Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 49

“Delya..” panggil Haris perlahan. 


Dia melihat tubuh kecil yang sudah tersadai di atas sofa. Dia mendekati gadis itu. 


“Kau terlalu degil, kenapa kau tak boleh faham apa yang aku cuba buat? Kau perempuan Delya, kau tak patut hidup macam ni.” 


Diusap lembut kepala gadis itu dan tangannya jatuh ke pipi mulus Delya. Air mata lelaki yang ditahan selama ini akhirnya tumpah juga. 


“Delya, kau hanya duduk diam je. Aku akan buat semuanya, jangan rasa bersalah kalau jadi apa–apa dekat aku.” diselimut badan gadis itu dan dia melangkah keluar dari rumah itu. 


____________________


Delya tersedar dari tidurnya, dia toleh ke kiri dan kanan. Kelibat Haris langsung tidak ada. Dia terus bangun dan mencari lelaki itu. 


“Haris!” jerit Delya. 


Dalam fikirannya sudah membayangkan bukan–bukan. Dia takut sesuatu terjadi pada Haris. 


“Kenapa?” muncul Haris dari belakang. 


“Haris!” air matanya sudah laju mengalir. 


“Kenapa dengan aku? Delya, baliklah sekarang. Balik pada suami kau, kesian dia.” ujar Haris. 


“Kenapa pulak? Aku dah kata aku tak boleh balik pada Rayyan. Lepas selesai semuanya, barulah aku kembali jadi Tengku Delya semula.” balas Delya. 


“Kalau kau taknak aku masuk campur, balik dekat suami kau. Dia tunggu kau berbulan–bulan, kau tak kesian ke dekat dia?” balas Haris tidak mahu mengalah. 


“Haris..” hanya itu yang keluar dari mulutnya. 


“Please Delya.. Syurga kau bawah tapak kaki Rayyan. Apa pun terjadi, kau tak boleh tinggalkan Rayyan ke belakang.” 


________________________


Rayyan terdengar loceng rumahnya berbunyi, cepat–cepat dia melihat ke skrin dindingnya. Dia terkejut melihat wajah di skrin itu, Delya, isterinya sudah balik. 


Rayyan menekan butang buka. Akhirnya pagar rumahnya terbuka, Delya terus melangkah masuk ke dalam. 


“Delya!” belum sempat Delya berbuat apa–apa, Rayyan terus memeluknya dengan erat. 


“Rayyan..” panggil Delya apabila terdengar bunyi esakkan dari seseorang. 


“Thanks sayang sebab balik..” ucap Rayyan. 


Hati Delya tiba–tiba menjadi sebak, betapa rindunya dia terhadap Rayyan dan kejamnya dia kerana sudah menjadi isteri derhaka padanya. 


“I'm sorry Rayyan..” pinta Delya. 


“No, awak langsung tak bersalah. Stop say sorry sayang.” dia merenggangkan pelukan dan menghadap wajah isterinya. 


“Kenapa nangis ni? Dah dah jom kita masuk, hari dah malam. Biar saya yang bawak beg–beg tu.” Rayyan menyeka air mata isterinya dan mengambil bagasi tersebut dan di bawa ke dalam rumah.


________________________


Usai mandi, Delya memakai baju mandi dan menuju ke meja make-up. Dia mengambil iron rambut dan dikeringkan rambutnya. Rayyan menuju ke bilik itu dan bersandar di depan pintu sambil melihat ke arah Delya. 


“A.. awak buat apa dekat sini?” soal Delya. 


“Saja nak tengok muka cantik isteri saya.” balas Rayyan, matanya tidak berkelip melihat isterinya. 


Sesudah rambutnya kering, dia mengambil sikat dan menyikat rambut dengan perlahan. Rayyan yang melihat terus tersenyum, kecantikan isterinya betul–betul buat dia rasa tenang. 


“Sampai bila..” Rayyan terus mendekati isterinya, mulut Delya terus terkunci. Rayyan mengalih wajah Delya memandang dirinya. 


“I miss you..” ucap Rayyan. 


“Sor..” bibirnya terus ditutup oleh bibir milik Rayyan. Serta–merta bicaranya terhenti. 


Rayyan memandang gadis itu, wajah gadis itu diusap lembut. 


“Saya tak suka awak cakap sorry sorry, jangan cakap benda tu lagi okay?” pesan Rayyan. 


Delya mengangguk laju, takut bibirnya menjadi mangsa sekali lagi.  


Selepas selesai semuanya, Delya dan Rayyan berbaring di atas katil.


“Can I hug you?” pinta Rayyan. 


Delya memandang lelaki itu, ada rasa sedikit asing kerana mereka berdua sudah lama tidak bersua. 


“Mmm.” balas Delya, Rayyan mendekat tubuhnya dan memeluk isterinya dengan erat.


“Jom kita tukar panggilan nak tak?” 


“Panggilan macam mana?” soal Delya. 


“Panggilan yang awak rasa selesa, I dengan you ke? Sebab rasanya kita macam orang luar, asyik ber-saya awak je.” cadang Rayyan. 


“Boleh je.” Delya setuju dengan cadangan itu. 


Rayyan tersenyum, pelukan tadi semakin erat. 


“I love you sayang..” ucap Rayyan, Delya membalas kata–kata itu dengan senyuman. 


_______________________


“Rindunya aku dekat kau.” Haris tersandar pada dinding biliknya, gambar Delya ditatap berkali–kali. 


“Delya, sampai bila–bilapun kita takkan berjumpa dah, mungkin ini kali yang terakhir. Aku nak kau tahu, aku sayang sangat dekat kau. Kalau boleh aku taknak lepaskan kau.” Ujar Haris sendirian. Air mata yang menitis pantas dikesat olehnya. 


______________________


“Maafkan saya Rayyan, saya tak boleh tunaikan permintaan awak. Saya mesti balas dendam pada Rafiq, maafkan saya.” Delya memandu keluar keretanya dari perkarangan rumah.


Sampai sahaja di suatu tempat, dia menghubungi seseorang. 


“Hello..” 


“Hai Rafiq.” 


“Siapa kau?”


“Orang yang kau cuba bunuh dulu, Tengku Delya..”

Previous: BAB 48
Next: BAB 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.