Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 25

BAB 25

“Yahoo! Jerit Adrian pada Adlishah. Pantas mulut Adrian di tutup Adlishah. Staff-staff yang lain sudah memandang dua orang anak bossnya yang di tempatkan di bahagian pengurus pemasaran. Tu pun kena pantau budak dua ekor ni. Tempat Adrian dan Adlishah tak special macam abang diorang tu, ada bilik sendiri. Tempat budak sengal dua ekor ni sama je dengan staff lain. Duduk dekat luar je.

“Assalamualaikum Encik, ni ada 5 fail yang Encik berdua kena semak. Lepas tu Encik kena refer Encik Azli kalau sebarang kekeliruan” Sapa salah seorang staff

“Hah, letak situ kejap, nanti kami check” Balas Adrian. Fail dibiarkan di situ. Perbualan bersambung. Yelah, bapak kau tu tauke simen, batu bata dan besi terkaya dekat Malaysia ni, buat tak endah je budak dua ketul ni. Excited sangat nak berlumba dengan Arrian.

“Semak dulu lah fail ni. Nanti bising singa laut kat dalam bilik tu. Papa tak da nak backup kita ni” Balas Adlishah cepat bila abangnya ingin menyambung perbualan. Adrian masih lagi setia di sisi adiknya. Bukan jauh pun tempat duduk Adrian, berdepan je dengan Adlishah ni.

Memang betul, tanpa di sangka single laut tu keluar! “Hoi! Jangan fikir kau anak boss, kau boleh sesuka hati curi tulang!” Tegas suara Arrian menyapa adik-adiknya. Tersentak mereka berdua.

“Pehal kau ni, jangan fikir kau dah menang tau. Setakat jawatan naib CEO je dah nak bongkak!” Balas Adrian berani. Berombak dada Arrian bila disindir begitu.

“Korang kena sedar sikit! Korang dua orang ni lahir tak da restu dari Tok Ma dengan Tok Pa tau. Aku pewaris tunggal Shah Holdings!” Jerit Arrianshah geram. Mata-mata disekeliling sudah memandang pergaduhan 3 beradik di pejabat Shah Holdings.

“Dah lah tu, jangan nak gaduh dekat sini. Sepatutnya kau fikir, kau tu naib CEO Shah Holdings, patut beri contoh pada staf lain.” Sampuk Adlishah berani. Arrianshah tersenyum sinis.

“Kau tu yang sebenarnya tak layak duduk sini dan tak patut wujud pun dalam muka bumi ni!? Berapa sen kau nupah GRO tu jadi bini kau? Ni mesti anak-anak kawan mak kau yang GRO jugak tu kan?” Balas Arrianshah. Sengaja melempar minyak panas dalam hati Adlishah. Adlishah menahan geram. Penumbuk dikepal. Tapi disebabkan dia masih ada sifat malu dalam diri, penumbuknya tidak sampai ke muka Arrian.

“Dah lah Rian, baik kau blah jelah dari sini. Semak aku tengok muka kau ni! Yang kau tetiba datang tempat kitorang ni kenapa? Ada kitorang terhegeh-hegeh pergi tempat kau yang macam gua tu. Blah! Blah! Tahu lah aku dengan Shah nak buat kerja.” Tegas suara Adrian. Arrian hanya tersenyum sinis.

Melihat ramai mata-mata yang sudah memandang, Arrian kembali semula ke dalam bilik naib CEO nya. Bongkak! Adrian tahu adiknya sentap dengan ucapan Arrian. Suasana ceria tadi mati setelah kehadiran Arrianshah.

“Dah lah Shah. Abaikan je mamat bongkak tu. Lantak dial ah nak cakap apa.” Balas Adrian.

“Aku tak kira, sama ada kau atau aku mesti pegang jawatan CEO ni. Biar mamat bongkak tu jatuh terduduk!” Ucap Adlisahh tegas. Geram sangat dengan sikap abangnya.

Adrian sudah kembali ke tempat duduk. Fail-fail yang diberikan oleh staf tadi di check satu-persatu. Adlishah juga sudah ralit memandang fail di tangan. Hatinya meronta-ronta ingin menang dalam perlumbaan yang kadang-kadang tak masuk dek akal.

…………………………

“What Papa? Muflis? Kenapa sampai muflis?” Soal Syaza Melissa pada Dato’ Haris. Dato’ Haris dan Datin Sarina Eng hanya mampu menunduk selepas diberitahu pihak bank bahawa perniagaan syarikat tayarnya muflis kerana terlampau banyak sangat hutang.

“Papa dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Ada staff yang cuba songlap duit tanpa pengetahuan Papa, dan sekarang semuanya musnah.” Balas Dato’ Haris. Badannya direbahkan di belakang sofa. Datin Serina memegang tangan suaminya. Turut runsing dengan masalah yang menimpa suaminya.

