereka. Tidak tahu manadosa dan pahala. Pak Awang kurang suka dengan abah. Namun sering meminta tolongdengan abah. Jika ditanya orang lain, pasti Pak Awang yang mengaku dia yangmeolong. Padahal hanya menyuruh orang lain.


Ali! Mari tulung gaha koloh dengang basuh lata sura ni, keroq abihbudok duk pata mari takdi. Aku dok dang nok katok je. Kalu dang ke aku, dokcukuk tanoh la. Pak Awangmenyuruh abah yang hampir sampai ke surau untuk solat asar. Abah hanyatersenyum dan mengangguk. Selepas asar nanti abah akan bereskan. Tidak mahuorang lain melihat apa yang dibuatnya. Nanti dikata menunjuk rajin dan inginupah tok penghulu. Setelah semua orang sudah tiada di surau, abah membuangsemua air di dalam kolah dan menadah dengan yang baru. Lantai dilap, airdicurah untuk menghilangkan kotoran selut di lantai. Selut baran nipah memanglikat dan hitam. 


Humaira tidak pergi bermain petang itu. Dia datang melihatabah yang masih tidak pulang selepas asar. Mak minta Humaira datang jenguk. Diapula yang menyinsing kaki seluar untuk membantu abah mencurahkan air ke lantai.Abah yang mengelap. Hanya menggunakan tuala. Tidak menggunakan mop keranalantai lambat kering dan tidak berapa bersih. Humaira begitu seronok bermainair sambil membantu abah. Riuh rendah dengan suaranya apabila air terkena baju.Basah kuyup. Kadang-kadang sengaja dibuat basah sendiri. Mereka pulang hampirpukul 6 petang. 

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh