Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 16

BAB 16

Kereta vios silver milik Adrianshah tiba di hadapan rumah bapa mertuanya. Kali ini beg baju di bawa bersama. Loceng di pintu gate di tekan. Tidak lama kemudian, Faqihah keluar dari rumah untuk menyambut suaminya atas arahan Encik Isa. Pintu gate di buka Faqihah. Adrian memberikan senyuman pada isterinya.

“Hai.” Sapa Adrian bersahaja. Faqihah memberikan segaris senyuman, lantas menjemput suaminya masuk ke dalam rumah. Langkah Faqihah di buntuti Adrian masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu bersama bapa dan ibu mertuanya. Lantas Adrian bersalaman dengan mereka penuh hormat.

“Ad kerja dengan Papa ke?” Soal Encik Isa pada menantunya. Teringin juga tahu, apa pekerjaan menantunya ni.

“Saya dengan adik bungsu saya tu baru habis belajar, Papa bagi rest dulu. Tapi sekarang dah kena masuk kerja balik” Jawab Adrianshah jujur. Yelah! Mestilah kena masuk kerja, nama pun calon CEO Shah Holdings. Faqihah tekun mendengar. ‘patut tak pernah nampak kat ofis’ Bicara hati Faqihah.

“Baru habis belajar, umur Ad berapa?” Soal Encik Isa lagi. Masa nikah tergesa-gesa haritu tak sempat pulak nak check ic Adrian. Adrianshah tersenyum mendengar soalan bapa mertuanya.

“23 tahun Abah. Saya dan adik saya pelajar matrikulasi Johor. Bezanya saya matrik dua tahun, adik saya setahun. Habis je belajar kat situ, Papa suruh amik degree bisness dekat UiTM Shah Alam. ” Balas Adrian panjang lebar. Terkejut sedikit muka Faqihah. ‘Dah, agak dah, tengok muka je dah tahu, mesti budak baru nak up! God! Dia laki aku sekarang!’ hati Faqihah berbicara lagi. Mulut masih terkunci dari persoalan yang timbul dalam kepalanya.

“Kamu tak kisah ke anak Mak lagi tua dari kamu?” Soal Puan Syamira pula. Giliran Adrianshah pulak terkejut. ‘Tua? Alamak? Pangkat akak-akak ke? Janganlah tua sangat, malu aku!’ Jerit hati Adrianshah.

“Tua berapa tahun mak?” Soal Adrian berani. Jantungnya berdegup kencang. Nervous nak tahu umur isteri sendiri.

“25 tahun” Balas Faqihah sedikit kuat. “Eh kakak… Eh, sorry-sorry. Oh tak lah tua mana. Lagipun muka saya nampak matang kan? Mesti kalau orang tengok kita jalan sama-sama, diorang cakap saya lagi tua dari awak” Balas Adrian. Sengaja dilatahkan menyebut perkataan kakak tadi bila Faqihah yang menjawab. Puan Syamira dan Encik Isa sudah tergelak kecil.

‘Hish, sengalnya laki aku ni. Macam ni dia kata matang. Depan mak bapak aku selamba badak je buat lawak’ Faqihah bermonolog lagi.

“Aqih, tuangkan air tu.” Arah Puan Syamira pada Faqihah. Faqihah tersedar dari mengutuk suaminya, lantas tangan mengangkat teko dan menuang air teh ke dalam cawan.

“Macam ni rupanya ada isteri, seronok jugak ek” Ucap Adrian tiba-tiba. Lantas bibirnya tergelak kecil. Puan Syamira dan Encik Isa sudah menahan gelak, masing-masing tergelak dengan telatah menantunya ini.

“Aqih ni satu-satunya anak Abah, sekali orang buat dia menangis, abah turut rasa pedih, sekali dia kena pukul tanpa sebab, abah turut rasa sakitnya. Abah tahu tujuan Ad nikah dengan anak abah sebab nak tutup malu yang abang Ad dah buat pada keluarga kami, tapi Aqih dah jadi tanggungjawab Ad, Abah dah tak berhak atas anak abah ni lagi” Ucap Encik Isa. Adalah suara sebak sedikit. Adrian terdiam menggangguk. Macam dengar motivasi pagi.

