Bab 16

Ain dan Asniwani meminta izin untuk keluar kelas dengan alasan ke tandas. Mereka pergi terus melalui blok kelas 2 kuning untuk mencari Humaira. Mereka kebingungan.Kelihatan dari luar ramai murid yang berkerumun mengintai dari tingkap nakuh dan pintu depan dan belakang kelas. Asniwani yang tinggi lampai itu hanya pergi ke depan pintu kelas hadapan menolak sahaja budak-dudak yang lebih rendah daripadanya. Terkejut. Humaira ditampar berkali-kali. Sudah di kanan, di pipi kiri pula. Ditonyoh-tonyoh dahi Humaira. Cikgu Samiha dan DuratulAin mahu Humaira mengaku akan perbuatan mencuri itu, Padahal dia hanya keluar lewat sedikit dari kelas, itupun kelas sendiri. Abah dan mak tidak pernak mengajar dia mengambil barang orang. Pengawas pula di hantar untuk memeriksa beg dan bawah meja Humaira. Pencil box orang senang dengan orang susah sangat ketara bezanya. Dengan bentuk yang berisi dan berat. Penuh dengan pen berwarna warni.Pencil yang ada loceng dan rantai. Kartun-kartun yang menghiasi pembalut pensil. Namun tidak pernah ada dalam hati Humaira untuk memiliki yang begitu.Kerana sangat berat katanya. Cukup dengan pensil murah 20 sen 2H, satu pemadam,dan pembaris. Itu sahaja. Malah kotak pensil juga dia tidak punya!


Ain dan Asniwanie berlari semula ke kelas lalu memberitahu Teacher Faridah mengenai apa yang sedang berlaku. Teacher. teacher, teacher! Humaira kene tapo ke Cikgu Samiha. Ada budok kelah 2k tuduh die curi. Teacher derah la gi tengok.Siang ke Humaira teacher, takdok orang tulung. Selok doh nangih Humaira. Ain merayu agar Cikgu Faridah pergi melihat Humaira di kelas 2 kuning.Dua orang pengawas yang ditugaskan tadi mengetuk pintu kelas. Mereka meminta izin untuk memeriksa tempat duduk Humaira dan beg sekolahnya.


Cikgu Faridah menganguk dan lihat sama apa yang dicari. Beg sekolah diselongkar. Dikeluarkan buku-buku di bawah meja dan semuanya, tiada yang dicari. Cikgu Faridah bertanya kepada dua orang pengawas itu apa yang terjadi.Cikgu Faridah tidak percaya. Humaira budak yang baik. Dia tidak pernah mengambil barang orang lain. Setelah selesai, Cikgu Faridah keluar dari kelas. Dia berjalan laju. Semua yang mendengar terkejut. Masing-masing terintai-intai dari dalam kelas dan separuh daripada mereka sudah turut sama berlari ke kelas 2kuning.

Cikgu Samiha semakin menggila melakukan torture kepada Humaira. Dilukis bintang dengan pen merah di pipi kanan dan kiri Humaira. Humaira menangis tidak mengaku. Itu bukan salahnya. Mereka mahu Humaira mengaku. DuratulAin kata dia nampak Humaira masuk ke dalam kelas dan mencuri pencil box. Padahal hanya tuduhan semata-mata. Cikgu Faridah masuk ke dalam kelas 2 kuning dan terus merentap tangan Humaira untuk dekat dengannya. Cikgu Samiha terkebil-kebil.


Awak buat ape dengan budak sebesar ni hah? Ni akhlak awak sebagai seorang cikgu? Apa sebab ayah dia kerja kerajaan cikgu senang-senang sahaja mendera emosi dan fisikal Humaira?! Menuduh tanpa usul periksa! Saya kenal dia dari tahun satu, dia bukan perangai macamtu. Dan awak Encik Ramli, pastikan tuduhan anak awk tu betul sebelum datang ke sekolah tunjukkan kuasa awak! Humaira semakin galak menangis. Akhirnya ada juga tangan yang sudi memegang tangan untuk menghadapi Cikgu Samiha dan penjahat DuratulAin dan ayahnya. Humaira mula lembik lutut. Tidak mampu lagi berdiri lama. Mujur sempat dibantu Ain dan Asniwani.


Humaira tersedar dari lamunan. Dia masih di situ ditampar. Tiada siapa yang membantunya untuk pergi dari situ. Hanya dia seorang dikelilingi ramai murid yang menonton. Sudah senget benget tudung kerana ditarik-tarik cuping telinga dan dicubit mukanya. Sakit dan malu. Tapi malu itu lebih tebal lagi menutup rasa sakit pada jasad. Humaira anak orang susah. Dibuat sahaja itu dan ini tanpa pembelaan. Humaira terus menangis dan menangis. Entah dimana guru besar dan penolong-penolong kanan pada masa itu. Tiada siapa yang melihat atau menegur. Akhirnya Humaira kalah dengan torture yang sudah menyeksa mental. Yer cikgu, saye yang curi. Ade di rumohsaye. Esok nati saye bawok mari ke sekoloh. Humaira mengelap air matanya tanpa memandang DuratulAin dan ayahnya itu. Mung balik esok bagi smula kotok kalang orang! Doh, gi masuk kelah. Cikgu Humaira pergi dari situ setelah dihalau Cikgu Samiha balik ke kelas.


Balik ke kelas, dia menceritakan kepada Ain dan Asniwani apa yang berlaku. Cikgu sudah keluar. Masing-masing sudah bersiap-siap untuk balik.Tersedu-sedu bercerita. Ain memegang tangan Humaira seolah-olah memberi kekuatan. Asniwani jadi marah dan sedih. Turut menangis di situ juga. Mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ayah mereka juga hanya nelayan. Setelah loceng dibunyikan, Humaira dipimpin Ain dan Asniwani. Ada yang menunggu di luar pintu. DuratulAin. Nah awak, seringgit. Saya dah jumpa pencil box saya tadi.Buat beli makanan atau apa-apa yang awak suka. Humaira hanya memandang dengan air mata.Diambilnya duit seringgit itu. Tidak berkata apa-apa. Dalam perjalanan pulang,dia singgah di gerai Mok Der, beli ABC.   Dikongsi dengan Ain dan Asniwani.


Fitnah membunuh jiwa anak kecil itu. Sehingga dewasa. Ya, sehingga kini dan selamanya. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh