Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 27

“Apa you buat dekat sini?” soal Delya, seperti hendak marah dia memandang lelaki itu. 


“I.. I just nak congrats dengan perkahwinan you, salah ke?” walaupun dia sudah menjadi kejam, tetapi bila berhadapan dengan Delya, masih ada rasa cinta yang berbaki. Kalau boleh dia hendak memujuk gadis itu kembali padanya. 


“I know, you ada niat lain. Setahun I tunggu you, you tak muncul–muncul. Tapi bila I jumpa orang baru, you muncul. Kenapa? Nak kacau bilau kan hidup kami ke?” soal Delya, air mata yang mengalir diseka pantas. 


“I masih cintakan you Delya.. I dah propose you, lagi sehari je kita nak nikah, macam mana you boleh percaya dengan benda yang parents kita cakap tu? Diorang cuba nak jauhkan kita sayang..” 


“Jangan panggil I sayang! I sekarang dah jadi milik orang. Rafiq, stop ulang benda yang sama. Dah takdir kita untuk jadi adik beradik susuan. Kita tak boleh ubah title tu!” bentak Delya. 


“You fikir I akan mengalah ke Delya? I cintakan you, I tak kesah pasal title semua tu, sebab apa? Sebab I cintakan you. You boleh je tolak tepi tentang adik beradik susuan tu. Tapi you ambil kesah sebab you dah tak cintakan I masa tu, kan?” Rafiq sudah tersengih seperti orang hilang akal. Dia merenung tajam ke arah gadis itu. 


“I cintakan you lah! Tapi I terima takdir yang dah ditetapkan. Kalau you tak boleh terima takdir, you berdosa besar Rafiq. You cintakan I? Tapi you kena lupakan I. Jangan fikir nak kahwin dengan I, sebab kita haram berkahwin!”


“Siapa kata kita haram berkahwin?!” Rafiq bengang mendengar alasan dari Tengku Delya, dia bersungguh–sungguh menafikan hubungan mereka yang sememangnya darah daging. 


“Hukum Islam mengharamkan darang daging untuk berkahwin.” sampuk satu suara dari belakang. Rafiq menoleh untuk melihat siapakah gerangan itu. 


“Jangan ganggu bini aku, dan tolong terima kenyataan yang kau dengan dia tak boleh kahwin.” ujar Rayyan setelah mendengar pergaduhan mereka tadi. Baru dia faham, mengapa isterinya meninggalkan lelaki itu.


“Eh, kau diam! Kau kahwin dengan dia pun sebab terpaksa kan?” Rafiq tersenyum sinis, Rayyan hanya membalas pandangan itu dengan senyuman redup. 


“Aku tak tahu berapa banyak kau tahu pasal kami, tapi tolong jangan musnahkan hubungan kami. Lagi satu, aku kahwin dengan Delya sebab aku cintakan dia, tak sempat nak luahkan je.”


Delya memandang ke arah Rayyan. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Cintakan dia? Sejak bila? 


“Delya.. awak masuk dalam kereta sekarang.” arah Rayyan. 


“Korang.. dahlah..” rayu gadis itu. 


“Aku kata masuk!” suaranya ditinggikan, Delya yang sudah keliru itu hanya akur arahan Rayyan. 


“Itu yang kau kata cinta? Hah, Delya takkan pernah terima kaulah!” Rayyan sudah mengepal penumbuk, tinggal untuk dilepaskan saja. 


“Aku akan buat dia terima aku, sebab aku cintakan dia.” balas Rayyan yang masih cuba bertenang. 


“Eh, liat betul kau eh? Kau nak aku bunuh kau sekarang jugak ke?!” Rafiq merengus geram. 


Mata Rayyan terus membulat, dia teringat kembali tentang kes dimana Rafiq menjadi suspek, adakah memang Rafiq pembunuhnya? 


___________________


“Awak..” Delya cuba memujuk lelaki itu. 


“Awak kalau dengan si Rafiq tu, bukan main lembut lagi. Berbeza sangat layanan awak pada saya.” Rayyan bersuara. 


