Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 17

Sedang Rayyan dan Delya berehat di tepi pantai, muncul seseorang yang memanggil nama Delya. 

“Delya kan?” lelaki itu berdiri di hadapan Delya. 


“Ya, but, you siapa?” soal Delya. 


“Your ex..” lelaki itu terus membuka cermin mata hitam yang dipakainya tadi. Tengku Delya terkejut apabila melihat wajah di sebalik cermin mata itu, Rafiq? 


“Rafiq, macam mana..” 


Rayyan memandang Delya, dia agak curiga apabila gadis itu seperti kenal dengan lelaki dihadapannya. “Siapa dia ni?” Soal Rayyan. 


“So, kau tunang dia ke, congrats bro. Aku ex dia, Muhammad Rafiq Daniel.” tangannya dihulurkan. Rayyan masih lagi curiga, kenapa dalam banyak–banyak tempat, tempat ini juga yang dia cari. 


“Rafiq.. You pergi mana selama ni?” soal Delya yang mula sebak. Dia terlalu rindu dengan lelaki dihadapannya, rindu untuk melihat wajah lelaki itu. 


“I cari kerja. Kenapa, rindu I?”


Riak wajah Delya terus berubah. Dia terdiam tanpa membalaspun pertanyaan si Rafiq tadi. “Mmm Delya? Saya minta diri dulu. Korang berdua cakaplah.” belum sempatpun Rayyan meninggalkan mereka, Delya menarik tangannya. 


Rafiq agak tidak puas hati apabila melihat keadaan begitu. “Rayyan, awakkan tunang saya, duduk je dengan saya.” Ujar Delya yang langsung tidak memandang si Rafiq. Matanya hanya tertumpu pada Rayyan.


“Kenapa Rafiq, ada benda yang you nak bincang dengan I ke?” soal Delya seperti tidak kesah tentang kehadiran semula lelaki itu. 


“I ada hal peribadi nak cakap dengan you, you sure ke nak biarkan tunang you dengar?” 


“Delya.. Saya tunggu dalam kereta, bincanglah dulu. Lagipun saya ni orang baru.” Rayyan terus meninggalkan mereka berdua disitu. Hati Delya berdegup kencang apabila hanya dia dan Rafiq sahaja yang ada. 


“Delya.. You percaya ke semua yang parents kita bagitau? Come on la, tak masuk akal langsung.” ujar Rafiq sambil melepaskan gelak kecil. 


“Kalau tak masuk akal, kenapa you terus tinggalkan I?” soal Delya, soalan ini memang selalu bermain di fikirannya, kenapa Rafiq meninggalkannya begitu sahaja? 


“Sebab you mudah percayakan orang. You know, apa yang I fikir sekarang ni, parents kita cuma taknak kita bersama.” 


“Diorang ada alasan yang kukuh, and your parents pun terkejut waktu mula–mula tengok parents I kan?”


“Itu permainan diorang je!”


“Rafiq, tolong terima kenyataan! Kita dah dikira adik beradik, kita tak boleh kahwin Rafiq.” air matanya hampir keluar, tapi dia masih bertahan. Dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya. 


“Delya, I cintakan you, tolong jangan tinggalkan I..” wajahnya yang kecewa itu hanyalah palsu, hatinya sudah keras. Tiada perasaan sedih lagi dalam dirinya, hatinya penuh dengan rasa dendam.


_____________________


“Korang semua memang nak kena bunuh ke!! Kenapa korang langsung tak bagitau aku pasal si Rayyan tu!” ditengking semua pekerjanya yang sudah tertunduk kerana bersalah. 


“Maafkan kami boss, kami cuba siasat pasal Rayyan tu, satu maklumat pun kami tak jumpa.” balas salah seorang dari konconya. 


“Kau ni memang tak ada guna!” pistol di atas meja itu dipegang dan dia menembak konconya yang tadi. Konconya terus rebah ke atas lantai, yang lain hanya mampu menundukkan wajah mereka.

Previous: BAB 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.