Home Novel Cinta Selagi Aku Masih Ada
Selagi Aku Masih Ada
Mya Effa
17/7/2013 01:56:21
100,052
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5
DENGAN pantas aku mengatur langkah menuju ke wad yang maksudkan oleh Kak Shazlin pagi tadi. Pintu wad kukuak perlahan. Dari jauh kulihat Shazzy yang masih lena dibuai mimpi. Tiada sesiapapun yang berada di sisinya ketika itu. Aku mengatur langkah perlahan, menghampirinya. Hatiku menjadi pilu tatkala melihat dahinya yang bertampal itu. Selimut yang menutupi separuh badannya telah melindungi kakinya yang dikatakan telah disimen. Aku mengambil tempat di sisinya. Wajahnya yang terpejam itu kurenung dengan perasaan sayu. Hampir-hampir tanganku ingin mencapai tangannya, namun niatku itu mati serta-merta. Aku tak mahu tidurnya terganggu.

Airmata yang kutahan dari terus mengalir keluar semenjak tiba tadi akhirnya tumpah juga. Aku sama sekali tidak dapat menahan dari terus tersedu. Dan tanpa kusedari, esakan halusku itu telah menyedarkannya. Matanya terbuka dengan perlahan. Terpisat-pisat dia memandangku. Di kala itu, esakanku bagaikan tidak mampu kubendung lagi.

“Hai,” sapanya lemah. Aku mengangguk sambil tersenyum. Airmata yang kian deras mengalir segera kuseka.

“Hai,” balasku.

“Dah lama you sampai?” soalnya. Aku menggeleng.

“Tak. Baru aja,” jawabku.

“Sayang, you menangis ke?” soalnya lembut. Aku mengetap bibirku kuat, menahan esakan. Tidak mampu untuk menjawab pertanyaannya itu.

“Janganlah menangis. I okey,” pujuknya. Dan sekali lagi tanganku menyeka airmata yang masih bersisa di pipi.

“Shaz, kenapa boleh jadi macam ni?” soalku lemah. Dia tersenyum seraya menggeleng. “I don’t know. Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata. I tak sedar bila kereta tu muncul masa I nak melintas balik ke rumah I,” terangnya.

“Depan rumah you?” soalku. Dia mengangguk.

“Masa tu, I baru sampai. I park kereta I di seberang jalan,” katanya lagi. Aku memerhatikan tubuhnya yang separuh tertutup dengan selimut itu.

How’s your leg? Boleh I tengok?” pintaku. Dia mengangguk.

Sure.” Dengan perlahan dia bangkit dari pembaringannya. Segera aku memaut tubuhnya, membantunya untuk bangun.

Selimut putih yang menutupi paras pinggangnya diselak perlahan. Terserlah kakinya yang sudah diplaster dengan simen putih itu. Aku menelangkupkan mulut, menahan perasaan piluku. Dengan perlahan aku menyentuh kakinya itu.

“Baru saja disimen. Malam tadi, bengkak teruk. Lepas tu, doktor x-ray. Rupanya, tulang kat dalam tu dah retak,” terangnya. Aku menganggukkan kepala.

“Berapa lama boleh baik ni?” soalku. Dia menjungkitkan bahu.

“Tak sure. Tapi ambil masa lama jugaklah,” jawabnya.

“Habis tu, macam mana dengan perkhemahan kita di Air Terjun Jerangkang tu?” soalku setelah menyedari akan rancangan kami untuk mengikuti rombongan kelab ke Air Terjun Jerangkang di Pahang. Shazzy menggeleng.

“Tengoklah macam mana. Kalau kaki I ni dah okey, I pergilah. Kalau tak, terpaksalah I cancel nama I,” jawabnya. Aku agak terkejut.

What? Kalau macam tu, I pun nak cancel jugaklah nama I. Biar kita sama-sama tak pergi,” putusku. Matanya membuntang mendengar kata-kataku itu.

