Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 29

BAB 29

“Abang nak keluar lagi ke? Banyak sangat ke kerja ofis tu bang?” Soal Sharmila pada Arrian yang sudah bersiap-siap ingin berjumpa kekasih gelapnya.

“Haah sayang. Abang sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan sayang. Tapi benda ni penting. Ke sayang nak ikut abang? Tapi kalau sayang ikut pun, nanti sayang mesti bosan.” Balas Arrianshah seraya menghampiri isterinya yang sudah bersandar di belakang katil. Sharmila memberikan senyuman paling manis untuk suaminya.

“Tak pelah, Shar Cuma tanya je. Shar percayakan abang. Semoga Allah jagakan hati abang untuk Shar.” Balas Sharmila ringkas. Baik je Sharmila ni sebenarnya. Cuma kau silap! Kau tolak permata dan kau pilih buaya tembaga talam dua muka ni!

Arrian mengucup tangan Sharmila. “You are always my angel in my eyes and ofcourse in my heart” Sweet betul Ayat Arrianshah ni. Rasa nak lempang-lempang!

Sharmila menguak sedikit rambut suaminya. “Dah, cepatlah pergi, nanti tak siap karang kerja tu. Love you.” Balas Sharmila. Arrianshah sudah tersenyum penuh makna.

‘Aku kesianlah tengok perempuan bodoh ni! Cepatlah mengandung, pastu beranak! Aku tak sabar nak ceraikan kau! Aku pun tak sanggup nak main cinta monyet ni.’ Bicara hati Arrianshah. Kakinya melangkah keluar setelah memberikan senyuman paling manis untuk isterinya.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Langkah Arrian terhenti bila Tok Pa nya memanggil.

“Nak kemana Rian?” Soal Tan Sri Akhilshah.

“Keluar kejap Tok, jumpa kawan.” Balas Arrian bersahaja. Tan Sri Akhilshah menggeleng kepala. Ingatkan dah nikah, dah tak keluar malam. Makin kerap pulak dia keluar.

“Asyik tinggal Sharmila je. Kesian budak tu.” Ucap Tan Sri Akhilshah lagi. Arrianshah merapati Tok Pa nya. Bahu Tok Pa nya di peluk.

“Kawan Rian ada buat birthday party. Shar dia tak nak ikut. Tok Pa jangan risau lah. Shar ok je tu” Balas Arrianshah. Setelah itu langkah dilajukan meniti anak tangga. Tan Sri Akhilshah hanya menggeleng kepala. Dah sayang sangat! Tak sedar budak tu tengah pijak kepala kau!

Kereta Arrianshah masuk ke perkarangan Impiana Hotel. Tempat yang dijadikan lubuk khas untuk Arrian dan Syaza Mellissa membuat maksiat. Kereta diparkir di bahagian parkir vip. Arrianshah turun dari kereta. Syaza Melissa pula sudah tunggu di dalam bilik hotel.

Langkah Arrianshah yang masuk ke dalam Impian Hotel di perhatikan oleh Razak, sahabat serumah Adrian. Jam di tangan di kerling. 11 malam.

‘Kalau Adrian tahu ni, mesti dia tak senang duduk. Abang kau siap tempah hotel wei’ Bicara Razak sendirian. Razak keluar setelah berjumpa dengan rakannya dari luar Negara yang kebetulan menetap di hotel tersebut.

Panggilan telefon dari Razak di angkat oleh Adrianshah di ruang tamu rumah Prince rooftop. Adlishah dengan Ella ada dekat atas. Faqihah pulak masih sibuk di dapur. Ni budak Adrian ni nak makan keropok ikan goreng.

“Hah kenapa?” Soal Adrian yang sedang menyandarkan diri di atas sofa. Tangan kanan memegang telefon bimbit. Tangan kiri memegang telefon.

“Tu aku terperasan abang kau, siap tempah hotel nak bermalam dengan bini dia. Kau tu dah ke belum?” Balas Razak. Terdengar suara Razak ketawa di hujung talian. Adrianshah menggaru kepala.

“Alamak, serius ke weh! Tak boleh jadi ni. Tak kan dia tak balik rumah Tok Pa, sia-sia rancangan aku suruh Mak Jah letak pil perancang tu.” Balas Adrianshah risau.

“Ha, tulah kau. Kau yang dah nikah dulu, patutnya tu bonus untuk kau. Tak pasal bini abang Rian kau tu yang bunting pelamin dulu. Sia-sia je kau nikah awal” Balas Razak. Sengaja membuat Adrianshah runsing.

“Ye, ok-ok. Nanti aku bincang dengan Shah. Kau tolonglah doa, jangan bagi akak ipar aku tu mengandung dulu. Ok bye, aku nak jumpa Shah.” Balas Adrian seraya meletakkan telefon bimbitnya.

Faqihah keluar dari dapur. Suaminya yang berjalan mundar-mandir di ruang tamu, membuatkan Faqihah pelik.

“Adrian…” Panggil Faqihah yang membawa keropok di dalam bekas plastik. Adrian tersedar. Muka isterinya di pandang. ‘Nak cakap macam mana ek dengan awak? Kalau saya cakap nanti, awak cakap saya gila pulak’ Bicara hati Adrian.

