Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 22

“Rayyan, saya nak awak siasat orang baru.”


Rayyan memandang Encik Jaffar, iaitu ketua polis di balai tersebut. “Siapa?” soal Rayyan. Hatinya sudah teruja kerana menerima kes baru. 


“Dia ni masih dikira suspek, Rafiq. Anak Dato Qalid.” En. Jaffar memberi beberapa kertas tersebut kepada Rayyan. 


Rayyan menyemak kertas tersebut, wajahnya menunjukkan riak sedikit terkejut apabila melihat muka suspek itu.


“So, this is Rafiq, kesalahan membunuh?”


Soal Rayyan, En. Jaffar menganggukkan kepala. “Tapi sekarang ni, kita belum ada bukti yang kukuh. Hah, ini suspek kedua, Tengku Delya Amanda. Anak Tengku Hadi.” mulutnya terlopong seketika mendengar nama yang disebutkan.


“Hah, Tuan. Dia ni perempuan yang tak pernah ada kena mengena dengan kes pembunuhan. Kenapa dia jadi suspek?” soal Rayyan sedikit tidak puas hati apabila melihat kandungan di dalam surat itu, langsung tiada jenayah yang dilakukan. 


“Mangsa yang terlibat dalam kes pembunuhan tu adalah Zeff Wadi, orang yang membuat temu janji dengan Tengku Delya. Dan mangsa disyaki dibunuh pada malam hari kejadian. ” Rayyan seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Dia memandang En. Jaffar yang masih melihat kertas–kertas kes yang belum diselesaikan. 


“Tuan, saya akan siasat dua orang ni. Tapi, saya yakin, Tengku Delya takkan bunuh Zeff Wadi hanya kerana dia tak suka dengan lelaki tu. Ini mesti ada kena mengena dengan Rafiq. Tuan, saya minta diri dulu.”


Rayyan terus keluar dari pintu utama balai itu dan masuk ke dalam perut kereta. Sekali sekala dia mengeluh, kes yang dia terima kali ini sangat merunsingkan dirinya. 


Tengku Delya yang akan bertunang dengannya minggu depan telah menjadi suspek yang belum dikenal pasti. Dia mengeluh lagi. 


“Hello Delya.”


Dia mulakan bicara sebaik sahaja gadis itu mengangkat panggilan. 


“I want to meet you, its urgent.”


“Apa yang urgent sangat, pasal pertunangan kita ke? Yang tu bagilah saya fikir dulu.”


“No, ni pasal benda lain. Melibatkan nyawa.”


“Awak ni kan, sebab tu saya tak suka pekerjaan yang melibatkan jenayah. Inilah jadinya, nak jumpa dekat mana?” Terdengar Tengku Delya mengeluh di hujung talian. 


“Tempat biasalah.” 


“Okay.”


__________________


“Delya nak pergi mana tu?” soal Tengku Zana apabila melihat anaknya berpakaian cantik. 


“Rayyan ajak jumpa, simpan happy tu dulu. Dia kata ada benda urgent, and yang pastinya, bukan pasal pertunangan.” Tengku Zana masih tersenyum walaupun anaknya sudah memberitahu kenapa dia hendak berjumpa dengan Rayyan. 


“Mama minta maaf tau, pasal tarikh tunang tu..” Delya menyentuh tangan mamanya, dia tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala sebelum melangkah keluar dari rumah itu. 


__________________


Dari jauh Rayyan sudah melihat gadis itu menuju ke arahnya, tiba–tiba dia tersenyum sendirian. Apabila gadis itu sampai, cepat–cepat dia menukar reaksi wajahnya menjadi serius. 


“Awak nak bincang apa dengan saya?” soal Delya sambil menyisihkan rambutnya di belakang telinga dek kerana angin yang meniup. 


“Awak nak dengar yang mana, berita buruk, atau paling buruk?” Delya mengeluh sebaik sahaja Rayyan bertanya. Mana taknya, selalu orang bertanya nak berita baik atau berita buruk. Ini, kedua–duanya pemilihan yang malang. 


“Apa awak ni, berita apa yang awak bagitahu?”


“Pilihlah dulu..”


“Berita buruk.” cepat sahaja dia membalas. Hatinya sudah berdebar menantikan jawapan dari si Rayyan. 


Rayyan menarik nafas sedalam–dalamnya, setelah dia menghela panjang. Baru dia mulakan bicara. “Delya.. Saya tahu kenapa awak benci pekerjaan saya, tapi tak boleh dielak lagi.” ujar Rayyan lalu mencari balik oksigen, hatinya pula yang berdebar. 


“Just tell me, penatlah tunggu awak cakap.”


“Rafiq adalah suspek pembunuhan.”


Delya menekup mulutnya, seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. “Rayyan, awak jangan tipu sayalah. He's not a bad person!” balas Delya yang cuba mempertahankan lelaki yang pernah dicintainya. 


“Ya, sebab tu saya kata suspek! Dan sekarang ni, awak jangan nak berjumpa dengan lelaki itu. Keadaan dalam bahaya sekarang.” Rayyan pula naik berang. 


“Hah, I don't believe it. And, berita paling buruk?” soal Delya, jawapan apa pula yang akan diberitahu oleh Rayyan. Hatinya masih berdebar. 


“Awak adalah suspek yang belum dikenal pasti, sebab mangsa ialah Zeff Wadi. Temu janji pertama awak.” dia menunjukkan wajah yang tidak percaya akan kata–kata itu. Dalam masa yang sama, wajahnya bertukar gelisah apabila mendengar nama mangsa. 


“Rayyan, awak cuba nak musnahkan hidup saya ke?!” tengking Delya pada Rayyan dikhalayak ramai. 


“Tengku Delya Amanda, kalau detektif pun awak tak percaya. Siapa yang awak nak percaya? Pembunuh bersiri?” bentak Rayyan. Delya hanya merenung tajam ke arah Rayyan, lalu dia mengeluh berat. 


“Sekarang ni, saya ada satu permintaan. Lepas dah seminggu saya bertunang dengan awak, kita terus kahwin. Lagi senang saya nak control awak.” ujar Tengku Rayyan memberi cadangan. 


“Awak ni, semua ikut suka hati awak je. Hei, saya pun ada hak jugaklah. And lagi satu, saya tak percaya semua yang awak bagitahu tu, mengarut!” Tengku Delya hendak bangun namun ditarik semula oleh Rayyan yang membuatkan dia terduduk.






NOTE : Actually, first time buat novel macam ni. I know novel ni tak dapat sambutan yang hangat macam novel lain. Sebenarnya jugak, saya nak test sejauh mana saya boleh berfikir untuk mencipta plot cerita ni. So, harap kepada readers yang memang setia, harap tunggu sehingga ke endingnya. Akan banyak lagi watak lain yang akan menyusul, dan banyak jenayah yang akan muncul. Tq pada yang support Ms. Lia ^^

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.