Home Novel Cinta Selagi Aku Masih Ada
Selagi Aku Masih Ada
Mya Effa
17/7/2013 01:56:21
100,043
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6
DENGAN tenang aku memandu Produa Kelisa yang kupinjam dari seorang rakan beberapa minggu yang lalu. Sesekali, aku mengerling ke sebelah, memandang Shazzy yang sudah tenggelam dengan dunianya sendiri. Alunan muzik pop yang berkumandang sedikit-sebanyak menceriakan suasana sepi antara kami.

“Shaz, you fikir apa?” soalku memecah kesunyian. Dia agak terkejut lalu memandang ke arahku. Kepalanya digeleng perlahan.

Nothing,” ujarnya.

“Kenapa dari tadi you diam aja? Ada something yang distract your mind ke?” soalku lagi. Dia menggeleng lagi.

Nothing, sayang. Cuma, I rasa tak ada benda nak cakap,” jawabnya. Kedengaran seperti tidak ikhlas dari hatinya. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya kini.

You rasa janggal bila I drive and you duduk sebelah, jadi penumpang?” tekaku. Dia memandangku dengan pandangan yang berkerut.

No, it’s not like that actually,” katanya lembut tetapi tegas.

“Cuma I rasa bersalah kat you. Yalah, before this, I yang selalu jemput you kalau kita nak ke mana-mana. But now, dah terbalik. You pulak yang selalu jemput I.” Akhirnya dia mengaku. Aku ketawa kecil.

“Habis tu, you masih trauma dengan jalanraya. Kaki you tu pun belum pulih sepenuhnya. So, dengan siapa lagi yang boleh you bergantung harap?” aku bersuara.

Is that because of me, you sanggup sewa kereta ni dari kawan you tu? Berapa dia charge you?” soalnya.

“Habis tu, kalau I tak sewa kereta ni, macam mana kita nak attend dinner kelab ni? Takkan kita nak suruh kawan-kawan lain jemput kita pulak? Susahkan mereka aja. Alah, you jangan risaulah. Tuan punya kereta ni classmate I dulu. Dia tak charge pun,” kataku meyakinkannya.

“Hah! Biar betul you ni? Takkan dia tak charge langsung? Yalah, kawan tu kawan jugak, tapi business tetap business,” ujarnya lagi. Aku mengeluh berat.

“Betul, dia tak charge pun. Lagipun I pinjam untuk malam ni aja. Esok I dah kena pulangkan balik. Sekejap sangat dia kata, so dia tak charge apa-apalah.”

“Siapa kawan you tu?” soalnya lagi. Aku merengus.

“Mustaqim. Dia buat business sewa kereta. Puas hati sekarang?” Geram aku dibuatnya. Mujurlah dia terdiam selepas itu. Tidak menekan-nekanku dengan persoalan itu lagi.

*****

AKU memakirkan kereta di tempat letak kereta yang telah di sediakan lalu memandangnya sambil tersenyum.

“Okey, sayang. Kita dah sampai,” ujarku mengejutkannya. Malam ini, buat pertama kalinya KKM mengadakan majlis makan malam di Restoran Nelayan sempena meraikan kejayaan mengumpul lebih ramai ahli baru pada kali ini. Aku menolak pintu kereta. Namun, Shazzy masih membatu seperti tadi. Aku mengerutkan dahi. Hairan. Lantas kuraih tangannya.

Shaz, what’s wrong?” soalku lembut.

I seganlah, sayang. Dengan keadaan I yang macam ni,” ujarnya perlahan. Aku menghelakan nafas berat, bersama ketapan di bibir.

“Kenapa mesti segan? Bukannya obvious sangat pun. Besides, you dah tak bertongkat sekarang ni. So, what’s the problem?” pujukku.

“Itu yang I takutkan tu. Dahlah cara jalan I masih tak betul. Dah tu tak ada benda nak support. Buatnya I terjelapuk tiba-tiba nanti macam mana?” Aku ketawa mendengar kata-katanya itu.

“Itu rupanya yang you risaukan? Shaz, I kan ada? I akan sentiasa bersama dengan you. I akan support you. I akan pimpin you walau ke mana saja you nak pergi,” tuturku lembut. Dia memalingkan wajah memandangku.

