Bab 22

Semalaman berlalu,Humaira sudah sedar dari tidurnya yang panjang. Bangun seperti biasa dan mencari pakaian sekolahnya di dalam bakul. Adik cari mende tu? Baju sekoloh wak ape pulok doh? hari ni kang cuti, Abah menyedarkan Humaira yang ingin bersiap ke sekolah. Tidak jadi pakai lalu Humaira duduk termenung. Humaira masih diam membisu. Dia sudah lupa apa yang telah terjadi pada dirinya semalam.Abah memandang Humaira dengan penuh kasih lalu digamitnya adik untuk pergi dekat abah. Adik sihak dok ari ni? Mareng adik ingak dok adik nok lemah air? Abah bertanyakan perihal semalam. Adik mimpi mende? Aboh panggil adik tak mboh bangung. Abah menggosok-gosok kepala Humaira. Tidak menyangka Humaira akan pergi bermain pantai bersama kawan-kawan. Abah sudah berpesan banyak kali kepadanya. Humaira seolah-olah baru teringat. Dia baru tersedar apa yang berlaku. Adik dengo macang ade orang panggil-panggil suruh gi dalang lauk..Adik rase kaki jalang sediri..

Humaira menceritakan detik yang berlakusemalam. Abah hanya tekun mendengar dan terseyum hambar. Waktu petang begituhampir dengan maghrib memang banyak puakanya di kawasan pantai dan laut.Humaira menggenyeh matanya yang masih mengantuk. Digosok-gosok hidung sehinggamerah. Apa yang abah bimbangkan sekiranya makhluk tersebut ada yang mengikutdan terus berdamping dengan Humaira. Minta disimpangkan Allah. Wajah yangdigambarkan Humaira seperti ikan duyung yang sangat cantik dengan sisik yang berkilauan melambai-lambai dengan tangan. Gigi yang putih dengan alis mata yang sangat hitam panjang. Humaira memang begitu tertarik dengan cerita-cerita mitos oleh neneknya. Apabila terjumpa di laut tempoh hari, itulah yang ingin  diikutnya. Ingin menyentuh dan memegangnya. Hati anak kecil siapalah yang tahu. Abah menarik nafas lega dengan rasa syukur yang sangat mendalam. Mujurlah Humaira bukan korban laut Merchang yangpertama tahun ini.


Di pantai itu dulu tempat orang memuja laut dan membuang ancakdengan pulut kuning. Kononnya bagi menyelamatkan nyawa penduduk kampung yangpergi ke laut dan mandi-manda di situ. Mereka juga percaya ada penunggu yang menjaga laut serta memberi hasil laut yang berbakul-bakul kepada nelayan yangberda di kampung itu. Mereka terbawa-bawa dengan adat dan budaya orang Hindu dan Budha sebelum mereka. Padahal itu semua adalah rezeki daripada Allah yang Maha memberi rezeki.


Masih terngiang-ngiang di telinga abah dengan kata-kata yangdiulaskan satu persatu oleh tok guru semasa abah di Kedah dulu. Manusia itusejak dari dalam kandungan ibunya sudah dicatat rezeki, ajal dan jodohnya.Tidak akan lari sedikitpun daripada perancangan Allah yang Maha Bijaksana.Setiap rezeki itu telah tertulis nama si pemiliknya satu persatu. Tiada yangkurang atau lebih. Namun begitu, kita selaku hamba yang lemah perlu berdoa danmemohon akan keredhaan Allah selama kita hidup. Diizinkan Allah rezeki bertambah-tambah dan rahmat melimpah ruah. Abah tersenyum sendirian. Rindukansaat-saat ketika berguru di tempat kelahiran selepas habis sekolah. Mula-mula malas dan sibuk dengan kerja buat bendang atok. Setelah diajak-ajak kawan-kawan yang lain, Abah mula mengikut. 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh