Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 26

Rayyan bangun dari tidur dan terlihat Delya masih tidur lena. Dia menggelengkan kepala lalu dia mengejut isterinya. 


“Sayang.. Bangun..” dia mengejut isterinya selembut mungkin.


 “Hish, diamlah.. nak tidur pun susah.” Delya mengeluh sambil matanya masih tertutup rapat. Ditarik selimut yang sudah bertukar tempat itu sampai ke bahagian kepalanya. 


“Bangunlah, siapa nak uruskan galeri kalau bukan awak?” Delya menepis tangan suaminya yang sudah merayap ke bahagian bahu. 


“Saya penatlah, awak tak faham ke? Jangan kacau saya tidurlah..” rayu Delya sebelum melenakan tidurnya kembali. 


“Tengku Delya Amanda.. Saya tak kesah kalau galeri awak tu bankrup. Jangan salahkan saya eh..” saja dia berkata begitu supaya isterinya bangun dari tidur. 


“Hish! Annoyinglah awak ni!” Delya terus bangun dari birai katil dan menuju ke bilik air. Tiba–tiba Rayyan mengikutnya dari belakang. 


“Stop! Jangan gatal sangat!” dia menghempas pintu bilik airnya. Rayyan tersengih sendirian sambil menggeleng–gelengkan kepalanya. 


___________________


“Rayyan, sini kejap.” panggil Tuan Jaffar. 


“Ada apa tuan?” soal Rayyan, pelik juga kerana tiba–tiba sahaja dipanggil. 


“Kenapa tak bagitahu saya?”


“Bagitahu apa tuan?” Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. 


“Suspek kedua, Tengku Delya ialah isteri awak.”


“Maafkan saya tuan, kami dah lama berkenalan. Tapi bila tuan cakap dia adalah suspek, saya terus diamkan diri.”


Tuan Jaffar meraup kasar wajahnya. “Habis tu awak sanggup ke nak siasat kes dia?” soalnya. 


“Saya sanggup tuan, dan dari apa yang disiasat, Tengku Delya langsung tak keluar malam tu.” ujar Rayyan. 


Tuan Jaffar terus fokus dengan percakapan Rayyan. “Maksud awak, Rafiq adalah suspek sebenar?” soal Tuan Jaffar. 


“Saya tak boleh nak cakap macam tu, sebab tak ada kesan cap jari di baju mangsa, dan tak ada senjata di tempat kejadian.” balas Rayyan, sejujurnya dia juga tidak berpuas hati dengan hasil siasatan mereka. 


“Macam biasalah, penjenayah lagi bijak dari kita.”


Rayyan menggelengkan kepala, tidak setuju dengan ayat yang diberi oleh Tuan Jaffar. “Selagi kes tak selesai, saya tak akan berhenti menyiasat. Tuan tunggu je, lambat laun saya akan jumpa juga bukti yang mengatakan Rafiq adalah pembunuh Zeff Wadi.” bersungguh–sungguh dia memberitahu ketuanya. 


Dia semakin geram apabila dia tidak dapat apa–apa bahan bukti berkenaan lelaki itu, Rafiq. Lelaki itu terlalu mencurigakan padanya. Lagi–lagi apabila ianya berkenaan dengan Isterinya sendiri, Delya. 


“Rayyan, saya yakin awak boleh selesaikan masalah ni secepat mungkin. Awak tak pernah gagal dalam apa–apa kes kan? Jadi saya yakin awak boleh.” Tuan Jaffar memberi kata–kata semangat pada Rayyan agar terus menjalani siasatan itu. 


____________________


Delya membelek–belek lukisan yang sudah hampir siap dilukiskan oleh dirinya sendiri. Hampir seminggu, lukisan itu tidak siap–siap juga.


Tiba–tiba seseorang mengetuk pintu biliknya. “Masuk.” arah Delya. 


“Boss, ada orang nak jumpa boss.” kata P.A nya, Syarifah. 


Delya mengangguk dan keluar dari biliknya. Setelah tiba di bahagian bawah, alangkah terkejutnya apabila melihat tubuh badan yang berada di hadapannya sekarang. 


“Rafiq?”


“Congrats for your marriege.”


Rafiq tersenyum ikhlas yang dibuat–buat. Sedangkan hatinya telah berkecai, perasaan amarah menghantui dirinya, tapi dia cuba berlakon apabila berhadapan dengan insan yang bernama Tengku Delya.

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.