Home Novel Cinta JODOH UNTUK TENGKU DELYA
BAB 35

Seorang lelaki berpakaian kemeja menuju ke arah Syarifah. Tempat perjumpaan sebelum berurusan dengan orang di dalam galeri itu. 


“Saya nak jumpa Tengku Delya..” kata lelaki itu. 


“Ada janji temu apa–apa ke?” soal Syarifah. 


“Saya peguam, saya nak jumpa dengan tengku Delya, ada hal mustahak yang perlu dibincangkan.” balas lelaki itu. 


“Kalau tak ada apa–apa janji temu, encik tak boleh masuk.” Lelaki itu iaitu Zeff Ammar mengeluh berat. 


Tiba–tiba Tengku Delya ada berdekatan mereka, Zeff Ammar terus menuju ke arahnya. 


“Encik tak boleh encik..” halang Syarifah, Delya mengangkat tangan tanda tidak perlu. Syarifah terus berundur. 


“Kenapa nak jumpa saya?” soal Delya, matanya tidak berkelip memandang ke arah lelaki itu, bukan jatuh cinta tapi curiga. 


“Saya adalah peguam, saya nak jadi peguam bela untuk awak waktu perbicaraan mahkamah nanti.” jawab Zeff Ammar. Riak wajah Tengku Delya terus berubah menjadi gementar. 


“Saya takkan pergi ke perbicaraan mahkamah, awak nak bela saya? Sebab apa?” 


“Sebab saya tahu awak tak bersalah.” 


Delya menghela nafas panjang, kalau boleh dia tidak mahu mendengar perkataan 'Mahkamah' dari sesiapa. 


“Walaupun saya tak bersalah, tak ada gunanya lagi, bukti bodoh tu dah ada. Walaupun saya tak pernah bunuh Zeff Wadi, disebabkan bukti tu, apa apa je boleh terjadi.” suaranya menjadi keras, memikirkan bukti yang tidak masuk akal itu betul–betul buat dia bengang. 


“Sebab tu saya nak jadi peguam bela awak, saya akan pastikan awak terlepas masa perbicaraan mahkamah nanti. Saya yakin, tolong percayakan saya Tengku Delya.” dia memberi pandangan ikhlas pada gadis itu.


“No, saya takkan percayakan orang asing macam awak, bagitahu saya sebab yang kukuh kenapa awak nak bela saya?” soal Delya. 


“Zeff Wadi adalah adik saya.” jawab Zeff Ammar. 


Tengku Delya tersentak mendengar jawapan itu, badannya terus menjadi lemah yang membuatkan dia hampir jatuh, namun Zeff Ammar sempat menangkapnya. 


“Saya tahu pembunuh sebenar bukan awak, orang lain. Tapi saya masih perlukan bukti.” Beritahunya lagi. 


“Awak tahu siapa pembunuh sebenar? Siapa, Rafiq?” Delya cuba meneka, oleh kerana suamniya selalu saja menyebut Rafiq adalah pembunuh. 


“Ya Delya.. macam mana awak tahu?” soal Zeff Ammar, namun gadis itu hanya menundukkan wajahnya kebawah. 


“Saya cuma nak bagitahu awak, saya adalah orang yang berguna untuk awak waktu perbicaraan mahkamah nanti, saya akan tolong awak sampailah kita dapat masukkan Rafiq dalam penjara.” Zeff Ammar cuba meyakinkan gadis itu. Hatinya sudah berkecai melihat bagaimana adiknya dibunuh, dia tidak mahu gadis itu juga menjadi mangsa. 


Delya sudah mula rasa bersalah, walaupun dia bukan pembunuh, disebabkan Rafiq ada kaitan dengannya, hatinya rasa sangat bersalah. 


___________________


“Awak.. saya dah jumpa orang yang akan bela saya dekat mahkamah nanti.” Rayyan terus berhenti menyuap, isterinya dipandang lama. 


“Siapa?” 


“Zeff Ammar, abang Zeff Wadi.” balas Delya. 


Sudu yang dipegang diletakkan ke atas pinggan, tangannya mencapai tangan isterinya. “Habis tu, sayang setuju?” Delya memegang tangan suaminya. 


“Saya terpaksa Rayyan, saya perlukan seseorang dekat mahkamah tu nanti.” balas Delya, air matanya sudah mula bertakung, tapi masih cuba menahan. 


“Saya sokong awak, tak kira apa yang awak buat. Saya akan sokong, sebab awak isteri saya.” Delya tersenyum nipis. 


“Sayang.. saya yakin Zeff Ammar boleh selesaikan semuanya, walaupun kita tak ada saksi..” disebabkan dia adalah detektif, dia tidak mampu berbuat apa kecuali mencari bukti. 


Dia memandang isterinya, bibirnya masih mengukirkan senyuman. Dia tahu walaupun luar nampak okay, dalam hati dia sedang bersedih. 


Mahu saja dia memujuk isterinya, peluk isterinya sekarang juga. Tetapi disebabkan mereka di tempat umum, mereka tidak boleh berbuat begitu. 


___________________


“Sayang.. Dah sedia?” soal Rayyan sebaik sahaja mereka berada di hadapan pintu, tinggal melangkah keluar sahaja. 


Delya mengangguk kecil, Rayyan menggenggam tangan isterinya dan terus melangkah keluar. 


___________________


Zeff Ammar sudah bersedia untuk perbicaraan mahkamah hari ini, sedang dia berjalan, Dato Faish menghalang laluannya. 


“Kamu betul–betul nak bela tengku Delya?” soal Dato Faish. 


“Ya Dato, saya akan backup dia tak kira apa yang berlaku.” balas Zeff Ammar. 


“Macam mana kalau Tengku Delya memang pembunuh sebenar?” soal Dato Faish lagi. 


“Dato, saya dah kata, semua ni sabotaj. Pembunuh sebenar dah aturkan semuanya, kita hanya perlu ikut permainan yang dia cipta.” akhirnya Dato Faish mengundur, dia memberi laluan untuk Zeff Ammar. 


Zeff Ammar memberi tunduk hormat sebelum dia melangkah keluar dari Firma Guaman Faish Ammara & Associates.


________________________


“Semua diminta mematikan telefon anda atau pergi ke 'mood senyap'. Jangan memakai sesuatu yang boleh menyembunyikan identiti anda. Pengacara mahkamah, sila cek semula para tetamu yang hadir.” Arah Hakim. 


Tengku Delya sudah gementar melihat semua orang yang berada disitu, ada juga yang sudah menunjuk dirinya yang berada di hadapan, hanya barisan kedua selepas kedudukan Hakim. 


Rayyan dari jauh sudah mula berbisik pada Delya, walaupun dia tidak mendengarnya, dia hanya mengukirkan senyuman berselitkan perasaan gementar. 


Zeff Ammar sudah memegang beberapa kenyataan yang sudah di teks kan menjadi satu kertas. Pendakwa pula sudah lama bersedia, hanya menunggu arahan sahaja untuk memulakan perbicaraan tersebut.

Previous: BAB 34
Next: BAB 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.