Bab 15

Loceng sudah berbunyi. Telah sampai waktu rehat. Humaira agak lambat keluar dari kelas. Dia terlebih dulu menyiapkan kerja sekolah jawi Ustazah Bibi Sabariah. Huruf-huruf jawi hanya disambung-sambung mengikut rasa. Mana yang ada ekor boleh sambung. Mana yang tak ada tak bolehlah. Begitu kusyuk dia menulis sampai terbongkok-bongkok. Tidak sedar masa rehat yang hampir habis. Terkocoh-kocoh dia keluar apabila Ain dan Asniwani memanggil dari luar kelas. Woi!Cepak lah tubek! nok abih rehak doh ni. Aku beli doh makanang ke mung. Mari ar makang dulu. Humaira menghabiskan perkataan terakhirnya dan terus menutup buku.  Dia keluar dan mengambil keropok goreng. Mengunyah laju agar tidak terlambat masuk ke kelas semula.


Waktu selepas rehat adalah kelas Bahasa Inggeris. Teacher Faridah.Sangat lembut dan baik hati orangnya. Humaira dan rakan kelas semuanya sukakan cikgu bahasa Inggeris mereka walaupun mereka tidak begitu pandai dalam matapelajaran tersebut. Wajah cikgu yang putih dan berseri sentiasa ditatap puas.Cikgu pergi ke kiri, mereka ke kiri. Ke kanan pasti akan focus ke kanan juga.  Apabila dibuat salah, menyebut atau menulis, pasti ditegurnya dengan baik dan tidak memalukan di depan murid lain. Kerja sekolah bahasa Inggeris pasti akan sedaya upaya disiapkan dengan cepat dan betul. Teacher Faridah akan melukiskan bentuk senyuman apabila semua soalan dijawab dengan betul. Masing-masing akan menunjuk-nunjuk apabila mendapat little smiley tersebut.


Pintu kelas tiba-tiba diketuk. Ada pelajar dari kelas 2 kuning meminta untuk berjumpa dengan Humaira. Humaira adalah dari kelas 2 biru. Lebih belakang dari kelas itu. Dia meminta izin daripada Teacher Faridah dan berpesan Cikgu Samiha mahu berjumpa dengannya. Humaira tercengang-cengang. Cikgu Samiha adalah cikgu matematik yang mengajar kelas lain dan bukan kelasnya. Cikgu yang paling garang setaraf dengan Mr. Tiu. Kecut perut Humaira sehingga seriau kekaki. Sejuk memikirkan apa yang bakal terjadi. Dia tidak dapat mengagak apakah sebabnya. Humaira terus berfikir sekiranya ada kesalahan yang dia lakukan hari ini atau sebelum-sebelum ini. Namun tidak ada apa. Segala peraturan sekolah diturut sebetulnya.


Sesampainya dia di kelas itu, Humaira dipanggil ke meja hadapancikgu. Terus Cikgu Samiha bertanya dengan kasar. Awok curi kotok kalang DuratulAin? Baik awok mengaku cepak! Saye nok awok seroh kang balik barang DuratulAin sekarang jugok! Ditamparnya pipi mulus Humaira yang tidak tahu apa yang terjadi. Humaira terpinga-pinga. Menggosok-gosok pipinya yang pedih. Sudah berbekas merah. Air mata tidak lagi keluar kerana masih lagi terkejut. Awok nok saye panggil ayoh die ke? Ni ayoh die khije di penjare marang nung! Awok jangang nok maing-maing. 

Sebelah lagi pipi Humaira ditampar kuat. Merah pipit terasa pijar keduanya kini. Mata mula bergenang tangis. Namun tidak lagi menitis kerana lebih memikirkan kesalahan yang telah diletakkan padanya. Diusap-usap pipinya itu. Tangan semakin terketar-ketar. Badan mula menggigil ketakutan. Ditahannya perasaan ingin kencing. Kelihatan ayah DuratulAin memasuki pintu hadapan kelas dengan baju uniform pegawai penjara atau lebih tepat lagi warden penjara yang menjaga keluar masuk banduan dan pegawai. Hampir terkencing melihat wajah bengis ayah DuratulAin.

 Budak itu lagak anak orang senang. Datang dari bandar kerana ayahnya ditukarkan ke kawasan luar bandar. Action lebih! Kesian Humaira. Anak kampung, orang susah diinjak-injaknya atas nama jawatan kerajaan. Awakt ak takut saya masukkan awak dalam penjara ke? Sekali dengan ayah mak awak?Baik awak serahkan pencil box anak saya sekarang. Mana awak letak?!Encik Ramli mula mendesak dan seolah-olah berlakon untuk menggertak Humaira.Sekilas dia tersenyum kepada DuratulAin dan Cikgu Samiha. Saye dok ambik cekgu...Saye dok ambik hok orang. Takdok cekgu kotok kalang DuratulAin dengang saye..Humaira menjelaskan sedaya upaya dengan tangan yang menggosok pipi. Kaki sedang bersilang menahan kencing. Bimbang lagi dimalukan depan murid kelas 2 kuningitu sekiranya terkencing di dalam kelas.


Ain dan Asniwani semakin pelik. Humaira pergi dengan begitu lama.Sudah hampir habis waktu Bahasa Inggeris kesukaannya.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh