Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 14

BAB 14

Kereta MyVi milik Adlishah dipandu laju dan berhenti di luar perkarangan Prince Rooftop. Jam di tangan sudah masuk pukul 10 malam. Code gate di tekan, lantas gate terbuka sendiri. Kereta masuk ke perkarangan rumah. Setelah itu, Adlishah membuka kunci rumah dan terus masuk ke dalam. Badan direbahkan terus di atas sofa.

Ella terdengar sesuatu di bawah, lantas dia membuka pintu rumah rooftop dan berjalan perlahan menuruni anak tangga bersama pistol mainan di tangan. Untuk keselamatan katanya. Ella terperasan kelibat manusia yang sedang mengais-ngais kotak CD di hadapan TV. Ella berjalan perlahan dan terus mengacu pistol di belakang tubuh Adlishah.

“Diam! Jangan bergerak. Seinci kau bergerak aku tembak!” Tutur Ella berani. Adlishah mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah.

“Kau nak amik apa-apa dekat sini, kau ambiklah. Jangan bunuh aku. Aku muda lagi. Kahwin pun tak lagi” Tutur Adlishah separuh merayu. Ella masih dengan lagaknya.

“Tahu pun kau muda, yang kau nak merompak rumah ni kenapa? Fikir sikit mak bapak kau kat rumah tu! Jangan jadi anak tak guna boleh tak?” Bentak Ella lantang.

“Ni rumah bapak saya, kenapa pulak saya nak rompak?” Soal Adlishah yang masih mengangkat tangannya di hadapan TV. Muka Ella belum dipandang. Takut kena tembak. Ella terperasan perkataan yang di tutur oleh Adlishah.

“Kau jangan bohong! Kalau kau cakap ni rumah bapak kau. Aku pun boleh cakap yang ni rumah pusaka atok aku!” Balas Ella. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Adlishah.

“Sumpah! Aku tak tipu. Kau ni sapa? Kalau kau nak rompak harta bapak aku ni, kau rompaklah. Jangan tembak aku” Balas Adlishah. Ella mengalihkan pistol mainannya.

“Kau anak Tan Sri Armanshah?” Soal Ella berani. Adlishah memusingkan badannya. Tubuh Ella yang sedang berdiri di pandang.

“Ye aku anak Tan Sri Armanshah. Suka hati kau je nak tembak aku. Lain kali tu tanyalah dulu.” Marah Adlishah tiba-tiba. Ella sudah serba tak kena.

“Eh, sorry-sorry. Aku ingat perompak tadi. Yelah, aku kan penjaga dalam rumah ni, kalau ada apa-apa yang hilang, aku yang kena bertanggungjawab.” Balas Ella tidak mahu mengalah. Adlishah bangun dan berdiri menghadap Ella di ruang tamu. Muka Ella di tenung.

“Muka kau ni yang macam penyamun kau tahu tak? Suka hati nak tuduh aku rompak rumah sendiri. Aku tak da mood nak tengok CD dah ni” Balas Adlishah seraya masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya ditutup agak kuat. Ella terkedu. Serbasalah menyelubungi diri.

‘Lantaklah! Bukan aku sengaja. Dah memang aku tak tahu dia sapa’ Bicara Ella sendirian. Lantas kaki naik semula ke rooftop. Pintu rumah kecilnya ditutup. Otaknya masih ligat memikirkan kejadian tadi. Lantas Ella tergelak kecil.

Badan direbahkan semula di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Mata Ella masih segar memandang syiling.

Adlishah menggaru kepalanya yang tidak gatal di dalam bilik. Masih tidak habis fikir pasal penjaga rumah barunya itu. ‘Yelah salah aku jugak, tiba-tiba masuk tak bagi salam dulu. Tapi minah tu lagi salah, patutnya dia selidik dulu anak-anak majikan dia.’ Bicara Adlishah sendirian di atas katil. Lantas kakinya bangun dari katil. Gitar di tepi almari di capai. Jam di dinding sudah mencecah pukul 12 malam.