Even kalau I nak ke toilet?” sendanya. Kami ketawa serentak.

You ni, ada-ada ajalah. Dah, jomlah. Kita dah lambat ni. Err… you tunggu, I tolong bukakan pintu tu,” kataku lantas keluar dari perut kereta.

Pantas kuaturkan langkah ke pintu sebelah sana lalu membukakan pintu untuknya. Kucuba memimpin lengannya bagi memudahkan dirinya untuk bangun. Aku memandang dirinya dari atas hingga ke bawah. Cukup segak dan bergaya dengan kemeja lengan pendek berwarna hitam berserta seluar slack yang sedondon dengan kemejanya. Dan apa yang paling kugemari, rambutnya yang berceracak dan berkilauan serta wajahnya yang berkacamata bingkai tebal dan kelihatan trendy itu menambahkan lagi ketampanannya.

Manakala aku pula hanya mengenakan sehelai blouse hitam beropol ringkas di tengah berserta sehelai slack yang berwarna serupa dengan blouse. Sengaja aku ingin tampil berbeza malam ini, seperti wanita-wanita koprat dan berprestij. Wajahku turut diberi solekan ringkas. Pantas kurangkul lengannya erat sebaik pintu kereta ditutup. Dan buat seketika mata kami saling bertatapan.

You look so great, sayang,” pujinya. Aku tersenyum malu. Namun, dalam hati aku cukup bangga.

And you’re so gorgeous,” pujiku pula.

Kami melangkah menuju ke pintu masuk restoran tersebut. Tiba di dalam, aku terkesima, melihat hiasan dalaman restoran yang tampak eksklusif itu. Tidak lama kemudian, Farhana dan Abang Dino datang menerpa ke arah kami.

“Hei, Shaz. Kau apa khabar? Kaki kau tu dah okey ke?” soal Abang Dino ceria. Tangannya dihulurkan kepada Shazzy untuk bersalaman.

“Okeylah sikit. Dah boleh gerak macam biasa. Cuma kekadang tu rasa ngilu kalau banyak sangat bergerak,” jawab Shazzy sebaik menyambut huluran tangan Abang Dino.

“Wah, sama-sama hitam. Berjanji ke ni?” usik Farhana. Aku dan Shazzy saling bertatapan sambil tersenyum.

“Tak janji sebenarnya. Tapi, yalah. Kalau tak sehati sejiwa, bukanlah pasangan kekasih namanya tu,” ujarku. Mereka bersorak kecil mendengar kata-kataku itu.

“Ah, jemputlah. Ada lagi meja yang kosong,” pelawa Abang Dino.

“Haa… meja kita orang kat depan sana pun masih ada lagi tempat kosong,” sampuk Farhana pula.

“Kat meja kau orang, siapa lagi yang duduk?” soalku.

“Macam biasalah, geng-geng kita. Abang Que, Abang Reza, Kak Nad, Kak Min, aku, Abang Dino. Kau orang duduklah satu meja dengan kita orang,” pinta Farhana.

“Fuh, duduk satu meja dengan MT. Seganlah aku,” ujarku. Farhana mencebik.

“Hoi, cik kak. Tu, cik abang kau kat sebelah tu macamlah bukan MT. Kau jangan lupa, si Shazzy ni mantan MT. Dia dulu Naib Presiden untuk kelab kita ni.” Aku tersenyum kambing mendengar kata-kata Farhana itu. Sekilas aku memandang Shazzy di sebelah. Dia turut tersenyum sinis.

“Bekas Naib Presiden, Anne… Mana ada sandang apa-apa jawatan lagi dah,” ucap Shazzy.

“Tapi banyak sumbangan kau untuk kelab ni walaupun kau dah letak jawatan hari tu,” Abang Dino menyampuk.

“Dahlah… jangan fikir panjang lagi. Kau duduk aja semeja dengan kita orang,” bebel Farhana lagi.

“Hmm… okeylah,” kataku. Terus kami mengatur langkah ke arah meja yang dimaksudkan oleh Farhana itu tadi.

