Home Novel Komedi/Romantik Komedi Alahai, Mat Salih!
Bab 12

AIRA sudah mula bosan. Rasanya sudah hampir setengah jam dia pusing-pusing di kawasan banglo mewah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi ini. Namun bayang Amy pun dia tidak nampak. Walaupun keretanya ada penghawa dingin, tetapi bagai tidak terasa sejuk langsung ditambah dengan cuaca yang agak panas.

Hati Aira turut hangat apabila Amy masih tidak dapat dihubungi. Berkali-kali dia cuba menelefon Amy untuk memastikan di mana lokasi sebenarnya namun, asyik tidak dapat. Ah, pasti ada masalah dengan telefon Amy! Akhirnya dia mengambil keputusan memberhentikan kereta di tepi jalan berhadapan sebuah banglo yang agak besar dan mewah. Lagipun di situ agak redup kerana ada pokok besar.

Pagi tadi adik Amy yang menghantar Amy, tetapi tidak dapat menjemputnya pulang kerana terpaksa pergi ke Kelang. Memandangkan Aira tinggal di Kajang, maka dialah yang jadi mangsa untuk menjemput Amy kerana dia yang paling hampir untuk dihubungi. Lagipun bukan mudah hendak mendapatkan teksi di kawasan rumah banglo yang rata-rata memiliki lebih dari 3 buah kereta di banglo masing-masing.

'Hai, siapalah yang tinggal di banglo ini? Tidak penatkah untuk memastikan banglo ini sentiasa kemas dan bersih? Tidak bosankah tinggal di rumah yang besar tapi sunyi-sepi saja? Eh, apa yang aku lalutkan ni? Baik aku berehat sekejap sambil memejamkan mata,' detik Aira dalam hati. Pasal Amy pandailah dia mencari jalan untuk menghubungiku. Aira bercakap sendiri.

Baru beberapa saat Aira melelapkan mata, tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu dentuman. Jantung Aira berdegup kencang dan berasa cemas sekali apatah lagi apabila badannya terhenyak kuat ke arah pintu.

“Allahuakbar!” Aira terjerit secara spontan. Rupanya sebuah kereta pacuan empat roda berwarna biru berundur dan telah menghentam bahagian kiri keretanya. Cemas dan marah bercampur-baur. Masakan tak nampak kereta aku ini walau nak berundur sekalipun? Sempat juga Aira merungut.

Aira bergegas keluar. Dalam kepala sudah siap ayat yang akan dilafazkan untuk memarahi pemandunya. Sekali lagi Aira terkejut apabila mendapati tiada pemandu di dalam kereta tersebut. Alahai! Ini mesti kes tidak tarik handbrake. 'Apa la malang nasibku hari ini? Dahlah Amy entah di mana, kereta pulak kena langgar,' keluh Aira. Tidak lama selepas itu kelihatan seorang lelaki berlari ke arah Aira.

“Maaf Cik, bos saya terlupa tarik handbrake la ni…minta maaf banyak-banyak,” ujarnya. Sekejap dia memandang Aira, sekejap memandang ke arah rumah pula.

“Cuba awak tengok kereta saya tu, remuk tau tak?” Aira sudah mula naik angin. Hendak menangis pun ada juga. Silap hari bulan di situ juga dia mengamuk dan membebel tidak henti-henti.

“Maaf la Cik… nak buat macam mana? benda dah nak jadi,” ujar lelaki tu sambil memandang Aira.

“Awak cakap senanglah. Saya tak kira, awak kena baiki hari ni juga,” tegas Aira.

“Nak baiki macam mana? Hari inikan hari Ahad, mana ada bengkel kereta yang buka?” ujarnya. 

'Betul juga tapi macam mana aku nak pergi kerja esok pagi,' detik Aira dalam hati.

“Itu saya tak nak tahu. Yang pasti kereta saya kena dibaiki hari ini jugak!” 

