Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 2

Setelah habis kelas Encik Fauzi, mereka berkemas–kemas sebelum berehat. Delya berkemas sambil itu dia melihat tubuh Rafiq ke mana. Habis sahaja berkemas, dia terus mengejar Rafiq dan berjalan disebelahnya. 


“Rafiq, kenapa you sombong sangat?” soal Delya, dirinya semakin dekat dengan Rafiq, tangan mereka hampir bersentuh.


 “I tak suka perempuan.” balas Rafiq spontan. 


“Hah? Habis tu you gay ke?”


“I tak suka perempuan macam you.”


Rafiq berterus terang, namun sedikitpun hati Delya tidak tercalar. Sebab apa, kadang ada masanya dia tiada perasaan. Marahlah semahunya, dia masih tenang. Pelikkan? 


“Tapi.. I suka lelaki macam you.” 


Terhenti langkah Rafiq dan memandang gadis di sebelahnya, baru kenal sehari, dah terhegeh–hegeh dengan aku, apa kes! Mata Rafiq menikam mata Delya, tetapi Delya masih rileks, tenung saja. Dah bagi can nak tengok muka handsome dia! 


Rafiq beralih pandangan, asalnya dia ingat gadis itu akan takut, malu atau meninggalkan dia. Tetapi gadis itu setia menunggu. Aduh, susah macam ni! 


“I tak pergi makan, you nak ikut jugak ke?” soal Rafiq sambil merengus kasar. Rimas pula dibuatnya.


 “Okaylah, I ikut je. Lagipun I diet.” dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya, bagi orang lain dah cair dah. Bagi Rafiq? Sikitpun dia tak goyang. 



“Please Tengku Delya Amanda, I want to be alone.” Rafiq rayu padanya. Delya yang terasa lelaki itu sudah tidak selesa dengannya, cepat saja dia mengangguk dan berlalu pergi.



______________________



Delya hanya termenung sambil menikmati Americano yang baru dibeli. “Hei, kau termenung apa?” suara Yura menghentikan lamunannya.


“Hah? Tak ada apa, aku just terfikirkan sorang ni.” Balasnya sambil tersenyum. 


Yura memandang pelik ke arah sahabatnya.


 “Hei Dedel, kalau kau nak termenung dekat sini. Baik tak payah beli apa–apa!” sampuk Faira. Dia paling tidak suka orang termenung jauh ni. 


“Dedel? Hei, nama aku Delya, Tengku Delya!”


Yura menggelengkan kepala apabila melihat mereka bergaduh. Delya paling pantang namanya menjadi bahan ejekan. 


“Apa, sedaplah nama Dedel berbanding Delya.” ujar Faira sambil berpeluk tubuh.


“Jangan sampai muka kau hancur aku kerjakan!”


“Hei, aku pun boleh lepas marahlah!”


“Dedel? Hah, peliklah nama you.” ujar satu suara. Delya berpaling muka ke arahnya. Terlihat Sofia sedang tersengih memandangnya. Sofia bukan kumpulan mereka. Sofia kumpulan lagi satu. Kumpulan yang amat dibenci oleh Delya. 


“Kau, better kau stop. Kau cakap lagi, tahulah aku nak buat apa.” Delya mula bengang apabila Sofia masuk campur.


 “Dedel? Oklah nama tu! Serupa dengan tuan punya nama.” Delya sudah menahan geram. 


Tangannya mencapai rambut Sofia yang separas pinggang itu. 


“You buat apa hah, you gila ke!” tengking Sofia sambil meraung kesakitan. 


Tangan Sofia juga sempat mencapai rambut Delya. Mereka tidak berhenti menarik rambut masing–masing. Macam nak tercabut dah kepalanya. 


Kebetulan Rafiq berjalan di sekitar situ. Makanan yang dibawa terlanggar oleh Delya. Delya tidak kisah apa–apa, malah dia tidak perasan pun. Yang penting sekarang ni dia nak menang! Itu sahaja yang berada dalam fikirannya sekarang. 


“You ni kenapa? Lepaslah!”


“Suka hati bapak kau je nak ejek aku!”


“You ni macam budak–budaklah, hei lepaslah perempuan gila!”


Hatinya sudah membara, dah di ejek, digelar pula perempuan gila. Memang tidaklah dia ingin melepaskan gadis dihadapannya. Rambut Sofia ditarik sekuat hati, begitu juga rambut Delya, walaupun terasa sakit, mereka masih tidak mahu mengalah. 


“Tengku Delya Amanda, Puteri Sofia Rania. Ikut saya sekarang!”  suara itu menghentikan pergaduhan mereka. Delya terus mengeluh, salah dia juga kerana tidak boleh mengawal baran. 


Sebaik sahaja tiba di bilik kaunseling, mereka terdiam seribu bahasa, bunyi cengkerik sahaja yang berkumandang.


 “Baru hari pertama di kolej, dah buat macam–macam perangai, tak malu ke? Dahlah kamu berdua perempuan!” ujar Encik Zahar tak puas hati. 


“Prof, saya tak salah. Ni, minah senget ni yang salah!” balas Delya sambil matanya menjeling tajam ke arah Sofia. 


“Diam Delya, saya nampak semuanya. Kamu yang mula–mula tarik rambut Sofia. Minta maaf sekarang!” suaranya ditinggikan. 


“Prof, siapa tak bengang bila nama kita dipermainkan? Kalau prof pun marahkan?” dia cuba menegakkan keadilan. 


“Ada bukti ke yang mengatakan kamu tak bersalah? Ada saksi lain selain kawan kamu?” soal Prof Zahar. Delya berfikir sejenak, cuba mengingat kembali wajah–wajah yang berada di tempat mereka bergaduh tadi. 


“Hah! Saya ada saksi Prof!” ujar Delya dengan bangga. 


“Siapa?” soal Prof Zahar.


 “Muhammad Rafiq Daniel!” balasnya lagi. Dia perasan Rafiq Daniel berjalan melepasi mereka tadi. 


_________________


Rafiq Daniel berasa tidak puas hati apabila namanya dipanggil sekali. Dia melihat ke arah Delya, senyuman gadis itu membuatkan dia rasa ingin melepaskan tangan. Dia tidak suka menanggung beban orang lain. 


“Delya kata kamu ada dekat sana waktu dia gaduh, betul ke?” soal Prof Zahar yang sudah ala–ala Detektif. 


“Yelah, kenapa?” soal Rafiq malas melayan. 


“Betul ke bukan Delya yang mulakan?” 


“Entah, dia langgar makanan saya, and makanan saya jatuh. Jadi, saya taknak backup sesiapa.”


Perangai Rafiq Daniel mula menjengkelkan Delya, cerita pasal masalah dia pula, itu lain hal lah! Sekarang dia perlu seseorang untuk mempertahankan dia. Bukan menyalahkan lagi!

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.