“Eh, janganlah macam tu. Kesian you. Hari tu you yang seronok sangat nak pergi. Takkan disebabkan I, you sanggup cancel?”

I rasa seronok nak pergi sebab ada you. Kalau you tak ada, tak seronoklah. I tak peduli. Kalau you tak pergi, I pun takkan pergi,” tegasku.

Dia menggeleng. “Please. Jangan macam ni. Farhana kan ada?” pujuknya.

“Tak samalah keseronokannya kalau you tak ada. Lagipun, you tak jealous ke kalau I bergaul dengan member-member kelab kita tu? Besides, vacation kali ni, banyak member-member baru yang ikut. I takut nanti you susah hati sewaktu I kat sana,” kataku menakutkannya. Dia ketawa.

“Alah, I tahu you setia. You takkan curang dengan I, kan? Besides, Que, Reza and Dino kan ada? Boleh I suruh dia orang pantau you,” katanya.

“Hmm… itu yang I paling tak gemar. You suruh orang lain perhatikan gerak-geri I. I tak suka. Tak ada privacy. Kalau youada, I akan sentiasa berada di samping you,” ujarku lagi. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

You kena pergi. I tak sampai hati nak tengok hajat you tu tak kesampaian. Okey, I janji. I tak kisah kalau you nak berkawan dengan sesiapa pun. As long as you setia dengan I sampai bila-bila,” pujuknya. Aku memandangnya. Rasa seperti sukar untuk mempercayai akan apa yang diucapkannya ini. Aku tesenyum.

“Betul?” soalku. Dia mengangguk, bersungguh. Aku ketawa. Senang hati melihat perubahannya itu. Nampaknya, niatku untuk membuktikan kesetiaanku terhadapnya terlaksana jua.

You tak kisah I tinggalkan you untuk beberapa hari?” soalku. Dia menggeleng. “No,” jawabnya ringkas.

But I’ll feel guilty, kalau I tinggalkan you di sini dan berseronok di sana,” ujarku lagi. Dia tersenyum lagi.

No, sayang. I tak kisah langsung. Trust me,” katanya meyakinkanku.

You pergi, ya,” pujuknya buat kesekian kalinya. Aku menghelakan nafas berat. Lama aku terdiam. Dan akhirnya aku mengangguk jua.

That’s my girl,” katanya lembut.

“Walau apapun, I akan pastikan yang you jugak akan pergi nanti. Lagipun, camping tu lagi sebulan lebih. Takkan dalam jangka masa tu, kaki you tak boleh nak sembuh?” ucapku bagi menyedapkan hati. Dia tersenyum senang.

Perlahan-lahan aku menutup pintu wad tersebut. Shazzy sudahpun lena setelah doktor memberikannya ubat sebentar tadi. Dengan langkah yang longlai, aku meninggalkan wad tersebut menuju ke bilik tamu. Aku menghenyakkan tubuhku ke atas sofa empuk di situ bersama keluhan berat. Mataku terpejam rapat, mengenangkan keadaan Shazzy yang masih terlantar. Seketika aku teringat akan kata-kata yang diucapkannya sebentar tadi. Bersungguh dia menyuruh aku meneruskan rancangan untuk mengikuti perkhemahan yang akan diadakan beberapa minggu akan datang walaupun dia tidak dapat mengikutinya. Aku terfikir sejenak, andai keadaannya itu tidak mengizinkan dia mengikuti bersama, adakah aku dapat menyesuaikan diriku tanpa Shazzy? Sedangkan sebelum ini, setiap kali kelab tersebut mengadakan sebarang aktiviti, Shazzy pasti tidak akan ketinggalan.

