Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 22

BAB 22

Majlis resepsi pernikahan antara Arrianshah dan Sharmila Aqira berjalan lancar. Genap seminggu pernikahan mereka. Banglo milik Tok Pa nya menjadi tempat untuk pasangan itu menetap tika ini. Arrian berjalan seiringan dengan isterinya menuju ke ruang makan. Tan Sri Aqilshah dan isterinya sudah menyua meehoon goreng di dalam mulut. Arrian dan Sharmila mengambil tempat di atas kerusi.

“Bila honeymoon?” Soal Tan Sri Aqilshah. Arrian tersenyum.

“Today Tok Pa. Hari-hari boleh honeymoon apa? Hehehe. Kami tak decide lagi. Kami honeymoon dekat hotel dulu je rasanya. Lagipun Shah Holdings tengah serabut tu. Takut pulak nak tinggalkan” balas Arrian. Kau tak nak honeymoon, sebab kau tak nak tinggalkan Syaza kan? Dasar jantan tak guna!

Shahrmila tersenyum manis pada Tok Pa dan Tok Ma Arrian. “Saya tak kisah pun Tok Pa, Tok ma.” Balas Sharmila jujur. Datin Seri Dewi memberikan senyuman pada cucu-cucunya.

“Kerja-kerja jugak, jangan lupa peraturan papa kamu tu…” Bersahaja ayat yang dituturkan oleh Datin Seri Dewi. Sharmila memandang pelik. Mulutnya masih tidak mampu untuk bertanya. Arrian pula sibuk menjamu sarapan di hadapannya.

“Ok lah Tok Pa, Tok Ma. Arrian nak gerak dulu ni. Jom sayang” Ajak Arrianshah seraya bangun dari kerusi. Tangan Tok pa dan Tok Ma nya di salam. Tangan Sharmila dipimpin menuju ke kereta.

“Peraturan?” Soal Sharmila tiba-tiba. ‘Permpuan ni! Sabar! Aku nak bagitahu lah ni!’ jerit hati Arrian. Arrian melemparkan senyuman paling sweet untuk isterinya.

“First sekali, I harap you tak salah faham tau” Ucap Arrian lembut. Sapa yang dengar pun cair. Kereta sudah di pandu laju dan menuju ke taman rekreasi yang berdekatan dengan banglo Tok Pa nya. Shahrmila masih penuh dengan tanda tanya.

Arrian dan Sharmila keluar dari kereta dan duduk di atas kerusi yang berdekatan sambil menlihat kanak-kanak yang sedang bermain bersama dengan ibu-bapa mereka. Tangan Sharmila di genggam oleh Arrian.

“Papa letak kan syarat, sapa yang dapat anak dulu, dia yang akan jadi CEO Shah Holdings.” Ucap Arrian lemah Seperti menagih simpati. Sharmila terkejut.

“Abang gunakan Shar?” Soal Shahrmila sedikit terkejut. Lantas Arrian memandang tepat muka isterinya.

“Tak…tak… Abang memang betul-betul cintakan Shar. Abang gunakan Faqihah sebab masa tu abang terdesak. Tapi malam tu bila abang jumpa Shar, abang terus jatuh cinta. Kalau abang nak sangat anak, abang boleh je nikah dengan Faqihah. Tapi hati abang dah ada pada sayang” Balas Arrian lembut. Dasar penipu! Kalau kena sumpah jadi katak kan bagus!

Shahrmila tersenyum mendengar. Hati Arrian menjerit bahagia. ‘Nasib lah kau perempuan bodoh! Kau ingat aku boleh percaya yang kau cakap kau tak suka dekat Shah? Sebelum kau nikah dengan Shah, baik aku yang kebas.’ Bicara hati Arrian.

“Abang jangan risau, Sayang sanggup lahirkan zuriat untuk abang. Kita usaha sama-sama eh.” Balas Shahrmila lembut. Kepalanya dilentokkan di bahu suaminya. ‘Bagus jugak perempuan bodoh ni!’ Hati kecil Arrian berbunyi lagi.

“Thank you sayang. Abang tak kan sia-siakan sayang. Cuma…” Balas Arrian tidak habis.

“Cuma?” Soal Faqihah. Tangan suaminya di belek-belek. Arrian pula mengusap rambut isterinya. Sweet kalau orang tengok dari jauh.

“Cuma abang ada masa setahun ni. kalau dalam masa setahun ni sayang tak pregnant, Papa akan jual Shah Holdings tu” Balas Arrian. Muka Sharmila sedikit terkejut.

“Kita cuba dulu dalam masa 3 bulan ni, kalau tak berhasil kita jumpa doctor. Sekarang ni ada macam-macam cara nak dapat anak. Tapi kalau adik-adik abang dapat anak dulu macam mana?” Soal Faqihah pula. Arrian sudah tersenyum penuh muslihat.

“Sebab tu kita kena usaha cepat sayang. Adlishah mustahil akan bernikah, sapa lah nak dengan anak luar nikah tu. Abang kena bersaing dengan Adrian ni. Tapi abang yakin yang Adrian tak gelojoh. Dia mesti tak tahu nak buat apa dengan Faqihah sebab budak tu lurus.” Balas Arrian. Padahal dia dah ada idea jahat kalau betul Faqihah atau bakal bini Adlishah mengandung.

Shahrmila tersenyum lagi. “InsyaAllah bang. Shar akan tolong abang. Shar iklhas terima abang bukan sebab harta abang, tapi sebab hati Shar dah melekat dalam hati abang.” Balas Sharmila ikhlas. Sekali lagi Arrian tersenyum penuh muslihat.

Arrian bangun dari kerusi. “Jom” Ajak Arian pada isterinya. Senyuman penuh tersirat diberi bersama kenyitan di mata kiri.

“Pergi mana?” Balas Sharmila. “Hotel” Balas Arrian. Lantas Shahrmila memukul manja tangan suaminya. “Abang ni…” comel je suara Shahrmila. Senyuman diberikan pada suaminya. Masing-masing berjalan seiringan masuk ke dalam kereta. Nak buat apa dekat hotel? Hemm! Lantaklah nak buat apa pun sebab yang ni halal. So tak pe!

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.