Sepanjang perjalanan ke meja tersebut, tanganku begitu kejap memaut lengan Shazzy. Di kala itu, aku bagaikan ternampak kelibat seseorang yang begitu asyik memandang ke arah kami. Aku segera mengerling ke arah satu meja. Memang sah sangkaanku. Begitu tajam sekali renungan Azhari ke arah aku dan Shazzy. Segera aku menjeling tajam. Malah, semakin kuat pautan tanganku di lengan Shazzy. Mujurlah Shazzy tidak perasan dengan situasi itu.

“Hei, Shaz! Apa khabar?” sapa Abang Reza ramah. Mereka menyambut mesra kedatangan kami. Kami dipelawa duduk. Sebaik mengambil tempat, aku membiarkan Shazzy berborak dengan Abang Que dan Abang Reza manakala aku lebih senang melayan Kak Nad dan Kak Min. Meja kami menjadi semakin riuh dengan kehadiran Farhana dan Abang Dino.

Uncle Shah tak sampai lagi ke?” soalku.

“Belum. Alah, biasalah. Dia tu kan penasihat. Kalau dia datang lewat pun tak apa,” jawab Kak Min selamba.

“Ingatkan dia datang sekali dengan Abang Que,” kataku. Mereka mencebik. Uncle Shah, atau nama sebenarnya Shahrul Azran, merupakan penasihat KKM. Selain itu, beliau juga merupakan bapa saudara kepada Abang Que. Aku dimaklumkan, Uncle Shah dan Abang Que memiliki minat yang serupa. Maka sebab itulah mereka terlalu rapat. Selain itu, Uncle Shah dulu pernah menjadi pensyarah UiTM di Fakulti Sains Sukan.

Tidak lama kemudian, Uncle Shah tiba bersama isterinya. Abang Que telah mempelawanya untuk duduk di meja kami. Aku merasakan sedikit janggal. Tak sangka dapat duduk semeja dengan Majlis Tertinggi Kelab. Pasti meja kami menjadi tumpuan kerana terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa atasan. Sebaik Uncle Shah tamat memberi sepatah dua kata, para hadirin telah dijemput untuk menjamu juadah yang telah terhidang. “Shaz, you tunggu aja di sini, ya. I ambilkan you makanan,” ujarku kepada Shazzy. Dia menggeleng.

“Tak apa, kita pergi ambil bersama,” bantahnya.

“Takkan you nak beratur panjang-panjang macam tu. Nanti kaki you tu sakit. Kan doktor dah pesan, kena banyakkan rehat kaki tu. Tak boleh berdiri lama-lama. You duduk aja di sini, ya. I pergi ambil,” tegasku lalu bangun dari kerusi tersebut. Di saat aku hendak berlalu pergi, Shazzy menyambar tanganku.

“Sayang, you ambil sekali satu pinggan ajalah. Kita share,” cadangnya. Aku tahu, dia tak mahu menyusahkanku membawa dua pinggan. Aku mengangguk tanda akur.

Aku melangkah menuju ke arah meja yang menghidangkan makanan ala-ala buffet itu. Agak banyak juga jenis lauk yang dihidangkan.

“Hai,” sapa satu suara. Aku terkesima sebentar lalu menoleh ke belakang sekilas.

“Hai,” jawabku dingin.

“Sorang aja? Si dia tu tak ambil makanan sekali?” soalnya seolah memerli. Aku hanya membisu. Malas hendak melayannya.

“Wah, banyaknya makan. Muat ke tangki perut tu?” dia bersuara lagi. Sinis. Aku merengus geram. Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku.

“Suka hati akulah. Apa, kau susah ke?” balasku. Suaraku masih dingin seperti tadi. “Amboi, sombongnya!” ujarnya lagi. Aku diam lagi. Lantaklah dia nak kata aku apa sekalipun. Setelah mengambil makanan, pantas aku ingin berlalu dari situ.

“Aween,” panggilnya. Secara automatik, langkahku terhenti. Dengan perlahan aku menoleh ke belakang. Dia berjalan, menghampiriku.

“Kenapa, Ween? Kenapa begini sekali layanan kau terhadap aku?” soalnya lembut. Aku menghelakan nafas berat. Terasa ada getar di bibir ini.