“Kalau dulu Allah pinjamkan Aqih untuk mak dengan Abah, sekarang Allah pinjamkan Aqih untuk kamu pula. Syurga dia di bawah telapak kaki kamu, bukan lagi Mak. Mak harap, kamu dapat didik dia ke jalan yang betul, tegur dia bila dia buat silap.” Sambung Puan Syamira. Faqihah sudah menitiskan airmata.

Adrian terdiam, tiba-tiba rasa bersalah pula bernikah dengan Faqihah. Yelah! Nikah sebab nak anak. Tulah muslihat paling besar yang masih lagi tersembunyi.

“Saya bukanlah yang terbaik untuk anak abah dengan mak, tapi saya cuba jadi suami yang terbaik untuk dia. Abah dengan Mak pun jangan segan silu nak marah saya kalau saya buat silap, sebab saya masih baru dalam semua ni” Balas Adrian jujur. Puan Syamira dan Encik Isa tersenyum bahagia. Air yang sudah di tuang di atas meja di minum. Faqihah sebak dengan perbualan sebentar tadi, kaki mula melangkah meniti anak tangga.

“Aqih tak ajak Ad naik sekali?” Soal Encik Isa pada anaknya. Faqihah menoleh semula.

“Emm, Kalau awak dah siap minum, jemputlah naik” Balas Faqihah cepat. Amboi! Main jemput-jemput. Adrian tergelak, pantas beg sebelah di capai dan membuntuti langkah isterinya naik ke atas.

Pintu bilik di tutup Faqihah. “Tu bilik air kat sebelah situ kalau awak nak mandi” Ucap Faqihah seraya menunjukkan bilik air yang ditutup dengan langsir. Takut Adrian tak perasan. Adrian meletakkan begnya di hadapan almari, lantas duduk di birai katil. Faqihah masih lagi berdiri di hadapan cermin solek.

“Best jugak jadi suami ni kan? Rasa macam seronok bila duduk dengan orang berlainan jantina dalam satu bilik.” Ucap Adrian bersama gelaknya. Faqihah sudah memandang pelik. ‘Sewel ke dia ni?’ Soal hati Faqihah.

“Kenapa awak berdiri je? Sini lah duduk sekali kat katil ni. Awak takut dengan saya ke? Jangan risaulah, saya tak buat bukan-bukan. Lagipun masa dekat U dulu, saya pernah pergi kursus kahwin, ustaz tu cakap, kita kena kenal hati budi dulu sebelum step selanjutnya.” Sambung Adrian lagi. Faqihah terbatuk kecil.

‘Ya Allah! Jujur sangat budak ni.’ Hati Faqihah berkata lagi. “Awak mandilah dulu, dah dekat pukul 10 malam ni, tak bagus mandi malam-malam sangat” Balas Faqihah. Lantas Adrian berdiri semula. Jaraknya hanya 2 meter dari Faqihah yang masih setia di hadapan cermin solek.

Adrian tanpa segan membuka baju dan seluarnya dengan pantas di hadapan Faqihah. Hanya boxer yang berkatun spongebob sahaja masih melekat di badannya. Pantas Faqihah menutup mulut dan menjerit.

“Arghh!!” jerit Faqihah. Nasib baik tak kuat sangat. Adrian panik. “Kenapa-kenapa? Soal Adrian seraya mendekatkan dirinya pada Faqihah. Makin panik Faqihah di buatnya.

“Kenapa bukak baju kat sini?” Soal Faqihah. Seram jugak tengok badan Adrianshah yang tidak berbaju tu, siap boleh nampak tanda lahir di bahagian dadanya.

“Oh… Awak ni buat suspen je. Ingatkan kenapa tadi. Saya memang bukak baju dalam bilik. Selalu Ok je kalau kat asrama tu. Tak de pulak diorang jerit tengok badan saya ni. Ke sebab badan saya ni buruk? Sebab tu awak jerit?” Soal Adrian. Sengal betul! Faqihah menepuk dahi. Tak habis fikir dengan insan yang bernama Adrianshah ini.

