Home Cerpen Cinta DISEBALIK HATI YANG TERLUKA Part 1
DISEBALIK HATI YANG TERLUKA Part 1
Aira eddy
3/3/2016 16:43:51
5,161
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Afifah melihat gril pintu yang digoncang kuat dari luar. Namun Afifah masih belum ada kekuatan untuk membuka pintu. Jantungnya berdegup kencang. Suara Aidil semakin mengasak fikiran Afifah.

“Bam!” Pintu grill dihentak lagi. Tersentak jantung Afifah. Bahunya terhenjut dek ketakutan. Perlahan langkah Afifah menuju ke arah pintu tersebut.

“Bukak lah pintu ni pompuan! Bodoh!” Jeritan Aidil semakin kuat. Tangan Afifah menggigil saat tangan menyentuh tombol pintu. Perlahan pintu itu dibuka.

“Pui!!” Tepat ludah Aidil mengena pada muka Afifah. Mata Afifah sedikit terpejam. Namun ludah dimukanya tidak dibersihkan. Pintu grill di buka pula. Pandangan Afifah masih menghala ke lantai. Takut ingin memandang muka Aidil yang sedang menyinga.

Kuat tubuh Afifah di tolak oleh Aidil saat tubuh itu melangkah masuk. “Bam!” Pintu dihempas oleh Aidil. Sejurus selepas itu Aidi mengunci kedua-dua belah tangan isterinya di dinding. Afifah cemas. Apa lagi tindakan suaminya selepas ini. Air mata Afifah mengalir lagi.

“Kau dah gugurkan ke belum anak tu!” jerit Aidil. Afifah tidak menjawab. Matanya masih menunduk ke bawah. Takut melihat mata Aidil yang merah seperti biji saga.

“Dia anak.. kita… bang”

Terketar-ketar bibir Afifah saat membalas pertanyaan suaminya. Makin kuat cengkaman tangan Aidil di pergelangan tangan Afifah.

“Harghh!! Bodoh! Kenapa kau ni susah sangat nak faham. Kau sengaja tak makan pil perancang tu kan? Kau sengaja nak mengandung lagi!

Jeritan Aidil makin kuat. Tangan Afifah yang dikunci di dinding dilepaskan secara kasar. Aidil berpusing dan menghempaskan diri di atas sofa. Afifah masih lagi terdiam tidak menjawab pertanyaan suaminya.

“Bukan ke anak tu anugerah bang. InsyaAllah Allah akan bagi kita rezeki…”

“Diam! Sekarang ni kau faham ke tidak? Aku ni tak da kerja kukuh lagi! Dengan nak sara kau! Anak kau kat atas tu lagi! Bodoh!”

Sekali lagi Aidil melepaskan geram. Afifah hanya menahan sebak. Badannya masih lagi melekat di dinding.

“Afi tak kan gugurkan kandungan ni. Ni anak kita. Abang dah janji nak berubah. Tak kan di sebabkan Afi mengandung, abang sanggup buat Afi macam ni?”

Suara Afi kedengaran sebak di hujung. Nafas Aidil sudah tidak menentu. Badannya seperti di curah minyak panas. Tubuhnya diangkat dari sofa. Laju langkahnya menghala ke arah Afifah.

“Zrap!” Rambut Afifah dijambak kasar. Afifah mengadu kesakitan. Namun suara itu tidak di hiraukan oleh Aidil. Makin kasar rambut Afifah di tarik. Tubuhnya dihempas ke lantas. Dagu Afifah dicerut kuat oleh Aidil.

“Kau dengar sini! Aku nak kau gugurkan budak ni! Kau faham tak aku tak nak anak lagi! Faham tak! Cukuplah aku jaga biawak hidup dua ekor dalam rumah ni! Kau jangan nak mengada tambah lagi satu!”

Pedas ayat yang dituturkan Aidil. Afifah mengumpul segala kekuatan untuk membalas ayat pedas suaminya. Mustahil dia akan menggugurkan anak yang kini sudah mencecah 2 bulan dalam kandungan. Afifah menarik nafas panjang sebelum membalas ayat suaminya.

“Afi tak kan buat perkara terkutuk tu bang. Ingat. Kita ni masih ada agama. Afi ni isteri abang. Kenapa abang sanggup buat macam ni pada Afi? Abang…”

“Prang!” Tepat 5 jari Aidil mengena di pipi isterinya. Afifah terjelopok di atas lantai. Aidil datang mendekat.

“Apa kau cakap? Kau nak cakap aku tak de agama? Ha? Kau sedar tak yang kau tengah cakap dengan suami kau?”

Aidil semakin buas. Berkali-kali pipi Afifah di tampar.

“Afi akan jaga anak kita…”

Aidil tersenyum sinis. “Aku cakap aku tak nak anak ni! Kenapa kau degil sangat! Sini kau”

Tendangan sekuat hati dilakukan oleh Aidil ke perut Afifah. Afifah meraung.

“Tolong Afi abang… Sakit bang…” Esakan suara Afifah makin kuat kedengaran

Namun jeritan Afifah tidak di hiraukan, malah sepakan demi sepakan semakin kuat sehingga darah mula keluar di bahagian kemaluan Afifah. Aidil bertepuk tangan melihat kesengsaraan Afifah yang sedang mengerang kesakitan.

“Isyah oh Isyah! Mana anak Papa ni? Dah tidur ke sayang?” Panggil Aidil seraya melangkah menaiki tangga. Afifah masih terdiam disitu. Perlahan tubuhnya di hesot dan menuju ke bilik air. Darah mula keluar dengan banyak. Afifah menolak daun pintu bilik air.