Tiba-tiba aku teringatkan Azhari pula. Sudah pasti dia juga akan menyertai perkhemahan tersebut. Terpaksalah aku menghadap mukanya lagi. Bertambah tidak senang duduklah aku andainya aku sentiasa menjadi perhatiannya nanti. Ah, lelaki itu tak habis-habis hendak mengacau hidupku. Sejak bertemu dengannya semula, semakin galak dia mengekoriku ke mana sahaja aku pergi. Sesungguhnya aku rimas. Rimas dengan situasi begini. Ah, naik gila aku dibuatnya!

*****

“MACAM MANA dengan Shaz?” soal Farhana sewaktu kami menikmati makan tengahari bersama.

“Alhamdulillah, dia tak mengalami kecederaan yang serius. Cuma tulang kakinya retak, kepalanya cedera ringan,” jawabku.

“Tulang kaki retak?” soalnya lagi. Aku mengangguk.

“Hmm…”

“Habis tu?”

“Kena simenlah!”

“Perkhemahan tu macam mana? Dia dapat pergi tak?” Aku mengeluh berat.

“Harap-harap dia cepat sembuh.”

“Boleh ke?” Aku hanya diam tanpa reaksi dengan soalan itu. Aku sendiri tak pasti akan jawapannya.

“Anne, budak sengal tu ikut sekali tak?” soalku setelah lama menyepi. Farhana mengerutkan dahi.

“Budak sengal mana pulak ni?”

“Tuu… mamat yang kau suka tulah!”

“Oh, kawan lama kau tu ke?” Aku mengangguk.

“Ikut. Kenapa?” Aku merengus! Ini yang aku rasa nak tarik diri ni! Getus hatiku. “Kenapa kau panggil dia sengal?”

“Memang dia sengal!”

“Kenapa kau terlalu marah sangat kat budak tu? Apa masalah kau sebenarnya dengan dia?” soal Farhana bertubi-tubi. Aku terdiam. Ayam goreng KFC yang aku kunyah terasa liat sekali dan begitu perit untuk menelannya. Sesungguhnya aku terperangkap. Ah, perlukah aku memberitahu segala-galanya kepada Farhana? Kalau aku memberitahunya, bermakna aku terpaksa membuka kembali kotak memori yang sudah sekian lama aku kunci dengan rapi, agar segala-galanya tidak terurai dan sekaligus melukakan kembali hati dan perasaanku ini. Hisy! Sejak dia hadir kembali, semakin berserabut kepala aku dibuatnya. Memang lelaki itu sering memberi masalah kepadaku.

“Kau orang ni mesti pernah ada kes, kan? Kalau tak, takkanlah kau cukup allergic bila aku sebut pasal dia,” teka Farhana. Aku mengeluh berat, berperang dengan perasaan sendiri.

Aku rasakan, adalah lebih baik aku menceritakan hal sebenar kepada Farhana. Sungguh aku sudah tidak sanggup untuk menanggungnya seorang diri. Sekurang-kurangnya, aku ada tempat untuk mengadu bagi meringankan masalahku ini. Tambahan pula, sampai bila aku nak merahsiakan semua ini? Aku pasti, Shazzy juga akan tahu suatu hari nanti. Cuma menunggu masa sahaja. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu melepaskannya dengan perlahan.

“Sebenarnya Anne, dia adalah bekas teman lelaki aku yang pernah aku ceritakan kepada kau dulu,” ujarku perlahan. Farhana yang ketika itu sedang menyedut air cokenya tersedak. “What? Dia tu ex-boy yang kau cerita kat aku dulu tu?” soal Farhana terkejut. Aku mengangguk.

“Hmm… padanlah, masa aku promote dia untuk join kat kaunter dulu, sikit punya sombong lagi. Macam-macam alasan, tak minatlah, boringlah. Sekali bila dia tengok aja album, terus dia ubah fikiran. Aku ingatkan dia tertarik tengok aktiviti-aktiviti dalam gambar tu, ataupun dia tertarik dengan muka aku yang cun-melecun ni. Rupanya dia tertarik kat kau,” katanya panjang. Aku ketawa sinis. Perasan punya minah!