“Habis tu Papa nak Syaza buat apa?” Soal Syaza Melissa pada Dato’ Haris. Dato’ Haris kembali menegakkan badannya. Muka puterinya di pandang.

“Mungkin Arrianshah boleh bantu kita. Lagipun kamu dengan dia kan dah lama kawan.” Dato Haris memberi cadangan.

“No Papa! Arrian tak boleh tahu yang kita muflis. Nanti dia fikir yang Syaza akan kikis harta dia.” Balas Syaza Melissa. Badannya dibangunkan dari sofa. Tangan disilangkan di perutnya.

“Kalau Syaza sanggup hidup bawah jambatan. No cars, tiada lagi rumah banglo yang kita duduk ni. Semua kemewahan kita akan hilang dalam sekelip mata. Syaza nak hilang semua tu. Pihak bank bagi kita masa 3 bulan untuk kosongkan rumah ni. Kalau Syaza masih ada rasa kesian dengan family kita, Syaza fikirlah baik-baik.” Panjang lebar Dato’ Haris berhujah.

Syaza Melissa terdiam seketika. Runsing. Otaknya ligat memikir cara untuk mengembalikan kekayaanya. Dan satu-satunya insan yang dia harapkan adalah Arrianshah, Kekasih gelapnya.

‘Kalau orang sanggup songlap duit Papa aku, kenapa aku tak boleh buat benda yang sama’ Bicara hati Syaza seraya tersenyum jahat. Kau nak songlap duit dekat Shah Holdings ke? Ni lagi satu penyamun. Baguslah! Singa laut kawan dengan penyamun!

“Papa dengan Mama jangan risau, makesure Syarikat kita yang muflis ni tak sampai ke pengetahuan Arrian. Yang lain biar Syaza yang uruskan.” Balas Syaza seraya menuju ke biliknya. Telefon bimbit yang terletak di atas katil di capai lantas dia menghantar pesanan melalui aplikasi Whats up.

……………

“Ada apa boss panggil saya?” Soal Anisah. Pembantu peribadi yang menggantikan Nurul Faqihah. Arrian memandang fail di hadapannya lantas di tutup. Muka Anisah di pandang.

“You are fired.” Ayat yang pedas tetapi bersahaja di tuturkan. Muka Anisah cemas.

“Tapi sebab apa boss. Saya ada buat perkara yang boss tak suka ke? Saya boleh perbaiki boss. Saya mintak maaf sangat-sangat” Balas Anisah cemas. Mukanya dikerutkan.

“Sebab saya tak perlukan awak lagi. Harini last awak bekerja. Awak jangan risau, saya akan bagi bonus 3 bulan bekerja walaupun awak tak sampai sebulan lagi kerja dekat sini.” Balas Arrian bersahaja.

Anisah mengangkat muka memandang Arrian. “Tapi…” Ayat pantas dipotong Arrian.

“Dah, tak da tapi-tapi. Saya ada banyak kerja ni. Awak boleh keluar sekarang.” Tegas ayat yang di tutur oleh Arrianshah. Anisah keluar semula dengan langkah yang longlai. Meja setiausahanya yang berada di luar di kemas. Tan Sri Armanshah yang baru pulang dari urusan luar terpandang setiausaha baru Arrian yang sedang mengemas semua barang-barang di atas meja. Yelah bilik CEO dengan naib CEO sebelah-sebelah je.

“Kenapa?” Soal Tan Sri Armanshah pada Kak Pah, selaku setiausaha peribadi Tan Sri Armanshah yang duduk berhadapan dengan meja Anisah.

“Kena pecat Tan Sri” balas Kak Pah ringkas. Tan Sri Armanshah hanya dapat menghela nafas panjang. Lantas kakinya singgah di meja Anisah.

“Sambung kerja dengan saya. Awak kenal Adlishah denan Adrianshah? Mulai harini saya lantik awak jadi pembantu diorang. Pastikan mereka buat kerja dengan betul. Dan awak perlu lapor pada saya setiap minggu. Boleh?” Soal Tan Sri Armanshah pada Anisah.

Anisah seperti tersedar dari lamunan. Baru tadi dia di pecat, kini dia dapat kerja semula. “Maksud Tan Sri saya boleh sambung kerja?” Soal Anisah inginkan kepastian. Tan Sri Armanshah menggangguk.

“Nanti masuk bilik saya, saya detailskan apa skop kerja awak.” Balas Tan Sri Armanshah. Giliran Anisah pula menggangguk. Kak Pah memberikan senyuman bahgaia pada gadis yang baru mempunyai anak satu itu.

Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.