“Kenapa kau masih lagi nak ganggu hidup aku, Ari? Tak jelas lagi ke apa yang aku katakan hari tu?” giliranku pula menyoal. Dia mengeluh berat.

“Kenapa kau tak nak beri aku peluang untuk memperbaiki kesilapan aku, Ween?” dia menyoalku kembali. Lantas aku memusingkan tubuhku, memandang wajahnya. Aku sendiri tidak pasti di manakah datangnya kekuatanku ini untuk bertentangan mata dengannya. “Kau ni cakap macam orang tak matanglah, Ari. Cubalah kau fikir, macam mana aku nak berikan kau peluang untuk memperbaiki kesilapan kau tu? Semuanya dah terlambat. Peluang apa lagi yang kau nak?” panjang sekali aku bersuara.

Dan buat seketika mata kami bertaut. Ah, renungan mata itu. Mata itu masih sama seperti dulu. Malah aku tidak dapat menafikan yang mata itu masih mampu menggoda perasaanku. Cepat-cepat aku tersedar, lantas melarikan pandanganku ke arah lain.

“Peluang kau dah tak ada, Ari. Tempat kau di sini dah ada yang mengganti,” kataku sambil menunjukkan jari ke dadaku. Dia terdiam tanpa kata. Namun, matanya masih merenungku. Segera aku beredar, meninggalkannya yang masih terpaku di situ.

Aku kembali ke mejaku membawa pinggan yang penuh dengan makanan. Shazzy tersenyum melihat aku menatang pinggan yang sarat itu.

“Wah, banyaknya. Membukit,” komennya. Aku tersenyum memandangnya.

“Kan untuk kita berdua? Kalau I sorang makan tak larat ni,” jawabku. Dia ketawa kecil. Kami mulai menjamahnya. Rakan-rakan yang duduk semeja dengan kami hanya mampu tersengih.

Wow, romantiknya. Makan sepinggan. Uncle Shah dengan Aunty Ruby pun tak makan sepinggan macam tu, kan honey?” ucap Uncle Shah, mengusik kami. Tersipu-sipu Aunty Ruby apabila kata-kata itu terucap dari bibir suaminya. Aku dan Shazzy berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.

“Ini baru depan mata, uncle. Belakang kita tak tahu apa lagi yang dia orang share agaknya,” sampuk Abang Que pula. Aku merenung Abang Que tajam. Shazzy pula sekadar tersengih lalu mengacukan buku limanya ke arah Abang Que.

Sedang kami enak menjamu selera, tiba-tiba kami didatangi oleh seseorang. Aku sedikit tersentak apabila seorang gadis menyapa Shazzy.

“Hai, Shaz,” panggilnya lembut. Shazzy menoleh.

“Eh! Hai, Tiara. You buat apa kat sini?” soal Shazzy agak riang. Aku merenung gadis itu seketika. Kulitnya yang agak gelap tetapi manis, memberikan gambaran kepadaku bahawa dia dan Shazzy ini tentunya ‘sekapal’. Terdetik sesuatu yang tidak menyenangkan di hatiku. Namun cepat-cepat aku membuang rasa kurang enak itu.

I pun one of the members. Baru lagi. You apa khabar? Hari tu dengar cerita you accident,” ujar gadis itu lembut. Aku meneruskan suapanku tanpa menghiraukan mereka berbual. “Sayang, kenalkan this is Tiara, kawan lama I. Tiara, ni Azween, my love,” Shazzy memperkenalkan kami. Aku tersenyum seraya menghulurkan tangan ke arah gadis itu. “Hi, I’m Tiara,” ujarnya sambil menyambut huluran tanganku.

“Khairul Azween,” ujarku pula.

“Okeylah Shaz, Azween. Enjoy your dinner. I nak ke meja I,” ucapnya dan terus berlalu dari situ. Shazzy terus mengekori pandangannya ke arah gadis itu tadi. Seketika kemudian, dia menoleh ke arahku semula. Aku pula berlagak seperti biasa, menjamah makanan yang masih berbaki di pinggan.