“Jadi, dia join the club tu sebab kaulah, ya?” soal Farhana. Aku menjungkitkan bahu. Mungkin juga.

“Yang peliknya, entah macam manalah dia boleh tahu nombor telefon aku. Setahu aku, aku tak pernah bagi nombor ni kat member-member kolej aku dulu. Alih-alih aja sejak lepas jumpa kat meeting tu, dia call. Hairan aku dibuatnya,” rungutku lagi.

Dikala itu juga, kelihatan wajah Farhana berubah. Dia mulai tidak tentu arah. Matanya membundar. Aku rasa, aku dapat meneka siapakah gerangan yang telah memberikan nombor telefonku kepada Azhari.

Ops! Aween, aku minta maaf sangat-sangat,” ucapnya. Aku tersenyum sinis.

“Jadi, kaulah yang bagi nombor telefon aku kat dia?” soalku mendatar. Farhana mengangguk perlahan.

Sorrylah, Aween. Aku tak tahu kisah sebenar kau orang. Hari tu, lepas kau balik, dia datang kat aku, tanya number phone kau. Mulanya berat aku nak bagi. Aku tanya dia, kenapa dia tak minta sendiri kat kau. Lepas tu dia jawab tak sempat nak minta. Dia beritahu aku yang kau orang dah lama lost contact. Tengok dia bersungguh macam tu, aku rasa kesian kat dia. Tu yang aku bagi tu,” terang Farhana panjang-lebar.

“Anne, kau ni dah berapa lama kenal aku? Takkan kau tak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka? Kan awal-awal perkenalan kita lagi aku dah cakap yang aku tak suka sesiapa pun bagi nombor telefon aku kat orang lain. Cuma aku seorang aja yang berhak berbuat begitu sebab aku tuan punya nombor telefon tu,” keras sekali aku bersuara. Memang aku tak puas hati.

“Alah, sorrylah, sis. Aku mengaku salah,” ucap Farhana lagi seakan merayu.

“Senanglah kau kata sorry. Yang menangungnya aku. Aku yang dikacaunya nanti. Huh! Dahlah aku seboleh-boleh nak elakkan diri dari berjumpa dengan dia lagi,” rengusku keras. Farhana memandangku dengan wajah bersalah. Kasihan pula aku melihatnya begitu. Tentunya dia dalam dilema ketika hendak memberikan nombor telefonku kepada Azhari tempoh hari. Aku tidak berada di tempatnya, pastinya aku takkan rasa apa yang dirasakan oleh Farhana di saat Azhari merayu kepadanya.

“Okey, aku maafkan kau. Tapi, satu perkara yang aku nak kau janji dengan aku,” kataku perlahan tetapi tegas.

“Apa dia?” soal Farhana lalu mendekatkan mukanya ke hadapan, mengadapku.

“Tolong rahsiakan hal ni. Aku tak mahu orang lain tahu especially Shazzy. Rahsia ni, hanya untuk kita berdua aja, faham!” tegasku.

“Okey, aku janji. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut,” Farhana berikrar sambil mengangkat tangan kanannya.

“Kalau rahsia ni terbongkar, nahas kau. Kaulah orang yang pertama aku cari,” tegasku lagi.

“Wowowo… tunggu dulu. Kau tak boleh nak serang aku macam tu aja. Kau mesti ingat, hal ni bukan kita berdua aja yang tahu, tapi kita bertiga. Jangan lupa, Azhari pun terlibat sama. Boleh jadi dia yang kecohkan hal ni, macam mana?” ujar Farhana.

“Anne, aku kenal dia. Dia bukan jenis yang suka kecoh-kecoh. Aku pasti, dia takkan buat benda macam tu,” kataku meyakinkannya.

