Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 13

BAB 13

Selepas majlis pembatalan air sembahyang tempoh hari, Adrianshah terus balik semula ke rumah sewanya. Hatinya terbit rasa simpati pada Nurul Faqihah saat dia menyarungkan cincin di jari manis gadis itu. tiada senyuman langsung yang terbit dibibirnya.

“Wei! Berangan!” Sergah Razaq, kawan serumah Adrianshah. Adrian terus bersila di atas katil apabila disergah rakannya. Muka rakannya yang terpacak di hadapan pintu di pandang.

“Kau rasa cukup ke tiga hari aku tinggalkan dia. Kalau aku jumpa dia, aku nak cakap apa ek?” Soal Adrian pada rakannya. Razak tersengih. Kakinya melangkah masuk ke bilik dan duduk di atas katil king yang di huni Adrian.

“Dulu poyo! Kata dah bersedia nak jadi suami lah. Cakap sembang lah kau ni. Dengar sini ustaz ajaq berceramah pulak. Dia tu bini kau sekarang. Dari hujung kepala sampai hujung kaki, tu semua dah jadi tanggungjawab kau. Yang kau jadi blur tetiba ni kenapa?” Balas Ajaq bersama gelak di bibir. Adrian menggaru kepalanya bersama sengihan juga.

“Ok lah aku gerak dulu. Hahaha. Kau ingat aku takut ke?. Aku ni suami orang tau. Dah bersedia nak jadi bapak. Tengoklah mamat bongkak tu! Siap kau.” Ucap Adrian seraya menepuk dadanya. Kaki mula melangkah bangun.

“Ah kau. Buktikan! Jangan cakap sembang je. Berani jadi bapak konon. Aku nak tengok.” Balas Ajak. Sengaja menguji rakannya. Adrianshah mengambil baju dan seluar yang tersangkut di belakang pintu dan terus di sarung di badannya. Yelah! Lagi tadi pakai boxer je.

“Aku suami, aku tahulah nak buat apa. Dah-dah, kau budak bawah umur. Budak bawah umur tak boleh campur hal orang dewasa” balas Adrian belagak bersama gelak tawanya. Ajaq hanya mampu menggeleng kepala bersama tawa yang masih bersisa. Dasar sengal betul si Adrian ni.

Pintu gate di rumah sewa ditutup rapat setelah keretanya di keluarkan. Kereta dipandu laju keluar dari perkarangan taman. Otaknya masih ligat berfikir bagaimana dia perlu menghadapi gadis yang bernama Nurul Faqihah. Hampir 1 jam perjalanan, kereta vios silver milik Adrian berhenti di hadapan rumah Encik Isa. Pantas langkahnya keluar dari kereta.

Adrian masih lagi teragak-agak hendak menekan loceng di rumah bapa mertuanya. Hampir 5 minit dia berjalan bermundar-mandir di hadapan gate rumah tersebut. Tiba-tiba pintu rumah terkuak, Encik Isa muncul di hadapan pintu dan terus meluru keluar. Jantung Adrian berdegup kencang. Hai takut ke?

“Lah, kenapa tak tekan loceng?” Soal Encik Isa seraya membuka pintu gate. Adrian memberikan senyuman. Lantas tangan tua Encik Isa di salam.

“Dah, masuk-masuk. Beg mana?” Soal Encik Isa. Adrian terpinga-pinga ‘Beg?’

“Tak bawak beg abah.” Balas Adrian bersahaja. Encik Isa memandang pelik. “Dah, jom masuk dulu” Balas Encik Isa. Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam rumah dua tingkat tu.

Puan Syamira ralit menonton berita di ruang tamu. Kehadiran menantunya di sambut dengan senyuman. Adrian bersalaman dengan ibu mertuanya pula. Kelibat Faqihah masih tidak kelihatan.

“Ada dalam bilik” Ucap Puan Syamira seperti mengerti yang Adrian mencari kelibat anaknya. Tersentak sedikit Adrian bila Puan Syamira berkata begitu.

“Asyik berkurung je dalam bilik tu, makan pun susah. Abah ingat kamu tak sudi nak balik rumah abah.” Perbualan bersambung. Adrian sudah merebahkan diri di atas sofa ruang tamu.

“Sorry bah, Saya sebenarnya tak tahu nak buat apa. Kata adik saya, orang perempuan kalau merajuk kena biarkan dulu. Sebab tu saya tak berani nak datang sini” balas Adrian jujur. Adik mana yang cakap tu? Adli? Hah! Korang memang sama-sama sengal. Encik Isa dan Puan Syamira tersenyum.

