Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 24

BAB 24

Gara – gara Mee Kerang Danial, Adlishah juga turut terkena tempias. Dah lah ajak Adrian makan sekali. Saat ingin keluar date, perut tiba-tiba memulas. Dah terpaksa cancel acara nak propose Ella Eddya.

“Perut dah baik ke? Kang tengah nak propose terberak cair pulak.” Sengaja Ella mengusik pasal kisah sakit perut semalam. Adlishah tersengih. Pintu kereta di buka untuk Ella di bahagian penumpang hadapan. Comel Ella berbaju kurung merah jambu dan bertudung peach. Tak pulak Adlishah complaint. Cantik agaknya.

“Malu tak aku pakai macam ni?” Soal Ella pada Adlishah. Adlishah tersenyum.

“Apa guna kalau pakai baju cantik kebabom sekali pun kalau hati kotor. Saya tak kisah pun. Sebab saya nak cuba ikhlaskan hati saya pada awak.” Balas Adlishah. Pandangan di hala ke jalan raya. Ella menoleh bakal suaminya.

“Sebab apa kau pilih aku? Kan banyak anak pungut lain.” Soal Ella ingin tahu. Adlishah tergelak.

“Sebab kau dah ada depan mata, buat apa susah-susah nak cari.” Balas Adlisahh bersahaja. ‘Dan lagi satu, kalau boleh aku nak sangat kalahkan abang aku yang bongkak tu. Harap-harap jodoh kita dipermudahkan.’ Sempat Adlishah berdoa dalam hati.

Ella makin berpuas hati dengan jawapan Adlishah tapi hatinya masih belum pasti sebenarnya. ‘Argh bedal jelah. Lagipun sapa je nak dekat aku.’ Ella hati pula berbicara.

Kereta MyVi yang dipandu oleh Adlishah di parkir di hadapan satu restaurant mewah. Ni jelah cara Adlishah dan Adrianshah nak habiskan duit elaun yang diberi bapanya tiap bulan sebanyak RM5000. Tapi, lepas ni dah kena kerja. Menghadap lah muka naib CEO Shah Holdings tu, sapa lagi kalau bukan Arrianshah. Tu sebab Arrian panas dengan keputusan papanya. Padan muka kau Arrian!

Ella duduk di atas meja yang sudah di tempah khas oleh Adlishah. “Kejap eh. Saya pergi toilet kejap” Pinta Adlishah yang tidak jadi duduk tiba-tiba.

“Ai, sakit perut lagi ke?” Soal Ella separuh berbisik. Adlishah tidak menghiraukan kata-kata Ella. Pantas kakinya melangkah pergi ke bahagian belakang.

Selang beberapa minit kemudian. Adlishah muncul bersama gitar di tangan. Ada dua pengiring di belakang membawa dua buah dulang yang bertutup. Gitar di petik. Nyanyian di mainkan. Permata Yang Dicari.

Hadirnya, tanpa ku sedari

Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan pada ku ini

Anugerah , kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya

Kesopanannya memikat di hati

Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Ella Eddya terpana sekejap dengan nyanyian Adlishah. Orang sekeliling sudah memandang. Oh romantiknya! Gitar diletak di meja sebelah. Dulang pertama di buka oleh pelayan. Sejambak bunga ros di keluarkan oleh Adlishah. Adlisahh melutut di sebelah meja bersebelahan kerusi Ella. Ella dah tak karuan nak buat apa. Tunggu je tindakan Adlishah yang selanjutnya.

“Ella Eddya binti Abdullah. Saya bukan lelaki yang sempurna. Lahir pun bukan atas kehendak manusia. Tapi Allah panjangkan juga umur saya sehingga ke hari ini. Baru saya faham kenapa? Sebab Allah nak temukan saya dengan gadis cantik di hadapan saya ni” Ucap Adlisahh romantic seraya menyerahkan bunga ros pada Ella.

Ella menyambut bunga ros yang diberikan. Muka Ella cemas. Tak Tahu nak buat reaksi apa bila semua orang di sekelilingnya menepuk tangan. Ella kaku. Peluh keluar dari dahi walaupun restaurant mewah ni ber air cond.

Dulang kedua dibuka oleh pelayan. Sebentuk cincin berlian di ambil oleh Adlishah.

“Boleh saya sarungkan cincin ni di jari manis awak selepas akad nikah nanti?” Soal Adlishah. Kedengaran suara pelanggan di sekeliling menyuruh Ella menerima lamaran Adlishah. Ella panik. Pantas cincin di tangan Adlishah di ambil laju.

Pelayan-pelayan sudah kembali ke belakang. Adlishah mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Ella.

“Dah-dah, kau jangan lah sweet sangat. Orang semua tengok kita tu” Ucap Ella sedikit tegas. Padahal jantung berdegup kencang macam orang lumba lari.

Adlishah tergelak. “Rileks lah. Kau orang pertama yang aku buat macam ni tau. Dengan ex aku pun simple je propose dia.” Balas Adlisahh jujur. Ella masih lagi malu dengan kejadian tadi. Air yang sudah terhidang di hirup.

“Ye, aku terima kau. Sebab apa? Sebab aku pun tak tahu dengan life aku macam mana nanti. Kalau memang jodoh aku dah sampai aku terima jelah. Ermm… Kita usaha sama-sama. Tu je yang aku boleh cakap” balas Ella bersahaja.

“Kau ni brutal ek. Pakai baju kurung tutup dari atas sampai bawah, tapi cakap ganas gila” Balas Adlishah. Ella tergelak.

“Sebab aku dah terbiasa. Kalau aku lembut, orang asyik pijak kepala aku. Penat nak jadi lemah je.” Balas Ella jujur.

“Ooo… habis ni nak ajak bapak kau sekali tak? Ke sapa-sapa yang kau kenal dekat kampong tu?” Soal Adlishah bersahaja. Makanan yang sudah terhidang di sua ke dalam mulut. Ella juga menyua makanan ke dalam mulutnya.

“Tak payah bagitahu, cari nahas je. Kalau aku nak bagitahu pun, maybe dekat bestfriend aku je kut. Tengoklah macam mana nanti.” Balas Ella bersahaja. Moga bahagialah ye Ella dengan Adlishah.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.