“Saya..” belum sempat pun Delya membalas, Rayyan menyampuk lagi. 


“Apa, hanya Rafiq di hati awak? Tak boleh terima saya? Delya, saya ni suami awak. Orang yang awak layan macam orang asing ni adalah suami awak. Awak tak sedar ke?” 


Kata–kata Rayyan membuatkan lidahnya kelu. Iya, memang dia melayan lelaki itu seperti orang asing dan sentiasa berkasar dengannya. Dia sedar semua itu, tapi dia ego, dia masih tidak boleh terima kenyataan kerana dia dikahwin paksa. 


“Saya minta maaf.” balas Delya. 


“Itu je? Saya cuma nak satu je, hormat saya sebagai seorang suami. Layan saya seperti seorang suami, sebab saya cintakan awak Delya, saya takkan kahwin dengan awak kalau saya tak cintakan awak.” balas Rayyan yang cuba mengawal emosinya.


“Awak cintakan saya?” itu hanya soalan yang bermain di fikirannya, tapi dia berat hati untuk bertanya. Lidahnya kelu sekali lagi. 


____________________


Delya datang ke dapur, matanya tidak berhenti melayan youtube yang bertajuk 'masakan'. Dia tekad, dia ingin memujuk lelaki itu kerana dia merasakan dirinya terlalu bersalah. 


Dia cuba memasak spaghetti Aglio Olio. Semasa masak, dia banyak cuba mengelakkan diri dari terkena api. Setelah siap, wajahnya menjadi cemberut, melihat hasil dihadapannya. Biasalah, kali pertama kan. 


Dia cuba untuk membuang spaghetti itu, malangnya, Rayyan sudah sampai di dapur. 


“Sedapnya bau, awak masak apa?”


Delya toleh ke belakang, masakan itu disorok di belakang badannya. “Ma.. Mana ada masak apa–apa.” balas Delya dalam keadaan tergagap–gagap. 


“Apa yang awak sorokkan tu?” Rayyan menghampiri gadis itu, dia yakin, pasti gadis itu ada memasak sesuatu. 


Delya cuba menghalang, tapi gagal apabila Rayyan berkeras mengalih badan gadis itu. 


“Wow, spaghetti, awak masak?” 


Soal Rayyan, walaupun hatinya sudah tergelak melihat masakan itu sudah menjadi warna hitam. Tapi disimpannya dulu, takut isterinya terasa. 


“Jangan makan, ini tak jadi, biar saya masak lain.” belum sempat dia mengambil pinggan itu, Rayyan terus merampasnya. 


“Spaghetti Aglio Olio? Tak apa, biar saya cuba.” dia terus merasa makanan itu, rasanya sungguh teruk. Tapi dia masih menunjukkan wajahnya yang tenang. 


“Sedaplah.”


Delya memandang ke arah lelaki itu, dah hitam macam tu, apa yang sedapnya? Dia memandang pelik. 


“Thanks sayang sebab masak.” Delya seakan tidak percaya melihat lelaki itu makan dengan berseleranya. 


“Awak.. Tak payahlah tipu. Dah jangan makan, biar saya masak lain..” dia baru sahaja nak mengambil pinggan itu, lantas tangannya ditarik membuatkan dia terduduk di atas riba Rayyan. 


“Apa yang awak masak, semuanya sedap.” wajah Delya sudah berona merah, dia memalingkan mukanya namun dialih kembali oleh Rayyan menghadap mukanya. 


“Kenapa tiba–tiba masak ni? Dah mula cintakan saya eh?” Delya hanya tertunduk ke bawah, melihat mozek yang tersedia ada. 


“Eh, malu pulak. First time saya tengok perangai awak macam ni tau.” wajahnya mula rasa panas apabila lelaki itu tidak berhenti mengusiknya. 


“Awak..” belum sempat dia berkata, mulutnya terkunci apabila bibir lelaki itu menyentuh bibirnya. 


“I love you sayang.” ujar Rayyan, Delya sudah seperti tiada oksigen, tidak tahan dengan drama yang sedang bermain sekarang ini. Mengalahkan drama Korea!

Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.