Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 59

Rayyan duduk mengeraskan diri. Jantungnya berdebar–debar apabila Delya berada di sebelahnya. 


“Defendan Muhammad Rafiq Daniel, pada 13 Oktober, 5:20 pm, menculik mangsa secara senyap dan membuat cubaan membunuh. Pada 10 Disember pula, Defendan membunuh mangsa kedua iaitu abang kepada mangsa pertama. 


Seramai 3 lagi mangsa dengan cubaan membunuh dan dibunuh. Hanya 2 mangsa yang hadir. Oleh itu saya menuduh Defendan Muhammad Rafiq Daniel, pembunuhan berdasarkan Artikel 125 kod jenayah.” terang 

Pendakwa Hanan. 


“Peguam, adakah kamu mengakui pertuduhan tersebut.” soal Hakim.


“Ya, saya mengakui pertuduhan tersebut.” jawab Zeff Ammar.


“Defendan telah membunuh ramai mangsa yang tidak bersalah. Dengan ini saya meminta agar Defendan menerima hukuman gantung sampai mati yang Arif.” pinta Zeff Ammar. 


“Eh... kau fikir kau siapa nak letak hukuman dekat aku?!” Rafiq memberontak. Dia mula bangun.


Semua para tetamu yang hadir terkejut dan mula rasa gusar. Melihatkan seorang pembunuh sedang bertindak, semua gerun melihatnya. 


“Defendan, tolong duduk. Perbicaraan mahkamah sedang berlangsung.” arah Hakim. 


“Jantan yang duduk dekat sebelah Delya, dia perampas. Dia rampas Tengku Delya dari aku. Kalau nak hukum aku, hukum dia sekali. Dia yang buat aku jadi macam ni!!” suaranya ditinggikan sehabis mungkin. 


Riak wajah Delya mula berubah, mengenangkan perkara yang menimpa dirinya sebelum ini. Dia mulai rasa takut, dalam masa yang sama perasaan marah menghantui dirinya. 


Rayyan memandang isterinya di sebelah. Hendak saja digenggam tangan kecil itu, tapi tidak kesampaian. 


Baru sahaja Delya ingin bangun, cepat–cepat tangannya ditarik yang membuatkan dia terduduk semula.


“Melawan undang–undang mahkamah boleh dikenakan saman.” perlahan suaranya berkata.


Delya memandang Rayyan. Ya, dia rindu lelaki itu. Tapi kenapa lelaki itu seolah–olah tidak mengenal dirinya? Kenapa berahsia tentang dirinya yang sudah kembali normal?


“Setelah berbincang, hukuman yang akan diterima oleh Defendan Muhammad Rafiq Daniel ialah Gantung sampai mati.” Hakim memberi keputusan. 


“Aku dengan Delya dah nak kahwin. Kenapa mesti ada perosak dekat hubungan kami?!” bentak Rafiq lagi. 


“Rafiq.. you masih tak sedar lagi ke. Kita ni tak ditakdirkan bersama, tapi kenapa you... you jadikan diri you seteruk ni...” ujar Delya selembut mungkin. Terbit rasa kasihan melihat Rafiq begitu. 


Rasa dendam, amarah, benci terus hilang apabila mendengar kata–kata dari Tengku Delya. Rafiq memandang sayu gadis itu, air matanya tiba–tiba jatuh. 


“Mahkamah bersurai.” Rafiq terus diiringi dua orang polis sehingga ke luar mahkamah.


Rafiq memusingkan badannya menghadap tengku Delya yang sudah menjauh. 


“Aku cintakan kau..” dia melafazkan cintanya buat kali terakhir. 


__________________


“Rayyan..” panggil Delya sebaik sahaja keluar dari mahkamah.


Langkah Rayyan terhenti. Tapi badannya kekal begitu, dia tidak melihat wajah isterinya.


“Kenapa... kenapa you buat I macam ni?” soal Delya.


Rayyan menahan hatinya yang sakit. Mulutnya dikunci supaya tidak berkata–kata.


“You dah tak sayangkan I? kenapa you rahsiakan dari I yang you dah lama sedar. You tahu tak I... hati I rasa sakit sangat tengok you terbaring dekat hospital. Kenapa you buat I macam ni Rayyan...” luah Delya. 


Kali ini air mata lelakinya seperti hendak jatuh. Namun dia cuba menahan. 


Ya, dia merindui isterinya yang teramat. Bagai tidak boleh bernafas hidup tanpanya, tapi disebabkan rasa bersalah. Dia sanggup berjauhan. 


“I ni bukan isteri you lagi...” terus badan itu didakap erat. Air matanya deras mengalir. 


“Jangan cakap macam ni sayang... I minta maaf, I dah banyak buat you sakit. Sebabkan I jugak, you tercedera. I tak sanggup nak jumpa dengan you... I takut you disakiti lagi...” tubuh Rayyan dipeluk se-erat mungkin. 


