Bab 29

Hari yang paling menyeronokkan buat Humaira. Abah dah balik setelah sebulan tidak ketemu. Rindu yang tidak dibuat-buat. Mata yang memandang Abah itu bersinar indah, Berair dengan air mata gembira yang tidak terungkap.“Aboh…adik teringak sangak ke Aboh…” Gumam Humaira dalam diam dengan rindu yang sudah bocor perlahan. Humaira menjerit di dalam hati. “Aboh!!!”Namun kaki yang lebih laju berlari dihayun kencang mendapatkan Abah yang sedang memegang tali beg yang sudah lusuh bewarna biru. Mak Senah hanya membiarkan rindu anaknya di kala itu. Sudah dapat diagak Humaira menjadi begitu kerana setiap malam pasti mengigau menyebut ayahnya. Tangan kecil dan kurus seolah-olah menarik-narik tangan Abah diajak bermain dan berlari di tepi pantai. Mulut terkumat kamit berbual riang dengan Abah. Begitulah dirinya setiap malam menghambat rindu Humaira, menepuk-nepuk belakangnya agar terlena kembali.

Mak tersenyum. Tidaklah begitu manis, sekadar menutup persoalan yang masih lagi kejap. “Abang makang doh ke? Saye massok kari ikang kembongdengang buoh nenah. Mari lah makang dulu. Lame doh adik tunggu abang nok makangskali.” Mak mempelawa Abah makan dulu. Mungkin Humaira sudah kenyang dengan ubat rindunya sampai sudah lupa rasa lapar dari pagi. Hari itu Mak masak agak  istimewa. Kari ikan kembung dengan buah nanas. Entah sedap atau tidak. Makbukanlah seorang suri rumah yang mahir dengan skil itu. Hanya mereka-reka mengikut selera. Masak dan makan apa adanya. Selama ini, semua juga tidakmerungut sedap atau pun tidak.

Abah diam. Langkah hanya diteruskan lalu mengajak Humaira untuk makan sekali. Anak itu hanya menonong mengikut Abah.Tangan tidak lepas.Sesekali mata Abah melihat Mak mengemas baju Abah ke atas rak rotan berlapik papan lapis. Tiang empat kaki itu dibuat dari rotan. Belakangnya disandar ke dinding agar baju tidak jatuh. Disusun sehelai-sehelai sengaja melambatkan kerja buat. Tahu Abah memerhatinya sambil menyuap Humaira. Abah menunggu masa untuk bercerita kepada Mak sepanjang sebulan itu. Sengaja juga Mak tidak bertanya dulu apa-apa. Mahu menguji Abah. Sesekali tersenyum seorang melihat Abah yang kebingungan melihat Mak yang seperti tiada reaksi ingin tahu perihaldirinya.

Abah terus menyuap Humaira sehingga habis sepinggan nasi dengan ikan kembung. Humaira terlalu gembira sehingga lupa hendak bermain hari ini.Hari ini hari dia dan Abah.

Humaira berlari lagi mengusung beg yang sarat dengan buku teks.Dibuka hati-hati zip beg yang sudah mahu tercabut. Buku tulis dikeluarkan.Ditunjuk satu-satu kerja buat yang mendapat bintang dan bagus. Abah tepuk tangan dan mencium kepala Humaira. Ni baru anok Aboh, bijok panda.Buleh gi nyoho la ke Mok mu kekgi,” Abah sengaja menguatkan suara.Abah berasa bangga dengan Humaira dan Maknya yang membantu mengajar Humaira dirumah. Begitu tekun untuk  menunjukkanyang paling bagus untuk Abah.

Mak saban malam memohon pada Allah semoga Allah tetapkan hati Abah dan dia. Sama-sama tidak hanyut dilambung sesat yang galak merayap dikampung-kampung. Tahun 90an waktu ini, di kampung ini, agama Islam hanya sekadar bila puasa penuh orang di surau. Bila raya Qorban, penuh orang disurau, ada yang sembahyang, yang menyembelih dan buat korban. Tapi yang wajib ditinggalkan. Hanya mahu seronok-seronok di kampung. Bakar daging, bakar sate,buat kuih-muih tetapi yang Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak itu entah terbang ke mana. Iya. Orang Melayu yang Islam. Hanya arak dan babi dosa paling besar dan hukum haram yang paling diingat. Tetapi yang menumpat, yang memfitnah, dan yang berjudi itu masih lagi halal dalam pegangan mereka.Iyalah, masih ringan. Katanya.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh