Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 10

BAB 10

Kereta MyVi milik Adlishah diparkir di hadapan satu restaurant mewah. Simple je. Ni namanya anak orang kaya yang rendah diri. Guna kereta biasa je. Tak macam Si Bongkak tu! Kereta BMW!

Tempat duduk penumpang hadapan dibuka oleh Adlishah. Sharmila Aqira turun dengan baju gaun paras peha. Cantik gadis kacukan belanda ni! Sebiji muka macam Neelofa. Tangan Sharmila dipimpin oleh Adlishah. Harini merupkan hari penentuan dalam hidupnya. Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam restaurant mewah tersebut. Kerusi ditarik untuk mempersilakan Sharmila duduk. Lantas Adlishah duduk berhadapan dengan Sharmila.

“Macam ada yang special je ni.” Ucap Sharmila bersama senyuman dibibir. Rambutnya dikuak sedikit kebelakang. Fuhh! Terpana Adlishah memandang. Berdegup kencang jantungnya.

“Ye, memang ada perkara yang special pun.” Balas Adlishah. Tidak lama kemudian makanan yang sudah di tempeh awal di hidang di atas meja.

“Kita makan dulu.” Ucap Adlishah. Sesekali terdengar mereka ketawa. Tengok kejap lagi, Si Sharmila ni nak terima tak anak luar nikah ni! Pinggan menu utama sudah diangkat pelayan. Kini tiba masa untu desert pulak.

“Ermm. Shar…” panggil Adlishah. Muka Shahrmila tidak dipandang. Adlishah memandang desert dihadapannya dan disua ke dalam mulut.

“Will you be my wife?” Soal Adlishah lagi. Pandangan masih ditundukkan. Shahrmila terkejut. Terukir senyuman diwajahnya. Adlishah masih belum memandang wajah di hadapannya.

“Oh, I see… ni ke future wife kau?” Soal Arrianshah yang tiba-tiba muncul bersama soalan sinisnya. Terkejut terus muka Adlishah. Sharmila memandang pelik. Adlishah serba tak kena.

“Oh, Eh Shar, ni Abang sulung I” Adlishah perkenalkan abangnya. Tanpa segan silu, Arrian menarik kerusi dan duduk di antara mereka berdua.

“Apa nama tadi, Shar?” Soal Arrianshah. Adlishah sudah panik. Sibuk betul mamat bongkak ni!

“Sharmiila Aqira.” Ucap Sharmila bersama senyuman lantas bersalaman dengan Arrianshah.

“Tak sangka you boleh terima anak luar nikah papa I ni.” Ujar Arriansahah bersahaja. Membulat terus mata Sharmila. Adlishah belum sempat lagi nak bagitahu, si Arrian dah bongkarkan segalanya. Pucat terus muka Adlishah. Takut dengan riaksi Sharmila selepas ini.

“What? Anak luar nikah? Who? You?” Bertubi-tubi solan dari mulut Sharmila. Jari telunjuk ditunjuk tepat pada wajah Adlishah. Arrianshah sudah tersenyum puas. ‘Padan muka kau!’

“Oh, Cik Sharmila tak tahu lagi ke? Sini I bagitahu,adik bongsu I ni, anak luar nikah Papa I. I pun sebenarnya tak pernah mengaku dia adik I.” Arrian seolah-olah menuang minyak petrol ke dalam api yang tengah mula nak membara.

“Apa semua ni Shah? Selama ni you tak pernah cakap pun yang you anak luar nikah! Berani you lamar I?” Sharmila menyinga tiba-tiba. Arrianshah sudah bergerak jauh sedikit, memberi ruang pada Adlishah untuk mempertahankan diri.

“Tapi I tak pernah mintak untuk jadi anak luar nikah. I pun manusia jugak Shar. I ada hati dan perasaan. Dan I telah bagi perasaan I pada you.” Balas Adlishah, mempertahankan dirinya. Ingatkan Family Shahrmila yang tak boleh nak terima, rupanya Sharmila sendiri pun tak suka dengan anak luar nikah ni!

“Cukup Shah! I benci dengan orang yang tak jujur dengan I.” Balas Sharmila seraya bangun dari kerusi.

“Opss lupa!. Ni balasan bagi orang yang tak jujur dalam perhubungan.” Sambung Sharmila seraya menyimbah air dimuka Adlishah. Arrianshah bertepuk tangan. Bahagia sangat. Shahrmila keluar dari restaurant tersebut. Arrianshah datang mendekat semula pada adiknya.

“Race start, and you already lost!” Bicara Arriansha lantas mengejar bekas teman wanita adiknya. Kejap je dah jadi bekas. Adlishah menggenggam penumbuknya. Geram!

Telefon di atas meja di ambil dan di dail nombor Adrianshah. “Aku setuju pasal isteri upahan tu! Tak kisahlah sapa pun! Yang penting aku nak menang dalam race ni. Biar mamat bongkak tu jatuh terduduk!” Ucap Adlishah penuh emosi. Lantas telefon dimatikan semula. Cincin yang ingin disarungkan di tangan Sharmila dikeluarkan di kocek seluarnya. Sekali lagi Adlishah menghela nafas panjang. Fikirannya bercelaru. Baru tadi matanya bermain cinta dengan gadis yang bernama Sharmila. Sekelip mata sahaja musnah!

Adrianshah mencari kelibat adiknya. Langkah dilajukan bila melihat Adlisahh menyembamkan mukanya di atas meja.

“Hoi! Bangun!” Adrian menggegar sedikit bahu adiknya. Adlishah menegakkan tubuhnya. Adrianshah duduk berhadapan dengan adiknya.

“Kat situ kau dah nampak perempuan tu tak ikhlas dengan kau. Yang kau nak sedih ni pehal pulak! Patut kau bersyukur tau, Allah dah bukak mata kau tu awal-awal. Dah, aku malas nak jadi Dato Bahyah Mahmood memalam buta ni. Esok mamat sengal tu nak nikah, kau jangan mengada tak nak datang. Kang Papa mengaum pulak” Ucap Adrianshah menenangkan adiknya.

Adlishah mengeluh panjang. “Geram betul aku dengan mamat bongkak tu! Kalau boleh sekarang ni aku nak buat anak! Biar puas aku tengok dia terduduk!” Amarah Adlishah bersambung. Adrianshah tergelak mendengar butir percakapan adiknya.

“Kau jangan risau, aku dah plan rancangan baik punya. Bini dia tak kan mengandung dalam masa terdekat ni!” Balas Adriansahh bersama keningnya yang diangkat berkali-kali.

“Apa?” Soal Adlishah ingin tahu.

“Kita Cuma perlu pastikan yang isteri dia makan pil pencegah kehamilan. Aku dah pau orang gaji Tok Pa dengan Tok Ma supaya masukkan pil tu dalam makanan bini mamat bongkak tu nanti!” Balas Adrianshah bersama ketawa jahatnya. Suka hati je si sengal ni!

“Woi! Kan dosa tu!” Balas Adlishah tidak berpuas hati dengan cadangan yang diberikan.

“Rileks der. Lepas bini kau atau bini aku dah mengandung nanti. Kita stop lah. Kalau kau tak nak bini si mamat bongkak tu makan pil perancang tu lama-lama, kau dengan aku kena berusaha lebih giat. Hahahahahaa” Balas Adriansahah. Lantas mereka ketawa bersama. Sah dua-dua sengal.

“Kejap! Kalau ditakdirkan bini dia mengandung tanpa sengaja. Mana kita tahu kan, kalau Allah tak makbulkan niat jahat kita ni.” Soal Adlishah risau.

“Masa tu, aku dengan kau kenalah keluar dari Shah Holdings. Tak ingin aku kalau dia yang jadi boss. Baik aku kerja tempat lain. Lagipun Papa tak da bagi peraturan pun suruh kita kerja dekat Shah Holdings kan.” Adrianshah memberi penjelasan. Adlishah mengangguk.

“Betul jugak. Kita ni, beriya nak jadi boss. Selok belok Shah Holdings pun kelaut. Tetiba kalau terjadi boss macam mana? Kau boleh ke handle bisness luar negara tu lagi. Kalau aku, memang bankrupt syarikat tu aku kerjakan.” Adlishah menambah. Lantas mereka sama-sama gelak.

“Orang cakap, malu bertanya sesat jalan. Papa ada, kita tanyalah Papa. Lagipun Papa yang buat keputusan pelik ni. nak tak nak dia mesti tanggung risiko. Betul tak?” Apa-apa yang keluar dari mulut Adrianshah ni, semua benda jadi mudah. Tak ada yang susah.

“Aku rindu Ibu lah.” Ucap Adlishah tiba-tiba. Keadaan senyap sekejap bila Adlishah menyebut perkataan Ibu. Ye, Ibu kandung Adrianshah dan Ibu tiri Adlishah.

“Ibu sorang je yang faham aku. Aku bersyukur sangat. Dia tak pernah pun bezakan kasih sayang dia, sedangkan dia tahu aku ni anak luar nikah suami dia.” Ucap Adlishah sebak. Dah ketawa terbahak-bahak sekarang nak nangis pulak! Haish budak dua ekor ni!

“Aku pun faham kau apa? Kau tak nampak ke muka aku ni ada macam muka Ibu, kalau kau rindu nak cium Ibu, kau cium je aku” balas si sengal Adrianshah ni. Tak jadi scene sedih. Adlishah tergelak kecil.

“Dah lah, jom blah. Esok pukul 10 pagi mamat bongkak tu nikah. Kau jangan membuta pulak! Aku datang rumah kau, kau tak siap lagi, memang aku tampor muka kau.” Sambung Adrianshah seraya menarik tubuh adiknya keluar dari restaurant tersebut. macam-macam perangai adik beradik dua orang ni!

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.