“Dah lah, pergi naik atas sana.” Tambah Puan Syamira pula. Adrian tersengih, namun badan sudah dibangunkan dan mula melangkah ke tingkat atas. Bilik yang pernah dia masuk masa hari pernikahan haritu. Tangan teragak-agak ingin mengetuk pintu.

“Wait! Aku kan suami. Suami isteri mana ada main ketuk-ketuk pintu” Bicara Adrian sendirian. Pantas tangan memulas tombol pintu. Muka Adrianshah tercengang. Belakang tubuh Faqihah yang sedang berkemban di pandang. Pantas Faqihah menoleh bila terdengar pintunya di buka.

“Argh!! Tolong! Tolong!” Jerit Faqihah. Sepantas kilat pintu di tutup semula. Adrianshah terus tergelak. Selang dua minit pintu diketuk. Faqihah membuka pintu setelah mengenakan pakaian.

“Sorry pasal tadi. Saya ingat sapa.” Faqihah menundukkan pandangan. Lantas menyuruh Adrian masuk ke dalam biliknya. Faqihah duduk di atas meja solek, manakala Adrian merebahkan punggung di birai katil pengantin.

“Awak nangis ke?” Soal Adrian tiba-tiba bila melihat wajah sembab Faqihah. Faqihah diam tidak menjawab.

“Kenapa awak sanggup nikah dengan saya?” Soal Faqihah pula. Adrian menggaru kepalanya.

“Sebabnya tak boleh bagitahu sekarang. Lagipun awak patut bersyukur tak nikah dengan mamat bongkak, sombong tu. Sebab bila saya tengok awak, awak terlalu baik untuk dia.” Balas Adrianshah jujur. Faqihah memandang muka suaminya.

“Jadi saya kena bersyukur sebab awak yang jadi suami saya?” Soal Faqihah pelik. Adrian sudah tersengih mendengar ayat yang ditutur isterinya.

“Mestilah kena bersyukur. Sekurang-kurangnya awak tak nikah dengan mamat bongkak tu. Dah sah-sah dia sakitkan hati awak sebelum awak kahwin. Kalau lepas nikah, entah yang bukan-bukan dia buat dekat awak.” Balas Adrianshah selamba.

“Mungkin awak ada muslihat yang saya tak tahu” Soal Faqihah agak curiga juga dengan pernikahan yang dia jalankan 3 hari lalu. ‘Muslihat? Memanglah ada sikit. Tapi memang semua pernikahan nak ada anak kan. Tu di kira muslihat ke?’ Bicara hati Adrian.

“Mana ada muslihat, saya kahwin dengan awak sebab saya tak nak lah malukan Papa saya, malukan Abah awak. Tulah, ada abang pun tak guna, patutnya saya yang jadi abang. Saya ni lagi matang dari dia” Balas Adrian sambil mengangkat keningnya.

Faqihah memandang pelik. ‘Matang ke dia ni? nampak macam bawah umur je.’ Faqihah bermonolog.

“Ok lah, saya balik dulu. Saya tengok awak pun macam ok je ni” Sambung Adrian seraya bangun dari birai katil. Faqihah terbangun dari kerusi.

“Balik? Ok.” Balas Faqihah ringkas. Faqihah menunduk semula selepas menuturkan ayat tadi.

“Kenapa? Macam tak suka je saya balik. Ke awak dah bersedia tidur dengan saya?” Soal Adrian bersahaja. ‘Hahaha, aku kan suami. Suami kena belagak sikit. Mana boleh malu-malu’ Hati Adrian berbunyi lagi. Sengihan diberi pada Faqihah.

“Errr… Bukan macam tu, saya tak kisah kalau awak nak tidur sini pun.” Balas Faqihah gagap sedikit. ‘Eh bagus lah dia ni. Baik je aku tengok’ Bicara hati Adrian.

“Tak lah, saya balik dulu. Nanti esok saya datang lagi. Lagipun saya tak bawak baju.” Balas Adrian. Mata kirinya dikenyitkan. Kaki mula melangkah ke hadapan pintu bilik.

“Kejap!” Arah Faqihah. Adrian menoleh semula isterinya yang berdiri di hadapan meja solek.

“Boleh saya mintak nombor telefon?” Soal Faqihah. Adrian tergelak kecil.

“Comel lah awak ni” Balas Adrian seraya mengeluarkan telefon dikoceknya. Nombor Faqihah di dail. Sejurus lepas itu Adrian keluar semula bersama senyuman. Senyuman apa? Dia sendiri tidak pasti. Mungkin ada cinta dalam hatinya atau sekadar suka-suka sahaja. Budak ni kan asal boleh je!

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.