‘Abaikan semua ni!’ Adlishah keluar ke perkarangan rumah. Tangga luar rumah yang menuju ke rooftop di panjat. Kerusi malas yang selalu menjadi tempat pembaringan Ella menjadi tempat duduk Adlishah.

Gitar di tangan terus di petik. Lupa agaknya yang Ella tidur dekat dalam rumah rooftop tu.

Jujurlah sayang, aku tak mengapa

Biar semua, jelas tak berbeda

Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima, walau sakit hati

Ella tersedar dari mimpi. Baru 5 minit rasanya dia terlelap. Suara sayup-sayup di luar memanggil Ella untuk keluar dari rooftop. Ella terpandang sesusuk tubuh yang sedang memetik gitar sambil memandang bintang-bintang di langit. Merdu suaranya. Ella memberanikan diri keluar dari rumah kecilnya. Ella khayal dengan lagu yang dinyanyikan Adlishah, punggungunya dihenyak di atas rumput carpet. Kakinya dipeluk. Kepalanya dilentokkan di atas kepala lutut.

Adlishah menghabiskan nyanyiannya. Badan di pusingkan kebelakang. Ella yang sedang memeluk tubuh dipandang.

“Woi! Kau dah kenapa goyang-goyang macam tu?” Soal Adlishah bila melihat tubuh Ella seperti menari-nari. Ella tersedar.

“Eh, aku macam nak ambik angin, tu yang keluar kejap ni” Balas Ella cepat. Pantas Ella berdiri dan memandang muka Adlishah.

“Macam-macam lah kau ni. Aku turun dulu lah.” Balas Adlishah bersahaja.

“Eh, kejap!” Arah Ella. Adlishah berpusing semula. “Kenapa?” Soal Adlishah.

“Sorry pasal tadi.” Ikhlas Ella memohon maaf. Adlishah hanya mengangkat muka tanda dia ok sahaja. Ella menyambung duduk di atas kerusi malas. Gilirannya pula memandang bintang di langit. ‘Sedapnya suara dia’ Ella bermonolog sendirian.

Adlishah kembali semula ke dalam biliknya. ‘Cantik jugak maid baru tu, berani betul dia duduk dalam rumah besar ni sorang-sorang. Tak takut hantu ke?’ Soal hati Adlishah. Badan direbahkan di atas katil. Ingatan kembali pada kejadian rompak merompak tadi. Adlishah tergelak kecil. Tiba-tiba satu mesej masuk di dalam telefon bimbitnya. Cepat sahaja tangan membuka pesanan ringkas tersebut.

“Saya akan nikah dengan Arrian. Kalau ada masa nanti datanglah. Jangan cakap saya tak jemput”

Adlishah meraub wajahnya setelah pesanan ringkas itu di baca. Entah kenapa airmata jantannya terkeluar sedikit. Penat memikirkan nasib hidupnya yang selalu menjadi kejian abangnya sendiri. Tidak cukup lagi, Tok Ma dan Tok Pa nya juga tidak pernah mengaku dia sebagai cucunya.

Adlishah membuka perbualan di aplikasi Whats up dirinya dan ibu tiri yang menjaganya sejak lahir.

‘Perempuan yang betul-betul ikhlas sayang Shah tak kan tinggalkan Shah disebabkan asal usul Shah. Perempuan yang betul-betul sayang Shah akan jaga Shah sebab dia telah letakkan hati dia dalam hati Shah. Ibu yakin, suatu hari nanti Shah akan jumpa wanita tu’ Mesej terakhir Ibu tirinya sebelum meninggal di baca. Adlishah mengalirkan airmata rindu. Matanya dipejam rapat. Muka Puan Nora terbayang difikirannya. ‘Ibu… really miss you’ Sebaris ayat yang terbit di bibir Adlishah. Malam.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.