Aku tersandar kekenyangan. Agak banyak juga juadah yang kami jamah sebentar tadi. Shazzy pula masih leka berborak dengan Abang Que dan Uncle Shah. Kak Nad dan Kak Min pula begitu asyik berbual-bual dengan isteri Uncle Shah. Aku tidak berani menyampuk kerana aku tidak begitu rapat dengan Aunty Ruby.

Sementara itu, kami dihiburkan dengan persembahan Abang Reza dan Abang Dino. Hatiku cukup terbuai dengan suara merdu Abang Dino yang menyanyikan lagu bertajuk ‘Ayu’ yang telah dipopularkan oleh kumpulan V.E dan Ruffedge itu. Sementara Abang Reza pula berperanan memainkan gitar akustiknya. Seketika aku menyiku Farhana yang hanya terdiam di sebelahku. Dia tersentak. Aku tersenyum melihat dia menggelabah sebegitu.

“Terpesona dengan suara Abang Dino ke?” usikku. Dia mencebikkan bibir. Aku ketawa kecil.

Aku terus menghayati lagu yang kian mendayu itu. Ditambah dengan cahaya suram yang melatari suasana restoran itu. Dan seketika mataku terpandang akan seraut wajah tidak jauh dari meja kami. Matanya yang begitu tajam menikam terus merenungku. Aku menjadi kurang selesa. Seluruh tubuhku menggeletar. Tanpa sedar tangan Shazzy kuraih. Shazzy yang sedang berbual dengan Abang Que dan Uncle Shah itu agak tersentak. Wajahnya dipalingkan ke arahku. Aku mengukirkan segaris senyuman buatnya. Dia yang kelihatan terpinga-pinga turut tersenyum melihatku. Tanganku turut digenggamnya kemas. Seketika rasa gentar menjadi sedikit reda dengan sentuhan lembutnya itu.

Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya membisu seribu bahasa. Kubiarkan Shazzy tenang memandu di sebelahku. Tadi, semasa kami ke tempat letak kereta untuk pulang, Shazzy telah meminta agar aku memberi keizinan kepadanya untuk memandu. Aku yang pada mulanya agak berat hati untuk membenarkannya terpaksa akur melihat kesungguhannya.

“Macam mana you boleh kenal Tiara?” soalku memecah kesunyian. Dia memandang sekilas ke wajahku.

Neighbour lama. Sebelum berpindah ke Sungai Penchala,” jawabnya. Aku mengangguk. Namun dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bercelarunya perasaanku ini. Rasa takut andainya sejarah lama berulang kembali. Ya ALLAH, jauhilah aku dari malapetaka yang pernah menimpa diriku dulu. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi Shazzy. Malah, rasa sayangku terhadapnya jauh lebih menebal berbanding dengan Azhari dulu. Usah biarkan Shazzy berlalu dari hidupku.

*****

SEMINGGU sebelum tarikh perkhemahan di Air Terjun Jerangkang. Aku serta rakan-rakan yang bertugas di bawah biro peralatan telah ke premis kelab untuk berbincang tentang peralatan yang bakal dibawa kelak.

“Menurut Abang Que, bilangan ahli yang mengikuti perkhemahan kali ni sebanyak tiga puluh tiga orang, tak termasuk Abang Que dan Abang Reza,” Farhana bermukadimah.

“Aku rasa, khemah kita cukup untuk tampung tiga puluh dua orang ni. Tapi masalahnya sekarang, peralatan makan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu. Aku dapati banyak yang hilang pada perkhemahan yang lalu, kat Janda Baik,” terang Farhana lagi. “Macam mana boleh hilang?” tanya salah seorang dari kami. Farhana menjungkitkan bahu.

“Sama ada kita terbuang sewaktu operasi kemas-mengemas ke, atau ada antara ahli kita yang terbawak balik ke, itu aku tak pasti. Yang penting kali ni, kita kena berhati-hati. Especially sewaktu tengah mengemas ketika nak balik. Pastikan jangan ada yang terbuang. Dan lagi satu, seperti yang kita maklum, ramai ahli baru yang akan menyertai perkhemahan kali ini. Pastikan mereka tidak mengambil sebarang peralatan yang dimiliki oleh kelab,” Farhana meneruskan kata-katanya.

