Bab 33

Alhamdulillah ayam habis dijual. Begitulah setiap pagi rutin Abahdan Mak. Untung tidaklah begitu besar, namun cukup untuk menambah barang dapur.Humaira lebih ceria dengan Abah disisi. Mak juga bahagia dengan Abah yang sudahberubah. Kembali kepada Allah, mendidik anak dan isteri. Namun, orang kampung masih ada lagi yang memandang serong. Biarpun mereka sendiri tidak pernah cukup solat fardhu dan puasa. Ayam dan itik dilepaskan sesuka hati. Di kampung itu,hanya tok Ayah Acu dan Pak Cik Usop yang membela lembu. Lembu Tok Ayah Acuhanya tiga ekor, tapi lembu Pak cik Usop yang paling banyak. Setiap petang Tok Ayah Acu akan mengangkat kain sarung seperti cerita tamil hingga ke peha merentas kemuncup dan lalang untuk mendapatkan lembunya. Kalau Pak Cik Usop, kadang-kadang dia akan menghambat lembunya dengan motor, kadang-kadang anak sulungnya Darus yang akan mengejar lembu. Masih tidak biasa. Sering kali Humaira ternampak Darus yang dikejar lembu. Lintang pukang juga Humaira, Ain dan Asniwanie lari dek takut lembu.


Dahulu, hak orang, tanah orang tidak dihiraukan. Mungkin tiada yang menegur. Habis dibedal. Rumput di tanah orang habis diragut rumput. Pokok bunga orang di dalam pagar juga habis botak tinggal ranting. Tiada ilmu agama. Tidak belajar. Jiran-jiran bermasam muka, bergaduh tidak bertegur. Najis kambing dan lembu merata-rata depan rumah orang. Busuk dengan air kencing haiwan yangmelepas di situ. Kesianlah rumah orang susah yang tidak berpagar. Ada juga yang tidak mengira dan buat tidak tahu. Yang penting nanti raya korban, ada yang mengagihkan daging percuma. Kini tidak lagi. Masing-masing sudah belajar ilmu agama. 


Berlari Humaira sehingga terpijak tahi lembu yang bertompok-tompokdi atas tanah. Ada yang kering ada yang masih panas dan basah. Begitu segar.Terjelopok Humaira, najis terpercik ke muka. Selipar jepun sudah terbenam didalam itu. Tinggal. Yng penting nyawa. Lembu dan kambing selalu tidak puas hatidengannya. Dikejar Humaira. Di dalam hati selalu disalahkan baju yang merah.Memang begitu. Apabila merah yang dipakai, memang petang itu Humaira akan dikejar.Padahal semua lembu buta warna. Humaira akan lari sampai ke rumah setelah lembu pergi, dia akan kembali mendapatkan kawannya, sambung bermain. Kadang-kadang terlupa, jumpa esok saja.


Namun Mak tidak pernah kisah dengan orang kampung. Siapa yang mahuberkawan dengannya, itu sahajalah. Tidak pernah lebih dan kurang. Bagi Mak,zaman kanak-kanaknya tidaklah begitu menarik dan seronok. Dia lebih rindukan zaman remajanya yang berniaga dengan tok Ayah. Speanjang hari dan minggu.Sehinggalah Tok Ayah menikah dengan isteri baru.


Mak mengeluh mengingatkan zaman dia muda-muda. Kini pun masih muda,Cuma tidak semuda dulu. Bebas dan tidak bersempadan. Tiada yang menghalang dia berniaga dengan Ayah yang selalu memanjakan Senah. Setiap hari dialah yang akan meneman Ayah dengan lori kecil penuh dengan barang jualan. Mak Senah anak perempuan pertama dalam keluarga itu. Sudah pasti dia yang paling disayangi berbanding yang lain. Mak tersenyum mengingatkan yang sudah lama berlalu. Namun masih juga terhimpit dengan kenangan yang tidak mahu dia ingat lagi.


