Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Olok-Olok
Kekasih Olok-Olok
Eija Khadeeja
25/7/2014 15:49:50
207,796
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 9

9

RESTORAN mewah di tengah-tengah ibu kota itu menjadi tempat pertemuan Melisa dengan wartawan bergeraknya.

Mira tersenyum lebar memandang idolanya. Wanita berskirt merah menyala itu benar-benar tampak seksi dan anggun di matanya.

‘Kalau aku pun dah terpegun, macam manalah agaknya ya mamat-mamat berhidung belang dekat luar sana kalau bertemu pandang dengan idola aku ni?’ bisik hati Mira.

“Mira... you nak orderapa?” Lembut Melisa bertanya kepada wanita di hadapannya. Dia harus pandai berlakon dengan ‘penyampai beritanya’ itu.

“Saya orderapa yang Cik Melisa orderlah,” jawab Mira.

“Okey. Kalau macam tu beri kami dua latte ya.” Melisa bersuara ramah dengan waiteryang sedang mengambil pesanannya itu. Dia turut mengukirkan segaris senyuman sebelum waiter itu berlalu dari mejanya.

So... apa story yang you bawa kali ni?” Melisa mengalihkan semula pandangannya ke arah Mira.

“Ha... kali ni I bawakan storyyang memang meletup buat Cik Melisa.” Gaya kepohci Mira sudah menjelma.

“Apa dia?” soal Melisa tidak sabar. Dia benar-benar ingin mengetahui story tentang lelaki idamannya itu. Apa lagi gosip yang telah dilakukan oleh lelaki itu sehingga terdesak sekali wartawan bergeraknya itu hendak bertemu dengannya?

“Cik Melisa tahu tak yang kekasih hati aka bakal isteri En. Asyraf sekarang ni sudah bekerja di Syarikat SCA Sdn. Bhd...” Gaya kepohci masih dikekalkan oleh Mira.

“What?!!!” melengking suara Melisa. Menyinga wajahnya.

Terkejut Mira dengan sikap idolanya itu. Wajah yang ‘bercat’ cantik itu sudah bertukar ronanya.

‘Macam pontianak pun ada, aku tengok muka idola aku ni... seram aku,’ gerun hati Mira.

“Siapa perempuan tak guna tu?! Berani dia nak merampas Asyraf daripada I!” Masih tinggi suara Melisa.

“Namanya Juliana. Budaknya boleh tahanlah. Muka dia macam kacukan Cina je,” tutur Mira.

Sejenak, Melisa teringatkan tentang pertemuan semalam. Pertemuannya dengan seorang wanita yang ‘diiktiraf’ oleh Asyraf sebagai kekasih hatinya. Mungkinkah wanita yang sedang diperkatakan oleh Mira tika ini adalah insan sama yang telah ditemuinya semalam?

“Juliana... you ada gambar dia?” Sudah merendah suara Melisa.

Segera Mira mengeluarkan handphonenya. Dia menyentuh skrin handphonenya itu beberapa kali sebelum gajet itu diserahkan kepada Melisa.

‘Tak guna! Memang inilah perempuan yang aku temui semalam! Ternyata yang Asyraf betul-betul sedang menjalinkan hubungan dengan perempuan ni!’ amuk hati Melisa dan semerta wajahnya kembali menyinga.

“Cik Melisa okey ke?” soal Mira apabila dilihatnya kemarahan kian menyala di seraut wajah putih di hadapannya itu.

Melisa tidak menjawab apa terhadap persoalan Mira. Dia menyerahkan kembali handphone yang sedang dipegangnya kepada pemilik asalnya.

Wajah Melisa masih menyinga di saat waiter yang sama mengambil pesanannya tadi datang kembali membawa dua gelas latte. Ucapan terima kasih langsung tidak dituturkan kepada waiter tersebut. Hanya Mira sahaja yang memaniskan wajahnya.

“Tak guna punya perempuan! Ada hati kau nak berebut Asyraf daripada aku!” bentak Melisa tiba-tiba.

“Sabar Cik Melisa. I tak rasa yang perempuan tu dapat menandingi diri you. You cantik, terkenal dan yang penting you merupakan seorang model yang sudah mengukir nama! Perempuan tu cuma setiausaha je di syarikat kami,” pujuk Mira. Dia tidak mahu emosi idolanya itu terus-terusan terganggu.

“Ooo... kiranya perempuan tu seorang setiausahalah,” sinis Melisa.

“Ha’ah. Dia merupakan setiausaha kepada En. Asyraf,” jelas Mira sebelum meneguk sedikit latte di hadapannya itu.

