Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 23

BAB 23

“Aqih oh Aqih… Jerit Adrian di dalam bilik air di bahagian dapur. Faqihah yang berada di dapur terdengar jeritan suaminya. Si Faqihah ni dah berhenti kerja. Tak kisah lah dah dua tahun kerja dengan Arrian. Nak lagi kerja dengan orang yang dah buat hidup kita macam tu! Please lah! Nurul Faqihah berlari menuju ke bilik air yang berdekatan dengan dapur. Si Adrian ni pun jerit-jerit je kerjanya, nasib baik Puan Syamira dengan Encik Isa keluar pergi kenduri kahwin.

“Kenapa?” Soal Faqihah di sebalik pintu bilik air. Adrian membuka sedikit pintu bilik air dan menampakkan matanya.

“Amikkan tuala, saya terberak cair dalam seluar ni. Sakit perut.” Balas Adrian bersahaja bersama muka berkerut. Faqihah tak tahu nak gelak ke nak kesian. Lantas kaki menuju ke tingkat atas dan mengambil tuala suaminya yang tergantung di tepi almari dan turun semula.

“Nah…” Hulur Faqihah. Adrian mengambil tualanya dan di sarungkan di pinggang. Perutnya di tekan. “Awak ok tak ni?” Soal Faqihah risau. Adrian hanya mengangkat tangannya.

“Seluar tu saya dah basuh nanti saya jemur sendiri. Biarkan kejap.” Ucap Adrian lemah. Entah makan apa, sampai sakit perut.

“Tak pe- tak pe nanti saya basuh, dah jom kita naik bilik dulu” Arah Faqihah. Comel je suami isteri ni.

Faqihah mengeluarkan boxer suaminya. Faqihah memusingkan badannya. Tahu yang Adrian akan melepaskan tuala sesuak hati je.

“Dah belum?” Soal Faqihah. Arrian yang tak da mood nak mengusik hanya memberikan jawapan dah. Lantas Faqihah berpusing menghadap suaminya yang dah terbongkang di atas katil. Badannya di tiarapkan.

‘Comel pulak boxer batman ni’ Sempat lagi hati kecil Faqihah berbicara. Faqihah memberanikan diri mendekati suaminya. Minyak di atas meja solek di ambil. Kaki Adrian di sapu dengan minyak. Malu, tapi sapu jugak.

“Tadi makan dekat mana? Sampai sakit perut macam ni?” Soal Faqihah yang sedang menyapu minyak di kaki Adrian. Adrian masih berkerut mukanya menahan sakit. Namun digagahi juga membalas soalan isterinya.

“Si Danial tu masak mee kerang malam tadi dekat rumah sewa Shah. Dah semua orang sakit perut ni.” balas Adrian. Faqihah tersenyum sedikit. Patutlah balik tadi tak cukup langkah, terus je masuk bilik air.

“Nah minyak, sapu dekat perut” Arah Faqihah. Adrian pantas berpusing.

“Ala… sapukan lah, tengok ni tangan. Nak angkat pun tak larat. Macam dah retak je ni” balas Adrian sengaja melonglaikan tangannya. Faqihah tergelak tengok gaya tangan Adrian yang meliuk-liuk tu.

“Saya tak ada penyakit kulit lah. Dah tak berapa sado dah perut saya ni. Ni semua mee kerang punya pasal. Hish, geram pulak dengan Danial ni” Omel Adrian. Sekali lagi Faqihah tergelak bila melihat perut Adrian yang sengaja dikempiskan.

“Tulah semalam saya suruh makan dekat rumah, nak jugak makan dengan kawan-kawan. Dah jangan membebel. Benda nak jadi” Giliran Faqihah membebel. Tangan diberanikan untuk menyapu minyak di perut Adrian. Adrian tersenyum bila tangan isterinya menyentuh perutnya.

Sekejap je dah tertidur. Faqihah menggeleng kepala melihat Adrian yang genap sebulan menjadi suaminya. Pantas kaki melangkah keluar semula. Seluar Adrian yang tersangkut di dalam bilik air di cuci lagi sekali dan di jemur di ampaian. Bunyi kereta Puan Syamira dan Encik Isa sudah kedengaran. Jam sudah menujukkan pukul 12. Tangan Faqihah lincah membuatkan bubur untuk suaminya.

“Masak apa?” Tegur Puan Syamira. Encik Isa turut ke dapur melihat anaknya yang sedang mereneh bubur ayam.

“Adrian sakit perut mak. Ni buat bubur sikit.” Balas Faqihah ringkas.

“Esok baru nak start kerja dah dapat MC.” Sengaja Encik Isa melawak. Lantas mereka sama-sama ketawa.

“Dia makan mee kerang katanya.” Balas Faqihah bersahaja. Encik Isa dan Puan Syamira duduk di atas meja dapur sambil memerhati anaknya yang sedang masak.

“Aqih dah sedia nak pindah ke? Jadi ke Adrian nak pindah?” Soal Puan Syamira. Faqihah masih belum ada jawapan.

“Entahlah mak, Adrian kata dia tak kisah. Kalau Aqih nak pindah dia bawak, kalau tak nak pun dia ok. Cuma rumah rooftop tu dekat dengan tempat kerja dia” Balas Faqihah. Api dapur di matikan. Badan dihenyak di atas kerusi.

“Pindahlah, belajar hidup berumah tangga. Sampai bila nak berkepit dengan mak dengan abah. Abah bukan nak menghalau. Abah nak Aqih rasa macam mana hidup berumah tangga yang sebenar.” Tambah Encik Isa. Faqihah berfikir sejenak.

“Tapi, mak dengan abah…” balas Faqihah risau. Riasu pasal sakit pening mak abahnya.

“Jangan risau lah, mak dengan Abah, InsyaAllah ok. Kalau ada pape nanti, mak call lah kamu. Lagipun Abah dengan mak dah pencen. Duit pencen pun tak habis pakai. Kamu nak risau apa?” Balas Puan Syamira.

“Jangan risau lah, Abah tak kan tinggal buah hati pengarang jantung abah ni. Pergi mana-mana Abah bawak. Kamu tu dah ada suami. Utamakan suami kamu. Macam mana Mak utamakan Abah.” Balas Encik Isa pula. Faqihah tersenyum melihat kebahagiaan mak abahnya.

‘Ye, aku yang harus cipta kebahgiaan aku sendiri’ Suara kecil Faqihah berbunyi. “Ok lah mak, nanti Aqih bincang dengan Adrian macam mana, Aqih naik dulu lah. Nak hantar bubur” balas Faqihah seraya mencedok bubur ke dalam mangkok. Puan Syamira dan Encik Isa hanya tersenyum bahagia.

“Kalau teruk bawak pergi klinik, jangan di biar je” Ucap Puan Syamira pada anaknya yang mula melangkah keluar dari dapur. Faqihah hanya memberikan senyuman. Kaki mula meniti anak tangga dan menuju ke bilik. Alahai comel je tengok.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.