“Saya ni perempuan, awak tu lelaki, awak ingat saya ni roommate lelaki awak ke? Mestilah saya terkejut tetiba je awak bukak baju. Faham?” Balas Faqihah memahamkan suaminya yang sengal tu. Adrian terdiam sekejap.

“Oooo macam tu, kata Ustaz dalam kursus nikah, kita boleh bukak baju depan isteri, so saya bukak jelah. Sebab ustaz cakap isteri tu ibarat kawan, buah hati, macam-macamlah ustaz tu cakap.” Balas Adrian tidak mahu mengalah. Hilang terus rasa malu Faqihah melihat suaminya yang masih berboxer tu.

‘Sengal lah dia ni. Lantaklah nak buat apa pun’ Bicara hati Faqihah. “Dah lah, apa kata awak mandi dulu.” Balas Faqihah. Adrian tersengih seraya masuk ke dalam bilik air. Faqihah menghela nafas panjang, tiba-tiba bibirnya tergelak melihat kerenah suaminya. ‘Macam adik-adik sangat lah dia ni, kalau buli pun sedap ni’ Bicara hati Faqihah. Hai? Dah terubat ke hati awak tu gara-gara kena tinggal Arrian?

Faqihah membuka beg baju suaminya. Sekali lagi Faqihah tergelak, tapi kini lebih kuat. Boxer suaminya yang bergambar katun spiderman, ben10 dan macam-macam lagi dikeluarkan bersama baju-baju yang lain. Faqihah membuka almari bajunya yang sudah kosong sebahagian. Teringat pula pada Arrian Shah bila melihat bahagian almari yang kosong itu. Tempat yang sepatutnya di isi dengan baju Arrianshah diganti dengan Adrian dalam sekelip mata. Airmata tiba-tiba keluar.

“Zrapp” Pintu bilik air di tarik oleh Adrian. Pantas Faqihah tersedar dari lamunan cinta saat bersama dengan Arrian. Adrian bertuala paras pinggang. Kelibat isterinya yang berdiri di hadapan almari di pandang. Baju-bajunya sudah tiada dalam beg. ‘Bagusnya dia ni, macam Ibu’ Bicara hati Adrian bersama senyuman.

Faqihah masih sibuk melipat baju-baju Adrian yang tidak berlipat saat dikeluarkan dari beg dan menyusun di dalam almari.

“Nak boxer batman.” Minta Adrian bersahaja. Lantas Faqihah menghulur boxer pada suaminya bersama ketawa yang di tahan.

Lagi sekali, suka hati je Adrian melepaskan tuala ke lantai. Tanpa sengaja Faqihah terpandang lantas mata di tutup. “Arghh!!” jerit Faqihah agak kuat. Adrian kalam kabut, boxer pantas dipakai.

“Shuhhh. Awak ni memang suka jerit-jerit eh? Saya pakai seluar pun nak jerit ke?” Soal Adrian pada Faqihah yang masih menutup mata di hadapan almari sambil bersila.

“Kenapa tak salin seluar dalam bilik air? Selekeh lah awak ni.” Ucap Faqihah sedikit tegas. Matanya sudah di buka semula. Adrianshah duduk di birai katil bersama kerutan di muka.

“Rileks lah awak ni, normal pe salin baju macam ni. Bukan saya nak buat pape pun dekat awak. Dah jangan jerit-jerit, kang Abah ingat saya buat bukan-bukan dekat awak” Giliran Adrian berhujah. Faqihah hanya mampu mengehla nafas panjang.

‘Ok-ok tenang. Anggap dia budak tadika yang belum baligh’ Ucap Faqihah bersama nafas yang ditarik perlahan. Mata dipejam sekejap. Namun bayangan tadi masih jelas kelihatan. Faqihah menggeleng-geleng kepalanya. Matanya dibuka semula. Si Adrian selamba tu, dah baring atas katil main phone. Pening kepala!

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.