Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 56

“Rayyan!” jerit Delya apabila terlihat darah yang mengalir tak henti–henti. 


“Rayyan..” dia meratapi tubuh yang sudah tidak berdaya untuk bangun itu. 


“Sayang.. I dah balas dendam untuk you. Please.. Promise me.. one thing.” Ujar Rayyan sambil menahan sakit. 


“Lupakan kisah duka.. Yang you pernah lalui.. Mulakan hidup baru.. Ahh.. Sayang.. Lupakan I sekali.. I hanya.. ” Rayyan mengerang kesakitan. 


“Tak.. You tak boleh cakap macam tu! You dah janji yang you takkan mati! Janganlah buat I macam ni Rayyan..” Delya menangis teresak–esak.


“I dah tangkap Rafiq.. Ingat pesan I Tengku Delya, I sayang you sampai bila..” Akhirnya kelopak mata milik Rayyan tertutup rapat. 


“Rayyan!” jerit Delya sekuat hati. 


______________________


“Doktor, ada pesakit kecemasan. Cepat!” jerit jururawat itu. 


Doktor Hamadi terus berkejar ke bilik kecemasan diikuti dengan pesakit yang sedang berlumuran darah itu. 


“Doktor! selamatkan dia!” jerit Delya sambil tangannya tidak mahu melepaskan katil pesakit.


“Cik, tolong ke tepi.” halang seorang jururawat. Tangannya cuba melepaskan genggaman Tengku Delya.


Akhirnya Rayyan berjaya dimasukkan ke bilik kecemasan. Haris juga baru sahaja sampai. Dia melihat tubuh wanita yang sedang terduduk sambil wajahnya dirapatkan pada lutut. 


haris mendekati wanita itu. Terdengar bunyi esakan dari wanita itu. 


“Delya..” tegur Haris. 


Delya tidak mengangkat wajahnya. Dia terlalu sedih dengan kejadian yang berlaku tadi. 


“Aku tahu kau sedih, sekarang, kita doakan yang terbaik untuk Rayyan.” kata Haris. 


Delya masih dalam posisi yang sama. Kini Haris turut menurunkan badannya dan memegang bahu Delya. 


“Rayyan tu kuat orangnya. Kalau tak dia tak akan buat semua ni. Delya.. angkat kepala kau. Pandang aku.” ujar Haris lagi. 


Delya perlahan–lahan mengangkat wajahnya. Dia pandang ke arah sebelah. Haris tayangkan senyuman pahit. Dia cuba untuk memberi gadis itu kekuatan. 


“Aku tak mampu Haris.. dia dah banyak berkorban untuk aku..” balas Delya sambil air matanya mengalir kembali. 


“Rayyan.. kalau dia mati, aku pun akan mati jugak.” kata Delya. 


Badan Delya mula dialih menghadap Haris. 


“Kau dah give up semuanya? Aku dah kata, doakan Rayyan selamat. Berhenti fikir buruk lagi.” pesan Haris. 


Setelah 2 jam menunggu, Delya tertidur beralaskan bahu Haris. 


Haris menatap wajah itu, jelas kepenatan sekali. 


Akhirnya Delya terjaga. Dia melilau mencari seseorang. 


“Dah bangun?” soal Haris. 


“Rayyan? Rayyan mana?” soal Delya pula. 


“Masih dalam pembedahan..” balas Haris perlahan. 


Delya menitiskan air mata. Hatinya begitu gusar, adakah Rayyan hidup atau mati. Itu sahaja yang difikirkan. 


Setelah berjam–jam menunggu. Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan. 


“Doktor.. macam mana dengan suami saya?” soal Delya tergesa–gesa. 


“Suami awak berjaya diselamatkan..” balas doktor Azhar. 


Delya melepaskan nafas lega. Senyuman terbit di bibir tanpa dirancang. Haris juga begitu. 


“Tapi..” 


Senyuman mereka mati, Delya dan Haris melihat ke arah doktor itu. 


“Tapi apa doktor?” soal Delya. 


“Rayyan sedang kritikal dan masih lagi koma. Saya harap, pihak keluarga dapat doakan keselamatan dia. Sebab ada dua kesan sampingan hidup atau mati. Kami tak boleh tentukan yang mana, hanya boleh berserah pada takdir.” terang Doktor Azhar.


____________________


“Delya..” Tegur Haris. 


Delya hanya mendiamkan diri, dia melihat pandangan di luar tingkap kereta.


“Delya.. kau dengar tak..” 


“Bawak aku pergi mana–mana bangunan tinggi. Aku nak bunuh diri.” balas Delya dengan wajah serius. 


“Delya tolonglah sedar.. kau patut bersyukur sebab Rayyan dapat diselamatkan.” 


“Doktor sendiri tak pasti sama ada dia mampu hidup atau tak. Buat apa aku nak bersyukur?!” tengking Delya. 


“Bawak aku pergi jumpa Rafiq. Biar aku bunuh dia malam ni. Sekarang!” jerit Delya lagi. 


Haris menghentikan keretanya. Delya masih berpeluk tubuh, tidak kesah dengan tindakan lelaki itu. 


“Pergilah, pergi bunuh diri kau. Itu yang kau nakkan?” arah Haris. 


Delya memandang Haris, dia terus membuka pintu dan menghampiri jambatan itu. 


Haris hanya mampu memerhati dengan hati yang resah. 


Belum sempat dia menaikkan kaki, perasaan takut menyelubungi dirinya. 


Terus Delya terduduk dan tubuhnya dipeluk sekuat mungkin. 


“K.. kau kenapa ni?” soal Haris. 


“Jangan bunuh aku!” jerit Delya. 


“Delya.. ak.. aku tak ada niat pun nak buat semua ni..” balas Haris tergagap–gagap.  


“Lepaslah.. jangan bunuh aku!” 


Haris terus memeluknya erat. Risau melihat tingkah laku gadis itu. 


“Maafkan aku Delya.. janganlah macam ni..” pujuk Haris.


“Jangan bunuh aku..” terasa seperti tubuhnya diberatkan. Haris melonggarkan pelukan, terlihat Delya sudah pengsan disitu.

Previous: BAB 55
Next: BAB 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.