Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 3

Keesokan harinya, Delya duduk di sebelah Rafiq tanpa sebarang bunyi. Tidak ada lagi perangai gedik–gedik dia. Rafiq memandang pelik ke arah gadis itu, kenapa kali ini senyap? 


Delya bermain dengan pen yang berada ditangannya, tiba–tiba pennya jatuh. Kedua–kedua mereka ingin mengambil pen tersebut yang menyebabkan kepala mereka terhantuk. 


“Aduh..” Delya mengaduh kesakitan dan kembali diam setelah mengambil pen miliknya. Eh, dah terlalu pelik ni, mana pergi Tengku Delya yang hampir 24 jam bergayut dengan Rafiq Daniel. Takkan dah jemu! 


“You.. Ada masalah ke?” sebaik sahaja bertanya, dia menepuk mulutnya yang gatal itu. Eloklah gadis itu tidak mengacaunya, tapi dia pula yang tidak aman dengan perubahan gadis itu. 


“Ada, masalahnya pasal semalam, you langsung tak backup I!” bentak Delya. Terkejut juga si Rafiq, tak pernah–pernah gadis berkasar dengannya. Kali ini, lain pula! 


“I tak backup you sebab you pun buat salah dengan I.” balas Rafiq cuba berlagak tenang.


“Yelah, I'm sorry! But, you tak patut buat I macam tu.” ujar Delya sambil menghentak meja. 


“Wow, cepat betul perangai you berubah, macam bukan Delya yang I kenal.”


“Suka hati you lah. Walaupun I minat you, I masih ada perasaan sakit hati, sedih, geram. Rasa macam nak tumbuk je muka you!” rungut Delya. Terkejut dua kali ganda Rafiq apabila gadis itu ingin menumbuknya.


_____________________


Dia melihat gadis itu mula kepenatan selepas bersukan tadi. Sekejap badannya tegak, sekejap mukanya melekat di atas meja. Kelakuan Delya kali ini menyentuh sedikit hati Rafiq, rasa tenang melihat gadis itu begitu. Yang beria–ria memanggilnya, terhegeh–hegeh. Tak pula dia pandang. 


“I tahu you pandang I.” tiba–tiba sahaja Delya bersuara, cepat–cepat Rafiq beralih pandangan. Delya lantas menegakkan badannya, dia melihat ke arah lelaki itu. Nak cover malu lah tu! 


Tiba–tiba wajah Rafiq berona merah. Terkejut Delya dibuatnya, seakan demam pula.  


“Rafiq? You demam ke?” soal Delya sambil tangannya merayap ke dahi Rafiq untuk cek suhunya. 


“Mana ada!” tengking Rafiq lalu memandang ke arah lain. Delya tersentak sedikit dengan kata–kata itu.


__________________


“Tengku Delya Amanda, stop!” laung satu suara sebaik sahaja Delya melangkah masuk ke dalam rumahnya. 


“Kenapa ma?” soal Delya. 


“Kamu ingat kolej tu tempat main kamu ke? Uncle Fauzi cakap kamu buat masalah dekat kolej! Tell me, is it true?!” Tengku Zana mula serius, paling pantang bila nama anaknya dikategorikan dalam disiplin tidak baik. 


“Mama ni tak adillah, hantar Delya dekat tempat yang ada uncle Fauzi, mestilah hari–hari dia selidik Delya.” balas Delya dengan muka tidak bersalah. 


“Habistu? Kamu nak sorok perangai buruk kamu dekat mama? Macam tu?” soal Tengku Zana lagi. 


“Ma, pernah ke mama tengok anak mama ni cari pasal dulu. Mestilah ada yang mulakan.” dia mula mempertahankan dirinya. 


“Jadi, apa yang orang tu buat?”


“Dia ejek nama Delya, nama yang mama bagi jadi bahan ejekkan. Mana Delya tak marah!” suaranya ditinggikan sedikit. 


“Habis tu? Apa kamu buat? Kamu ejek dia balik ke?” 


“Tak.. Delya.. Delya tarik rambut.. dia.”


“Adil ke tu Delya?!” hampir pekak telinga bila dipekik begitu. 


“Adil lah, mama tak marah ke dia ejek nama Delya?” soal Delya pula. Tengku Zana sudah meraup kasar wajahnya. Delya bertindak seperti budak kecil, itu yang lebih memeningkan kepalanya. 


“Habis tu, kenapa malam baru balik? Belajar dengan hantu dekat sana?” 


“Bukan mama, Delya kan dah lama tak jumpa kawan, kami lepak kejap je.”


“Delya, bila kamu nak berubah!”


Delya cepat–cepat naik anak tangga dengan laju sebelum Tengku Zana naik hantu! Tengku Zana yang melihat anaknya begitu, hanya mampu mengeluh. Asal kena marah je, mengelak. Itu sajalah yang dia tahu.

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.