“Tapi sampai bila, Ween? Sampai bila? Aku pasti lambat-laung Shazzy akan tahu jugak. Tentu dia bengang sebab kau tak beritahu dia awal-awal. Dia berhak tahu. Aku faham, kau takut dia marah, kan?” Aku meneguk minumanku dengan perlahan

“Itu aku tahu, Anne. Memang aku sedar suatu hari nanti Shaz akan tahu juga. Aku tak bersedialah nak beritahu dia sekarang, Anne. Biarlah masa yang menantukan segala-galanya,” tegasku. Farhana menjungkitkan bahu.

Suasana menjadi sepi semula. Masing-masing sedang menjamah ayam goreng yang masih berbaki.

“Dia kata aku dah berubah. Dah macam minah rockers,” kataku tiba-tiba. Farhana mendongak, memandangku. Seketika dia ketawa kecil.

“Memang pun. Dulu masa kita baru-baru kenal, kau tak macam ni. Feminine aja aku tengok. Entah macam mana kau boleh berubah jadi brutal macam ni,” sampuk Farhana. “Aku tengok gaya kau ni, teringat aku kat Amy Mastura dalam cerita… cerita apa yang aku suka dulu tu? Alah, apa ya?” Farhana mengerutkan dahi, mengingati tajuk filem yang dimaksudkan itu.

“Haa… cerita ‘Impian’. Heronya Azhar Sulaiman. Macam mana gaya Amy Mastura dalam cerita tu, macam tulah kau sekarang ni. Rambut pendek, pakai t-shirt kat dalam, kat luar kemeja, seluar jeans, sports shoes. Kekadang pakai jaket. Fuh, tak sangka aku. Dari seorang perempuan yang lembut ala-ala perempuan Melayu terakhir, terus jadi kasar macam ni. Semua gara-gara putus cinta, ya?” becok sekali mulutnya berkata-kata.

“Kau ni ada-ada ajalah. Hari tu kau samakan mamat tu dengan Shaz Jaszle. Sekarang ni, kau samakan aku dengan Amy Mastura pulak. By the way, Cik Farhana. Aku berubah semenjak aku berkawan dengan kau. Kau yang ubahkan aku jadi macam ni. Aku ikut kau pergi panjat gunung-ganang, camping, wall climbing. Tak ada kena-mengena langsung dengan putus cinta, tau,” bidasku.

“Hei, apa hal aku pulak?” cebiknya.

“Yalah, kau yang banyak pengaruhi aku. Cuba kau ingat balik, siapa yang beria-ia suruh aku join KKM ni dulu, bukan kau ke?” omelku panjang-lebar.

“Aku bukan mempengaruhi kau. Aku cuma nak kau bangkit dari kecewa. Aku nak tengok kau happy. Be a strong lady. Tapi aku tak suruh kau ubah karektor kau. Aku tak suruh kau tolak cinta.”

“Hei, bila masa pulak aku tolak cinta. Kalau aku menolak cinta, aku takkan go steady dengan Shazzy tau. Jangankan kata Shazzy, malah lelaki-lelaki lain pun aku takkan pandang walau sebelah mata pun, tau!” ucapku penuh emosi. Farhana mencebirkan bibir.

“Eleh! Cuba kau ingat balik masa mula-mula Shazzy minta steady dengan kau dulu, sikit punya liat lagi kau nak terima dia. Sampai berbulanlah dia tunggu jawapan dari kau,” cebik Farhana.

“Yalah, mestilah aku nak kenal dulu hati budinya sebelum terima dia sebagai teman hidup aku. Takkan nak terus sambar aja? Oh, kalau macam tu, esok andaikata ada orang masuk meminang kau, terus aja kau terima walaupun kau tak kenal siapa bakal tunang kau tu?” bidasku.

“Susahlah kalau dah bertelagah dengan kau ni, Aween.” Farhana mengalah. Mungkin sudah mati akal untuk membangkang kata-kataku. Aku ketawa, meraikan kemenangan. Siapa tak kenal dengan aku, bekas ratu debat sekolah. Takkan mudah mengaku kalah!

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Mya Effa