“Aween, aku tugaskan kau untuk mengira dan mencatat bilangan bagi setiap peralatan yang akan dibawa ke sana sebelum pergi dan sebelum kita berangkat pulang,” sambungnya lagi. Aku mengangguk sambil mencatat tugasan yang baru diamanahkan itu di dalam buku catatan

“Sekarang ni, masalah yang kita hadapi adalah kekurangan sudu, garpu dan cawan plastik. Jadi, aku nak tanya kau orang semua. Siapa yang nak volunteer untuk membeli alatan tu? Tentang bajetnya pulak, kita beli dulu barang-barang tu dan kemudian baru kita boleh claim dari bendahari kelab.”

Semua berpandangan sesama sendiri. Akhirnya seorang dari mereka mengangkat tangan. “Saya boleh cari,” kata anak muda yang baru berusia 18 tahun itu.

“Saya pun boleh. Biar kami berdua mencari alatan tu bersama,” sampuk salah seorang lagi. Aku dan Farhana berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum. Senang hati kerana mereka sanggup memberi kerjasama.

“Okey, pastikan awak berdua mencari barang-barang tersebut selewat-lewatnya hari Jumaat. Sebab hari Ahad kita dah nak bertolak. Aku kena pastikan segala alat kelengkapan kita mencukupi pada hari Sabtu. Yang lain-lain seperti khemah, kanvas, alatan rekreasi akan aku uruskan bersama Aween,” ucap Farhana bagi mengakhiri perbincangan kami.

Setelah selesai perbincangan, kesemua mereka pun bersurai. Hanya tinggal aku dan Farhana sahaja di dalam bilik perbincangan itu.

So, amacam yang lain tu?” soalku. Farhana mengangguk.

“Setakat ni, peralatan yang lain tu tak ada masalah. Ubat-ubatan pun masih lagi mencukupi. Cuma lampu gasolin yang terkurang satu sebab pecah masa camping kat Janda Baik dulu, kan?” ujar Farhana.

“Habis tu, nak kena carilah?” celahku. Farhana menggeleng.

“Masa dah terlalu suntuk. Kalau kita nak cari sekarang pun, belum tentu dapat. Yalah, mana senang nak dapat benda antik macam tu. Susah. Kita guna dulu mana yang ada,” kata Farhana. Aku sekadar mengangguk tanda akur.

So, si Shaz tak dapat nak ikutlah camping kali ni?” soal Farhana setelah lama kami menyepi. Aku mengangguk.

“Hmm… nampaknya begitulah,” jawabku lemah. Farhana ketawa kecil.

“Kesian kau. Mesti kau rasa sunyi nanti, kan? Yalah, yang tersayang tak ikut sama,” usik Farhana. Aku tersenyum simpul.

“Itulah pasal. Mulanya aku pun ingat nak tarik diri. Dah dia tak bagi. Dia suruh jugak aku ikut.” Farhana mengerutkan dahi.

“Aik! Dia yang suruh pergi? Aku ingatkan kau yang berdegil,” ujar Farhana. Aku menggeleng. “Dia yang beria-ia suruh aku teruskan rancangan. Aku nak kata macam mana lagi. Dah dia bagi lampu hijau,” kataku pula.

“Baguslah kalau dia benarkan kau pergi. Manalah tahu, kalau dia tak bagi karang kau merajuk pulak, sebab dia kongkong kau.”

“Dia bukan jenis mengongkonglah, Anne. Dia cuma kuat cemburu aja.”

“Yalah, selama ni kan dia sikit punya risau bila kau nak ke mana-mana tanpa dia bersama. Takut ada orang lain nak sambar kau. Dia jealous.” Farhana ketawa menyakat. Aku mencebik.

“Dahlah, aku nak balik. Tak habis-habis nak mengenakan aku. Sekali aku bagi sebiji penumbuk aku ni karang, baru kau tahu. Kau jangan nak main-main dengan aku. Aku dah belajar kick boxing sekarang ni, tau,” ugutku. Farhana pula mencebik. Setelah menyimpan segala baranganku ke dalam beg terus aku keluar dari bilik perbincangan itu.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mya Effa