Kemarahan membuak kembali di dalam diri Melisa, “Sampai hati kau Asyraf... aku tunggu kau! Tapi ini balasan kau pada aku!”

Mira hanya membisukan sahaja mulutnya saat kemarahan terpacul keluar dari bibir idolanya itu.

“Mira, I nak you tolong jadi ‘mata-mata’ I di syarikat tu. Faham!” Permintaan di dalam bentuk paksaan Melisa tuturkan.

‘Bukan ke selama ni memang aku yang jadi ‘mata-mata’ kau?’ soal hati Mira. Namun anggukan tetap jua diberikan.

“Mulai saat ini, I nak you intip setiap gerak geri perempuan tu. Dengan siapa dia datang kerja, dengan siapa dia balik kerja dan yang paling penting sekali I nak tahu alamat tempat tinggal dia. Faham?!” Serius benar wajah Melisa tika ini.

“Faham Cik Melisa.” Laju, Mira menjawab.

Melisa menghembuskan nafasnya berat sebelum dia turut meneguk sedikit latte yang dipesannya tadi. Diharapkannya agar minuman itu dapat meredakan sedikit amukan di jiwanya.

“Cik Melisa...” Perlahan suara Mira.

“Ada apa?” soal Melisa dan memandang tepat ke wajah wartawan bergeraknya itu.

“Emm... macam mana dengan upah I?” soal Mira sambil tersenyum sipu.

Menyampah Melisa memandang riak wajah Mira itu, ‘Sikit-sikit nak upah!’ bentak hatinya. Tetapi tangannya cepat sahaja menyeluk tas tangannya. Dia mengeluarkan buku cek dan sekeping cek ditarik setelah sejumlah angka ditulis di dadanya.

‘RM 2000... wah! Kalau macam ni kayalah aku!’ riang hati Mira bersama senyuman yang membunga.

“Ingat! I boleh bagi you lebih daripada itu. Tapi dengan satu syarat!” Tajam sepasang mata milik Melisa memanah pandangan insan di hadapannya.

“Bukan setakat satu. Lebih daripada satu pun syaratnya, akan I turuti,” senyuman masih kekal di wajah Mira.

“I nak you rahsiakan setiap pertemuan kita. I tak nak Asyraf syak apa-apa! Faham?!” Tegas Melisa.

“Faham Cik Melisa! Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.” Laju, Mira menjawab.

“Bagus! I suka berurusan dengan orang yang terlebih ‘amanah’ macam you ni,” perli Melisa.

Namun perlian Melisa itu disalahertikan sebagai pujian oleh Mira. Semakin lebar senyuman Mira.

‘Bodoh!’ penghinaan pula segera hadir di hati Melisa.

“Cik Melisa... Emm... masih ada satu perkara lagi yang pernah Cik Melisa janjikan. Tapi sampai sekarang Cik Melisa tak pernah tunaikan.” Begitu berhati-hati Mira menuturkan tiap patah perkataannya.

“Apa dia?” Sudah terangkat, kening Melisa.

“Pasal... pasal dunia modeling. Cik Melisa pernah berjanji untuk membawa saya masuk ke dunia modeling kalau saya membantu Cik Melisa mendapatkan En. Asyraf.” Masih perlahan suara Mira.

“Memang! Memang I ada janji. Tapi masalahnya sekarang ni I belum lagi dapat memiliki Asyraf. So... selagi Asyraf belum menjadi milik mutlak I selagi itulah I takkan tunaikan janji I,” bongkak Melisa berkata-kata sebelum dia memakai kembali kaca mata hitamnya dan bangkit untuk meninggalkan wartawan bergeraknya itu seorang diri.

‘Pendek macam itik, ada hati nak jadi model!’ sinis, penghinaan di hatinya ditujukan buat Mira. Senyuman perlian pula jelas terukir di bibirnya saat dia sudah melangkah jauh.

Namun senyumannya itu bagaikan termati saat handphonenya berdering kembali. Dia tahu siapakah yang sedang menghubunginya. Pasti ‘client’ tua yang bakal dilayaninya sebentar nanti sudah menantikan kehadirannya. Biarpun malas, Melisa menjawab jua panggilan telefon daripada ‘lubuk emasnya’ itu.

“Hai, Dato... you dah sampai di hotel ya. Tunggu ya, sekejap lagi I sampai. Tunggu tau. Miss you. Mmmuahhh...” gedik sudah menguasai intonasi manja yang dibuat-buat oleh Melisa.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.