_____________________


Semasa di dalam kereta, kepala Delya jatuh pada bahu Rayyan. Dia melihat isterinya, selepas itu dia tersenyum kecil. 


Wajah itu direnung lama. Sudah lama dia tidak melihat wajah isterinya. 


Selepas itu kepala Delya tegak kembali, tidak lama kemudian kepalanya terlentok semula ke arah lain. 


Rayyan perlahan–perlahan meletakkan kepala isterinya di bahu.


“Pak Din, kita terus balik ke rumah. Saya akan uruskan hal tu kemudian.” arah Rayyan. 


Pak Din mengangguk lalu meneruskan perjalanannya sehingga ke rumah mereka. 


Tibanya di rumah, tubuh kecil itu diangkat dan dibawanya masuk ke dalam rumah. 


Perlahan–lahan dia menaiki anak tangga, sampailah ke bilik mereka. 


Badan itu diletak selembut mungkin di atas katil bersaiz king itu. Baru sahaja Rayyan ingin beredar, tangannya ditarik. 


Terlihat Delya sedang berkerut dahinya. Mungkin mimpi buruk. 


“Jangan tinggalkan I..” katanya dalam tidur. 


Rayyan menaikkan badannya ke atas katil. Dia baring di sebelah isterinya dalam keadaan mengiring. 


Rambut isterinya di usap lembut. 


Delya mencelikkan mata. Terlihat Rayyan betul–betul berada di sebelahnya. 


“Bila...”


“Dah lama sayang. You okay tak ni?” soal Rayyan.


“Okay.” balas Delya sepatah.


“Kalau dah cukup rehat. Sayang mandi dululah. Lepas tu turun bawah.” dia menghadiahkan ciuman di dahi isterinya sebelum melangkah ke tingkat bawah.


Sebaik sahaja tubuh itu hilang, satu perkara ini terlintas di fikirannya. “Muhammad Rafiq Daniel akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.” riak wajahnya berubah. 


Ada perasaan kasihan, sampai dia rasa dia ingin menarik semula dakwaan tersebut.


Delya menggelengkan kepala. Lalu membawa dirimya ke bilik mandi. 


______________________


“Sayang...” kuat suaranya memanggil Delya dari bawah. 


“Kejap...” Delya menuruni anak tangga satu persatu. 


Apabila sampai di ruangan dapur. Mulut Delya terlopong, melihat makanan yang siap terhidang di atas meja. 


Dari makanan berat sehinggalah pencuci mulut yang bermacam jenis. 


“You... you buat semua ni?” soal Delya tidak percaya. 


“I ingat nak masak, tapi tak sempat. Jadi I order je lah. This is my gift for you sayang.” balas Rayyan sambil kedua belah tangannya dibuka menunjukkan hidangan yang banyak itu. 


“You...” Delya menahan sebak. 


“Tahan air mata tu. Jom kita makan?” 


Air mata yang hampir jatuh digantikan dengan senyum manis di bibirnya. 


“Nak makan makanan berat dulu ke pencuci mulut dulu?” 


“Second.” balas Delya.


Rayyan ukir senyuman di bibirnya. 


Mangkuk kaca berisi Ais Krim coklat itu diseret perlahan kepada isterinya. 


“Thanks..” ucap Delya.


Dia menyuap ais krim itu ke dalam mulutnya. Terasa nikmat apabila ia mencair dan rasa yang memuaskan. 


Suapan kedua. Rayyan melihat isterinya dengan mata yang tidak berkedip langsung. 


“Ak..” Delya terasa sesuatu benda yang keras berada di dalam mulutnya. Dia mengeluarkan benda, terlihat seperti sebentuk permata yang dipegangnya. 


Bila dilihat lebih jelas. Ianya adalah sebentuk cincin permata. Delya terkejut, Rayyan memfokuskan matanya pada anak mata Hazzel milik Tengku Delya. 


Delya turut memandang Rayyan. 


“Tengku Delya Amanda, sudi tak you terima cinta I dan jadi permaisuri I dunia akhirat?” 


Mulut Delya ditutup. Seperti berada di dalam drama, malah lebih lagi.  


Delya angguk setuju. Wet tissue di keluarkan dan dibersihkan sedikit cincin itu. 


Lalu disarungkan pada jari manis Delya pada belah kanan. 


“Thanks sayang. Kehadiran you dalam hidup I sangat bermakna buat I.” ucap Rayyan sambil mengusap tangan isterinya. 


“Rayyan, thanks untuk segalanya. hadirnya you, membuatkan I lebih faham erti cinta dan rasa disayangi. And my three words for you. I Love You Rayyan Khail.” ucap Delya seikhlas hati.


Ya, dia sangat mencintai suaminya. Setiap kelakuan Rayyan mengundang cinta di hatinya. Tak boleh ditipu lagi.

Previous: BAB 58
Next: BAB 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.