Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 28

BAB 28

Meriah sekejap Prince Rooftop dengan kehadiran Pak Arun, Mak Jenab dan Syarmimi. Siti Syafa tidak mahu datang walaupun sudah berkali-kali di paksa oleh Syarmimi dan Ella.

Hantaran ringkas oleh Syarmimi dan maknya yang di buat dari kampong, tersusun di atas meja di ruang tamu. Baju nikah pemberian Adlishah yang juga cukup ringkas tersarung di tubuh kecil molek Ella Eddya. Masing-masing sudah bersedia untuk menghantar Ella ke rumah banglo Tan Sri Armanshah. Satu kereta je pergi hantar pengantin. Yelah! Ella mana ada keluarga lain.

Cantik! Ella mengenakan baju kurung putih yang berbunga ros kecil timbul serta tudung Neelofar yang berwarna putih. Sedikit make up ditepek oleh Syarmimi untuk membuatkan Ella sedikit lain dari biasa.

“Dah cepat masuk kereta.” Arah pak Arun pada pada mereka yang masih sibuk mengangkat hantaran masuk ke dalam bonet kereta. Mak Jenab sudah masuk di bahagian penumpang hadapan. Mimi sudah menutup bonet kereta lantas masuk ke bahagian penumpang belakang bersama Ella di sebelah.

“Aku yang tunang dulu, kau pulak nikah dulu.” Ucap Mimi dalam perjalanan ke rumah Tan Sri Armanshah. Ella tersengih.

“Tulah, ni gara-gara Pak Arun punya doalah ni, nak sangat Ella nikah dengan orang kaya. Ha, kan dapat betul” Balas Ella selamba. Lantas mereka semua ketawa.

“Ingat Ella, dah jadi isteri ni tanggunjawab dah lain. Kena layan suami. Kena masak untuk suami. Kena patuh arahan suami selagi tak bercanggah dengan agama” Giliran Mak Jenab memberi nasihat. Mimi sudah tergelak-gelak mendengar.

“Beres boss.” Balas Ella bersahaja. “Ingat tu Ella, kau jangan buat kepala kau je nanti lepas kahwin. Aku takut lebam je suami kau kena tendang.” Sengaja Mimi menyakat rakannya. Pantas kepala Mimi di ketuk Ella.

“Pak Arun, ni anak dara Pak Arun ni dah tak sabar nak nikah ni. Tolonglah nikahkan dia cepat-cepat” balas Ella bersahaja. Masing-masing tergelak lagi.

“Ella nak ucap terima kasih dekat Pak Arun, Mak Jenab, Mimi sebab sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak tengok Ella nikah.” Sambung Ella lagi. HAish! Nak buat sebak-sebak pulak.

“Kenapa Ella cakap macam tu, Ella kan anak Pak Arun dengan Mak Jenab, mestilah kami datang. Dah tak payah nak sedih-sedih. Habis make up nanti” Balas Pak Arun bersahaja. Nadanya diceriakan. Tak nak Ella sedih-sedih di hari bahagianya.

Terasa sekejap sahaja kereta Pak Arun sudah masuk ke perkarangan banglo Tan Sri Armanshah. Ella turun dari kereta. Disebabkan tidak cukup tangan, Ella turut mengangkat hantarannya sendiri. Pantas orang gaji di rumah Tan Sri Armanshah datang membantu. Rumah Tan Sri Armanshah tidak begitu ramai. Hanya dipenuhi kenalan Adlishah dan Adrianshah sahaja. Tok Kadi pula sudah sampai. Adlishah sudah siap berbaju melayu putih di ruang tamu.

Ella masuk ke dalam dan duduk di tempat yang di sediakan. Syarmimi dan Mak Jenab sedari tadi menjadi peneman Ella Eddya. Setelah pengantin perempuan bersetuju untuk bernikah dengan pengantin lelaki. Akad nikah dimulakan.

“Aku terima nikah Ella Eddya binti Abdullah dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai” Tenang akad nikah yang dilafazkan Adlishah. Hanya sekali lafaz, Adlishah dan Ella bergelar suami isteri yang sah. Selepas mengaminkan bacaan doa, Adlishah menuju ke tempat Ella Eddya. Scene pembatalan air sembahyang pulak.

Cincin berlian di sarung di jari manis Ella. Setelah itu Ella bersalaman dengan suaminya.

“Jadi isteri solehah ye nak” Ucap Mak Jenab yang tiba-tiba sebak melihat Ella menitiskan airmata. Ella berpelukan dengan Mak Jenab. Pak Arun juga bersalaman dengan Adlishah. Lama mereka berpelukan seperti tengah membisikkan sesuatu.

“Ella tu baik budaknya. Pak Arun dah anggap macam anak Pak Arun sendiri. Kalau boleh jangan bagi dia sedih ;agi. Dia dah puas merana sejak kecik. Semoga kamu bahagia dengan dia” Ucap Pak Arun seraya melepaskan pelukan. Adlishah hanya menggangguk dan memberikan senyuman pada Pak Arun.

Ella bergerak ke ara bapa mertuanya. Tangan itu dikucup penuh syahdu. “Terima kasih sebab sudi terima anak Papa.” Ucap Tan Sri Armanshah. Ella memberikan sedikit senyuman. Masing-masing sudah menjamu makanan yang disediakan. Ella sedari tadi berkenal-kenalan dengan rakan-rakan Adlishah dan juga pembantu rumah Tan Sri Armanshah.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Tetamu ramai sudah pulang ke rumah. Pak Arun sekeluarga turut pamit setelah bersalaman dengan Ella Eddya.

