Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 53

“Sayang, I keluar kejap eh. You jaga diri you elok–elok.” pesan Rayyan. 


Delya mengangguk perlahan. Rayyan memberi kucupan lembut di dahinya sebelum keluar dari bilik itu. 


Baru sahaja Delya ingin memejamkan mata, terdengar bunyi telefon berdering. Pantas dia mengambil telefon pintar itu. 


“Hello?” 


“Hello Delya..” terdapat suara lelaki yang membalas. 


“Siapa ni?” soal Delya. 


“Ni aku.. Rafiq.” 


Riak wajah Delya terus berubah, didekatkan kembali telefon itu ditelinganya. 


“Kau nak apa..”


“Aku nak bunuh kau..” balas Rafiq. 


“Sampai bila kau nak bunuh aku?” 


“Aku dah bunuh Zeff Wadi.. Aku bunuh bapak tiri aku.. Abang kau Tengku Hazif, lepas ni giliran Rayyan dan yang seterusnya kau..” balas Rafiq dalam keadaan mabuk. 


“K.. Kau, berapa ramai lagi yang kau nak bunuh!” selimut yang ada digenggam kuat, air matanya mula mengalir deras. 


“Sampai aku puas, Delya.. Ingat. Ini semua berpunca dari kau.. Haaa tak, dari mak aku. Dia, aku akan bunuh dia dulu. Kau sabar ya Delya.” terdengar bunyi ketawa di hujung talian. 


“Kau fikir aku tak mampu nak bunuh kau ke?” 


“Hati kau lembut Delya, kau takkan mampu nak bunuh aku.” balas Rafiq sinis. 


“Aku bolehlah bunuh kau sekarang!” 


Dia cuba mencabut segala wayar yang ada di tubuhnya. Bunyi kuat dari bilik itu menyedarkan jururawat yang berada diluar. Seorang jururawat perempuan masuk dalam keadaan terburu–buru dek kerana bunyi itu. 


“Cik.. Cik tak boleh keluar..” pujuk Fana. 


“Aku nak bunuh dia! Lepaskan aku!” Delya memberontak. 


Kebetulan Rayyan sedang dalam perjalanan untuk masuk ke dalam wad itu. Sebaik sahaja masuk, terlihat seorang jururawat sedang bergelut dengan isterinya. 



“Lepaslah!” tengking Delya. 


“Sayang, kenapa ni?!” soal Rayyan, dia tidak faham dengan situasi itu. 


“Aku nak bunuh Rafiq lah.. Tak faham ke?!” 


Fana memberi isyarat pada Rayyan untuk memegang Delya. Rayyan mengangguk dan memegang isterinya sekuat yang mungkin. 


Fana memberi suntikan pada tangan Delya, dan Delya terus merebahkan dirinya. 


______________________


HOSPITAL TANJUNG RAMBUTAN


“Morning mama..” tegur Rafiq. 


“Pergi, pergi!” tengking wanita berumur itu. Dia cuba mengelak dari Rafiq, perasaan takut mula menyelubungi dirinya. 


“Apa ni, aku suruh kau jaga diri elok–elok. Duduk diam!” Rafiq memegang sisi wanita berumur dengan kuat. 


“Le.. Lepaskan mama..” Rayu wanita berumur itu. 


“Jangan risau Puan Raudah Adriana, kau akan jumpa suami–suami kau dekat syurga nanti. Sekarang makan eh..” tangan Rafiq mula mendekati wajah puan Raudah. Sudu itu dimasukkan ke dalam mulut puan Raudah. Dia tersenyum sinis. 


“Apa salah mama..” 


“Salah kau? Sebab kau pernah anggap aku sebagai pembawa malang!” 


“Mama minta maaf Rafiq.. Tolong keluarkan mama dari hospital ni..” air mata mula bertakung. Tapi dia tetap menguatkan dirinya untuk berhadapan dengan anaknya yang sudah tersasar jauh. 


“Sebabkan kau, hidup aku hancur. Perempuan yang aku sayang tinggalkan aku! Semuanya sebab kau!” tengking Rafiq. 


______________________


“Rayyan, tengok ni..” panggil Faiz. 


Rayyan terus menuju ke arah Faiz, untuk melihat apa yang berlaku. 


“Gambar ni.. Kau tak rasa pelik ke?” soal Faiz. 


Rayyan meneliti gambar itu. Satu gambar keluarga yang diambil, seorang dari gambar itu telah diconteng pangkah di wajahnya. 


“Rafiq.. kita kena tangkap secepat mungkin. Kalau tak semua orang akan terbunuh dekat tangan dia.” ujar Rayyan. 


“Tapi.. Kalau kau kata ni kes bunuh. Ada Rafiq dalam gambar ni, tak mungkin dia yang bunuh..” balas Faiz sedikit ragu–ragu. 


“Orang kalau dah taksub dengan dendam, dia boleh buat apa saja. Bapak sendiri pun dia boleh bunuh. Tengoklah haritu, mak dia masuk hospital sakit mental, logik ke?” 


“Memang tak logik, baru sebulan dia menghilangkan diri. Tiba–tiba dapat berita dia sakit mental. Tapi semuanya belum pasti selagi kita tak jumpa bukti.” jawab Faiz. 


“Kalau susah sangat, aku terus lepaskan tembakan..”


“Tak, kau kena ingat. Kita tak boleh lepaskan tembakan sesuka hati je. Lagipun kalau kau tembak dia, dia mati dan kau akan terima hukuman. Fikir panjang Rayyan, jangan ikut perasaan.” 


“Isteri aku hampir gila sebab dia!” balas Rayyan tak puas hati. 


________________________


“Argh!” terdengar bunyi seorang gadis menjerit. 


Cepat–cepat Rayyan mencari suara itu, terlihat seorang perempuan sedang terduduk di depan pintu bilik yang ada disitu. 


“Aku dah kata wartawan tak boleh masuk!” tengking Rayyan. 


“Tem.. Tempat ni penuh darah..” kata wartawan itu. Dia tidak mampu mengawal ketakutannya. 


“Kejap, bukan kita dah cek semua tempat ke?” soal Rayyan. 


Faiz mendekati Rayyan. Dia melihat keliling bilik itu, ada beberapa tompok darah dan juga darah yang terpercik pada dinding. 


“Darah ni.. darah ni baru lagi.” kata Faiz setelah memeriksa darah itu dengan jarinya. 


“Kesan lokasi Rafiq, sekarang!” arah Rayyan. 


Mereka sibuk mengesan lokasi Rafiq, malangnya lokasi Rafiq tidak dapat dikesan. 


“Arghh! Kenapa susah sangat aku nak tangkap kau?!” dinding dihadapannya ditumbuk sekuat hati.

Previous: BAB 52
Next: BAB 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.