“Saya nak naik rooftop kejap, nak jumpa Shah.” Balas Adrian. Makin pelik Faqihah melihat suaminya. Bekas plastik yang berisi keropok di letakkan di atas meja ruang tamu.

“Awak ni kenapa? Cuba awak cakap dengan saya, apa yang tak kena. Lepas awak angkat call tadi, awak terus runsing macam ni. Ada masalah dekat ofis ke?” Soal Faqihah yang cuba menyelami masalah suaminya. Adrian menggaru kepala lagi.

“Emmm… Nak cakap macam mana ek, ok tak pe, saya bincang dengan Shah dulu k. Nanti saya turun.” Balas Adrianshah seraya keluar dari rumah. Tangga luar yang menghala ke rooftop di panjat Adrian. Langkahnya termati bila melihat Ella dan Adlishah tengah berbual.

Seperti biasa, Ella duduk di kerusi malas dan Adlishah duduk di atas kerusi pelastik bersebelahannya. Masing-masing memandang langit.

“Kau nak tau tak Ella?” Soal Adlishah. “Kenapa?” Balas Ella bersahaja.

“Aku selalu fikir hidup ni tak adil. Aku selalu pertikaikan kenapa mesti aku yang lahir sebagai anak luar nikah? Aku nak jugak kesempurnaan macam orang lain.” Balas Adlishah. Ella menoleh suaminya yang masih memandang langit, lantas Ella tergelak kecil.

“Bukan kau sorang fikir macam tu, aku pun. Tapi yang buat aku kuat ialah,aku tak tengok orang yang hidupnya lebih senang dari aku, aku selalu fikir orang yang hidupnya lebih susah dari aku. Dari situ aku dapat fikir, oh! Ada lagi manusia yang Allah uji lagi hebat dari aku, kenapa aku sebagai hambaNya tak nak bersyukur dengan apa yang Dia beri.” Balas Ella bersama senyuman di bibir.

“Bagusnya pemikiran kau Ella. Aku tak macam tu Ella, Aku kuat sebab dulu aku ada ibu. Ibu yang selalu bagi aku semangat. Ibu yang selalu bagi aku nasihat. Aku kuat sebab aku ada Adrian yang selalu back up aku masa sekolah dulu. Cuma sekarang ni, bila aku hilang kasih ibu tu, aku jadi lost sekejap. Kadang-kadang aku jadi malas nak berusaha. Aku serahkan je semua pada takdir.” Panjang lebar Adlishah berhujah.

‘Ah cukuplah drama diorang ni, aku ada misi penting ni. Ya Allah kalau malam ni memang terjadi sesuatu pada Rian dan isteri dia, aku mohon Ya Allah, kau janganlah bagi dia anak dulu. Amin…amin…amin…’ Sempat lagi Adrian berdoa dalam hati.

Kakinya dilajukan sampai ke aras Rooftop. “Hoi! Amboi, sedapnya bermadu kasih. Tahulah baru kahwin. Siap pandang bintang bagai. Kau ingat sweet” Jerit Adrian bersama gelak tawanya. Ella dan Adlishah sudah terbangun.

‘kacau daun lah mamat ni. hish geramnya aku!’ Bicara hati Adlishah. “Hah, kau nak apa? Bini kau ada kat bawah sibuk je. Macam dah tak da masa lain kau nak jumpa.” Balas Adlishah. Sengaja nadanya di marahkan. Ella hanya tergelak melihat gelagat dua beradik tu.

Adrian tersengih. “Ella, Aqih panggil turun bawah sekejap.” Balas Adrian. Entah bila masa Faqihah panggil agaknya.

“Oh ea? Ok aku turun kejap.” Balas Ella seraya melangkah turun ke bawah melalui tangga di bahagian luar. Tangga kat dalam tu dah kena kunci luar dalam. Yelah, kan dah ada dua pasangan.

Ella melangkah turun ke bawah dan menolak daun pintu. Faqihah masih setia di ruang tamu. “Eh, ingat Adrian tadi” Ucap Faqihah seraya bangun dari sofa ruang tamu. Jam sudah menujukkan pukul 1.00 pagi. Masing-masing tak tidur lagi.

“Kata Adrian, akak nak jumpa Ella, tu yang Ella turun ni.” Balas Ella pelik. Faqihah turut pelik.

“Mana ada, Adrian tu saje je. Dia nak jumpa Shah lah tu. Entah apa yang dia nak di bualkan tu” Balas Faqihah. Masing-masing sudah berfikir bukan-bukan.

“Entah-entah diorang ada perempuan lain tak kak?” Soal Ella yang sudah duduk di atas sofa. Dada Faqihah berdegup kencang.

“Tak boleh jadi ni Ella, kita ni isteri, kita kena tahu apa yang diorang buat.” Balas Faqihah semangat.

“Jom kak” Ajak Ella. “Gi mana?” Tanya Faqihah. “Akak senyap je, jom kita main skodeng-skodeng. Tak salah kak, dia tu suami kita, kita Cuma nak tahu apa motif diorang je” Balas Ella semangat.

Ella dan Faqihah berjalan keluar dari rumah. Perlahan-lahan tangga menuju ke rooftop di daki. Sampai ke anak tangga yang mereka boleh dengar perbualan Adrian dan Adlishah, kaki mereka dihentikan. Telinga di pasang. Macam-macam hal!

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.