“Aku balik dulu Shah, jumpa dekat Rooftop.” Ucap Adrian yang turut pamit bersama Faqihah. Faqihah bersalaman dengan Ella, lantas mengikuti suaminya keluar. Kejap je rumah Tan Sri Armanshah sunyi semula. Hanya kedengaran suara pembantu rumah yang mengemas pinggan mangkok yang telah digunakan tadi. Ella dan Adlishah duduk di ruang tamu. Tan Sri Armanshah masih lagi diluar, menghantar bebrapa orang rakannya di halaman rumah.

“Rumah besar macam ni, bapak kau duduk sorang je?” Soal Ella yang mula melihat sekeliling rumah banglo Tan Sri Armanshah.

“Hermm… Lepas ibu meninggal, kami jarang balik rumah ni. Semua sudut yang ada dalam rumah ni kami teringat ibu. Sebab tu Adrian cepat je nak balik” Balas Adlishah.

“Oooo… habis rooftop?” Soal Ella lagi.

“Rooftop tu banyak kenangan masa kecik, lagipun kami jarang ke sana. Kalau Papa cuti je baru tidur sana.” Balas Adlishah yang melayan soalan isterinya.

“Oooo…” Balas Ella. Tan Sri Armanshah masuk semula ke dalam ruang tamu. Perbualan Ella dan Adlishah terhenti bila Papanya turut duduk bersama.

“So? Apa rancangan lepas kahwin ni?” Soal Tan Sri Armanshah pada mereka berdua. Ella hanya senyap. Ikut sahaja keputusan Adlishah.

“Kitorang duduk rooftop Pa.” Balas Adlishah. “Ingat nak duduk dengan Papa, meriah sikit rumah ni” Balas Tan Sri Armanshah. Nampak riak wajahnya yang sunyi bila bersendirian.

“InsyaAllah setiap kali weekend, Shah dengan Adrian tidur sini. Lagipun kita kan jumpa dekat ofis.” Balas Adlishah beralas.

“Ikut kamu lah, yang penting kamu bahagia. Ha, Ella. Jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri. Papa nak naik atas, dah nak masuk Zohor ni” Balas Tan Sri Armanshah seraya bangun dari sofa. Ella hanya memberikan anggukan.

“Jom naik atas…” Ajak Adlishah pada Ella. Ella bangun dari sofa.

“Eh, kau nak tidur sini ke? Aku tak bawak baju. Ingatkan terus balik rooftop.” Soal Ella yang turut mengikuti langkah Adlishah meniti anak tangga.

“Alamak, yeke… lupa nak cakap. Tak pelah, kita naik dulu. Petang-petang sikit baru balik. Kita solat dulu.” Balas Adlishah seraya meneruskan meniti anak tangga.

Ella masuk ke dalam bilik Adlishah yang cukup segala kelengkapan tu. Siap ada sofa, peti ais, bilik air, TV macam panggung wayang. Katil macam katil diraja. Kalau nak bercuti masuk je bilik ni, semua ada. Ella teruja.

“Bilik bukan main besar, tapi duduk rumah sewa?” Soal Ella yang memerhati sekeliling bilik Adlishah.

“Bilik je besar, kemewahan melimpah ruah, tapi tak guna jugak kalau tak da kebahagiaan. Aku masuk toilet dulu. Kalau kau nak towel ada dalam almari tu, bukak je.” Balas Adlishah seraya masuk ke dalam bilik air. Ella masih memerhati sekeliling bilik Adlishah.

Tudung yang ingin dibuka terhenti sekejap. ‘Eh! Alah kan dah halal.’ Ucap Ella sendirian seraya meneruskan tindakan membuka tudung. Ella duduk di birai katil.

“Allah! Kalam kabut punya pasal, telefon pun tertinggal.” Ucap Ella lagi. Adlishah keluar dari bilik air. Isterinya yang tidak bertudung dipandang. ‘Mak ai!!! Comelnya budak ni. Pipi dah lah macam pau.’ Bicara hati Adlishah. Ella terperasan dirinya di tenung agak lama.

“Hoi! Kau dah kenapa? Tak pernah nampak perempuan free hair?” Soal Ella seraya bangun dan masuk ke bilik air. Ella menjeling sedikit. Adlishah tersenyum. Betul lah kata orang, nilah keistimewaannya bila wanita bertudung. Kecantikan tu khas untuk suami je.

Selang beberapa minit Ella keluar semula. Adlishah sudah tersedia sesuatu untuk isterinya.

“Ni pemberian ibu aku pada bakal menantu dia. Aku tanya ibu. Kenapa telekung? Ibu jawab, Jangan bila ada masalah je kita ingat Allah. Masa senang pun kita kena ingat Allah.” Ucap Adlishah seraya menghulur telekung pemberian ibunya. Ella sebak sedikit mendengar ayat yang ditutur oleh suaminya. Lantas telekung di pakai Ella.

Solat Zohor dilakukan dengan penuh syahdu. Zohor pertama Ella dan Adlishah bergelar suami isteri. Moga sinar bahagia menyebelahi hidup mereka. Takkisah lah anak pungut atau luar nikah. Mereka juga manusia. Nanti di akhirat, tidak akan di tanya sama ada kamu anak pungut atau anak luar nikah. Yang di tanya ialah amal semasa di dunia. Ok, cukuplah ceramah tadi!

Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.