“Cik, kalau nak baiki pasti ambil masa. Pintu kena tukar baru, tepi ni kena ketuk. Nak kena cat lagi, enjin pun kena periksa juga.” 

Walaupun penerangannya masuk akal namun Aira tetap dengan ketegasannya. “Makan masa ke, apa ke saya tak kira. Kalau kereta saya tak siap hari ni, macam mana saya nak pergi kerja?” soal Aira.

“Macam nilah Cik, apa kata Cik bincang dengan bos saya,” cadang lelaki tersebut cuba meredakan Aira yang sudah diserang angin kus-kus. Sudahlah berdiri di tengah panas, ditambah hati yang marah, bertambah mencukalah muka Aira.

“Pergi panggil bos awak tu cepat,” arah Aira.

So sorry about the accident.” Tiba-tiba kedengaran suara lelaki. Apabila Aira berpaling, kelihatan seorang lelaki berdiri berhampiran. Masa bila pulak dia ni muncul? Aira tertanya sendiri.

Are you okay?” Lelaki itu bertanya sambil merenung Aira.

Aira sudah tidak terkata. Entah kerana menahan marah atau kerana terpukau melihat mat salih yang begitu tampan sekali. Anak matanya berwarna biru, hidungnya mancung. Aduhai… sempat juga dia menelitinya.

Dont worry, I will repair your car as soon as possible.” Dia bersuara apabila mendapati Aira hanya membisu. Matanya tidak lepas dari memandang Aira. Naik segan pula Aira dibuatnya.

“Ha, yalah tu…” ujar Aira macamlah mat salih itu faham. Selebihnya baru perasan tiba-tiba jadi cool pula, padahal tadi bukan main marah lagi.

I know Its will take time to repair your car. For time being, you can use my car,” ujarnya lagi seperti mengetahui apa yang bermain di fikiran Aira.

“Hmm…okeylah,” ujar Aira acuh tak acuh.

Shall we, I will show you the car,” ajaknya.

Tanpa membuang masa Aira mengekorinya sambil lelaki Melayu tadi mengalihkan kereta pacuan empat roda.

Miss, which car would you like?” tanyanya sambil matanya tidak lekang dari merenung Aira. 

'Ada yang tidak kenakah?' Aira mula rasa tidak selesa.

Mak Ai! Banyaknya kereta mat salih ni? Tauke kereta apa? Patutlah siap offer kereta kepada Aira. Kelihatan sebuah kereta Mercedes di garaj sebelah kiri sementara sebuah BMW dan Mini Cooper di sebelah kanan. Rupanya ada dua lagi kereta sport di tepi banglo.

Tiba-tiba Aira tertanya sendiri, masakan nak pinjamkan kereta semewah ini untuk kegunaannya? Namun okey juga. Boleh juga sesekali melaram dengan kereta mewah. Aira sudah mula pasang angan-angan.

Miss, are you okay?” tanya mat salih itu apabila Aira hanya berdiam.

“Ya…” Aira termalu sendiri apabila menyedari lelaki mat salih itu tersenyum memandangnya.

“Kereta lain ada tak?” Secara spontan Aira bertanya.

Mat salih itu merenung Aira seakan kehairanan. 

Terlupa pula Aira lelaki yang berdiri di depannya adalah mat salih. “Ops sorryActually I need a car to work, not a luxury car,” ujar Aira yang turut tersenyum dan tersipu malu.

Its okay. You can choose anyone you like,” ujarnya.

Biar betul mat salih ni? Belum sempat Aira menjawab pertanyaannya, tiba-tiba telefon Aira berbunyi. Rupanya Amy yang menelefon.

“Hah, kau kat mana Aira? Bila nak sampai?” tanya Amy.

“Nak sampai macam mana? Pakwe kesayanganku kena langgar dek kereta mat salih," kata Aira sambil menjeling mat salih itu. Alamak! Dia sedang tersenyum memandangku? Dia fahamkah dengan apa yang aku cakapkan? Sekali lagi Aira tersipu malu.

“La…macam mana boleh kena langgar? Handsome tak mat salih tu?” tanya Amy ingin tahu.

“Kau ni, nantilah aku cerita. Kau sekarang ni berada di mana sebenarnya?” soal Aira pula.

“Lama sangat tunggu kau jadi aku pergi ke Petronas dekat Seksyen 4. Lagipun telefon aku dah habis bateri, ni aku pinjam telefon orang,” terang Amy.

“Kau tunggu aku dekat situ nanti aku datang,” ujar Aira.

“Kau nak ambil dengan apa?” tanya Amy hairan.

“Ni la aku nak cerita.”

“Apa dia?” tanya Amy tidak sabar.

“Aku tak tahu la sama ada mat salih ni kurang betul atau kurang bijak,” ujar Aira sambil menoleh ke arah mat salih itu. Aduhai, rupanya dia sedang memerhati Aira. Cepat-cepat Aira berpaling ke arah lain.

“Kenapa?” tanya Amy kehairanan.

“Dia nak pinjamkan kereta dia kepada aku. Kalau kereta Wira ke, Waja ke, kira standardlah kan? Ni, dia nak pinjamkan kereta mahalan…”

“Wau! Kereta apa? Mercedes, Volvo atau BMW?” tanya Amy beria-ia.

“Macam-macam ada. Cakap saja kereta apa yang kau nak?” tanya Aira pula.

“Mini Cooper ada tak? Aku dah lama mengidam kereta tu,” tanya Amy. Aira tersenyum. Sebenarnya hanya kereta itu sahaja yang paling sesuai dengan Aira. Kecil dan tidaklah nampak terlalu mahal walau sebenarnya harganya sahaja boleh bina sebuah rumah yang cantik juga.

“Kau ni, macam tau-tau saja. Kau tunggu kat situ,” jawab Aira pantas.

Sorry, which car Miss?” tanyanya sambil mengangkat kening.

“Mini Cooper please...” jawab Aira tanpa ragu-ragu.

Sure. Wait a minute. I will take the key for you,” katanya sambil bergegas masuk ke banglonya. Aira rasa macam tidak percaya pula apabila mat salih itu hendak bagi dia pakai kereta mewahnya. Tidak risaukah kalau Aira kebas terus kereta dia? Seketika dia keluar dan menghulurkan kunci kepada Aira. Segera Aira menyambutnya.

Can I have your phone number please,” pintanya.

Sure…” ujar Aira sambil mencari kad bisnesnya namun tidak bawa pula. Terpaksalah Aira menulisnya di atas cebisan kertas kemudian menghulurkannya kepada mat salih tadi.

Thanks. I will call you when your car are ready,” janjinya sambil meneliti cebisan kertas yang Aira beri.

“Okey,” jawab Aira pendek.

Oh! Wait Miss Aira Latisha. Here is petrol card, you can use it at Petronas station,” ujarnya. Amboi, pandai pulak mat salih ni menyebut nama Aira. Tidak pelat langsung.

Thank you so much.” Nasib baik mat salih ini turut memberi kad petrol sekali, jimat duit Aira.

Are you sure you can drive Miss?” tanya mat salih itu seakan ragu- ragu pula.

Sure…” ujar Aira dengan yakin. 'Tahulah diri ini tak tinggi macam kau, tapi tak payahlah pandang rendah pula. Melampaulah tu,' desis Aira.

Dia pun bukannya tidak pernah memandu kereta Mini Cooper, siap Mercedes dan Volvo lagi tetapi kereta orang lainlah. Lainlah kalau aku mengurat mat saleh ni, bisik Aira dalam hati.

Ada hati juga si Aira dengan mat salih handsome ini. Berangan jangan tidak berangan Aira. Kita tidak akan tahu siapa jodoh kita sehinggalah tiba saat akad nikah. Selagi belum tiba saat itu, sesiapa sahaja boleh jadi calonnya. Aira tersenyum lagi.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.