“Aku kena kuat! Allah…” Afifah mengerang kesakitan lagi. Perutnya di usap-usap.

“Anak mama kena kuat. Ya Allah, lindungilah anak ini. Lindungilah dia Ya Allah”

#########################################################################

Aidil turun semula dari tangga setelah bermain dengan anaknya yang berusia 9 bulan di atas. Lambakan darah yang terseret di atas lantai dipandang dengan senyuman, Aidil mengikut jejak tersebut dan sampai di hadapan pintu bilik air.

“Zrap!”

Pintu bilik air di buka kasar. Tubuh Afifah yang lemah dipandang dengan senyuman.

“Bangun!”

Arah Aidil. Afifah masih mendiamkan diri disebabkan menahan sakit perut yang disepak tadi. Tubuhnya tak mampu berganjak dari bilik air. Terlalu sakit. Airmatanya tumpah lagi. Anak yang dikandungnya seakan tidak ada lagi dalam rahimnya. Perlahan Afifah memandang muka sinis suaminya.

“Afi…

Belum sempat Afifah meneruskan percakapan, tubuhnya diseret oleh Aidil keluar dari bilik air. Pintu bilik bawah dibuka. Afifah diangkat dan dicampak di atas katil.

“Argh!”

Afifah menjerit menahan sakit. Tangannya menggigil menahan kesakitan yang menoreh setiap urat nadinya. Aidil tersenyum memandang wanita yang baru di campak di atas katil.

“Susah sangat! Aku dah suruh kau gugur cara halus kau tak nak! Kau yang mintak semua ni kan!”

Jerit Aidil. Dengan kudrat yang ada, Afifah berpusing memandang suaminya yang bderdiri di birai katil. Tangisan mula keluar lagi.

“Dalam hidup abang, Afi ni sebenarnya isteri ke binatang? Mana janji abang yang dulu?”

“Kau diam! Kau bodoh sebab tak dengar cakap suami! Aku dah cakap aku tak nak anak lagi. Yang kau mengandung ni kenapa!”

Aidil mula mengganas lagi. Afifah menahan pedih di hati. Bibir terkunci dengan kata-kata suaminya. Penat. Mana janji yang ditabur dulu, Semuanya palsu! Loceng tiba-tiba berbunyi saat Aidil masih lagi berkelahi dengan isterinya. Pantas langkah Aidil menuju ke hadapan dan membuka pintu. Seorang wanita pertengahan umur masuk bersama beg raganya.

“Berapa bulan?”

Ucap wanita pertengahan umur tersebut. Gaya dah macam nenek sihir.

“Baru dua bulan rasanya”

Wanita pertengahan umur itu berkerut.

“Susah sikit. Kalau 2, 3 minggu tu masih boleh lagi”

“Jangan risau, saya upkan bayaran”

“Aku cuba. Tapi mungkin berbahaya untuk badan dia”

Ucap wanita pertengahan umur tersebut. Aidil hanya berwajah biasa.

“Tak kisahlah. Yang penting saya tak nak dia mengandungkan anak haram tu!”

Tegas nada Aidil. Tak berperikemanusian langsung. Anak yang dikandung dari perhugungan halal dikatakan anak haram olehnya. Wanita separuh umur itu menggangguk faham. Aidil membawa wanita tersebut masuk ke bilik tadi.

Afifah berusaha membetulkan badannya di atas katil. Badan berusaha untuk bangun bila mendengar rengekan anaknya di atas. Namun kaki masih longlai untuk turun dari katil.

Pintu terkuak. Muka Aidil dan wanita yang tidak dikenali masuk ke dalam bilik. Afifah memandang pelik. Muka bengis wanita separuh umur itu dipandang.

“Kenapa ni bang?”

Soal Afifah. Aidil hanya tersenyum.

“Dia akan gugurkan anak dalam perut kau.”

Ucap Aidil bersahaja. Tersentap hati Afifah bila mendengar butiran yang keluar dari mulut suaminya.

“Apa semua ni! Abang!”

Jeritan lemah Afifah kedengaran. Aidil memberi isyarat pada wanita pertengahan umur tersebut untuk menjalankan tugas.

“Aku tak boleh nak fokus kalau budak ni meronta.”

Ucap wanita tersebut. Aidil keluar sebentar dari bilik dan menuju ke cabinet dapur. Tali rapia dikeluarkan. Setelah itu Aidil kembali ke bilik. Tangisan Afifah makin kuat kedengaran. Namun tubuhnya tidak mampu untuk bangun lagi. Aidil memanjat atas katil. Kedua-dua tangan Afifah diikiat kiri dan kanan di kepala katil. Afifah tidak mampu melawan. Mulutnya hanya keluar nama-nama Allah.

“Pegang kaki dia.”

Arah wanita pertengahan umur tersebut. Aidil hanya menurut. Suara tangisan anaknya di atas makin kuat kedengaran. Namun Afifah tidak terdaya untuk melawan. Kakinya dipegang kuat oleh Aidil. Wanita pertengahan umur itu mengelurkan bahan-bahan seperti buluh, limau, kain kuning dan macam-macam lagi. Wanita tersebut meruncingkan buluh yang dikeluarkan di hadapan Afifah. Selepas itu buluh tersebut disapu dengan sesuatu. Afifah hanya mampu mengalirkan airmata saat kainnya diselak.

“Arghh!!”

Jeritan paling kuat sekali yang keluar dari bibir Afifah.

-bersambung-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.