Petang itu, Mak hanya berehat-rehat santai melihat Humaira yang bermain tanah di muka pintu. Buah mingja atau buah congkak yang dikutipberhampiran rumah dikopek dengan berhati-hati. Jari-jari bermerahan melekat seperti kertas yang melekat dengan gam yang sudah kering. Kadang-kadang terasa sedikit pedih kerana getah dan kelikatan kulit buah tersebut. Sedap digorenglama dengan pasir pantai. Ada yang memanggilnya buah malinja. Sedap juga dibuat kerepek.


Mak Senah ralit membuat kerjanya sehingga ada terdengar suara Humaira menjerit memanggil Mak. “ Mok, ade orang mari drumoh ni!!! Saeng mok nok jupe Mok,” Jerit Humaira dengan tangan yang berjeluas dengan tanah. MakSenah tersenyum. Kawannya Ani datang dari kawasan rumah sebelang pantai. “Orang patta mari duane? Lame dok kelih deme wey, ambe teringak gok, sapa lalu la muke tangge, “Mak berbasa-basi. Mak Ani memakai tudung dengan diikat reben besar di bawah dagu. Ringkas sekadar menutup rambut dan leher. Begitulah pada zaman 90an.Mak Ani memberi salam lantas duduk di atas tangga. Menanti Mak membasuh tangan.Mak bawa air teh dengan biskut kering. Petang masih awal. Abah sudah keluar ke masjid dan masih belum pulang. Mungkin bersembang dengan jemaah.


Mak Ani diam kemudian memandang Humaira di bawah tangga. Mak menyuruh Humaira bermain dengan kawannya dan balik sebelum maghrib. Humaira terus berlari dengan melompat sekali sekala seperti lagak Bujang lapok. Seronok dia. Pantang disuruh.


“Aku mari ni nok cerite ke mung pasal anok-anok aku, berat dohberase dade ni duk mikir ke deme tu” Mak Ani memula bicara. Hal anak-anak begitu menyempitkan dada. Datang berjumpa Mak Senah kerana tahu sahabat baiknya itu pandai menyimpan rahsia. TIdak sepertiyang lain suka mencanang menambah duka. Mak Senah sudah mengagak. Diambil buahmalinja diletak di atas kuali dengan pasir pantai yang sudah tersedia disimpandidapur. Mak Ani menunggu Mak Senah menggoreng buah itu. Sambil-sambil itu MakSenah akan pergi mendengar luahan hati sahabatnya.


“Mujur jugok tok laki aku dok balik lagi, buleh hor cerita dengangmung, “Mak tersenyum. Bimbang kawannya akanmerasa terbeban dengan kedatnagnnya yang tiba-tiba. Anka Mak Ani hanya duaorang. Suami kerja kelendan lori meneman orang ambil hantar barang. Dia kerja menyiang ikan untuk tauke buat keropok. Gaji hari. Cukuplah dengan gaji suaminya yang balik seminggu sekali. Anak yang sulung tidak bekerja.Jarang-jarang mengikut orang kelaut bila duit belanja tidak diberi Mak Ani.Yang nombor dua ponteng sekolah. Akan melepak dan mengikut kawan-kawan yang tiada arah tujuan. Mak Ani sedar akan silapnya tidak tegas mendidik anak-anak.Tidak berusaha untuk mencari peluang ceramah agama Islam. Hanya pentingkan dunia, duit dan kelangsungan hidup. Anak-anak dibiarkan sepi dengan alam remaja yang tidak berteman. Yang buruk dan yang baik disapu rata, tiada yang menegur.Begitulah setiap hari. Mak Senah setia mendengar luahan Mak Ani.


Buah malinja goreng pasir digigit secara bulatan tidak kuat,diambil, buang cangkerang ke tanah. Isi dimakan suam-suam, panas sekejap sajamenyinggah, dimamah. Terasa pahit sikit, tetapi lemak dan garing. Dimakanpanas-panas memang ralit sambil melayan sembang. Bila dah sejuk jadi keraspula. "Aku ni kalu mung takdok, aku senyak je lah Nah." 

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh