BAB 4
Laju kaki Ella
melangkah keluar apabila terdengar rintikan hujan di luar. Kain-kain yang
tersidai di ampaian sebelah rumah di tarik laju oleh Ella. Kaki masuk semula ke
dalam rumah. Kain-kain yang penuh di tangan di masukkan ke dalam bakul biliknya.
Sedikitpun Pak Sakor tidak membantu. Dia lebih rela tengok TV di ruang tamu
rumahnya.
Ella melangkah
semula ke dapur. Jam didinding menunjukkan pukul 11 pagi. Pagi-pagi lagi Ella
sudah menghantar karipapnya ke gerai hujung kampong sana. Kini Ella ingin
memasak masakan tengah hari pula.
“Assalamualaikum!”
Kuat jeritan suara di halaman rumah. Ella masih tidak berganjak dari dapur.
‘Biarlah bapak pergi tengok’ Ucap Ella sendirian.
“Ella! Cuba
tengok sapa dekat luar tu.” Arah pak Sakor. Pemalas betul! Dah duduk dekat
ruang tamu nak jalan sikit pun malas! Ella menghela nafas panjang. Langkah
dilajukan juga melihat siapa gerangan yang datang ke rumahnya.
“Waalaikumsalam.
Kenapa Mat?” Soal Ella pada jiran yang duduk agak jauh dari rumahnya.
“Pihak sekolah
ada call nombor kau, tapi tak dapat katanya. Dia call bapak aku. Katanya Syaf
sakit, ada kat hospital sekarang ni” Balas Mamat. Berdegup kencang jantung Ella
setelah mendengar berita itu. Baru minggu lepas Ella berbicara pasal perkara
ini, tak sangka masin mulutnya. Mamat sudah berlalu pergi setelah memberikan
khabar tadi. Ella masuk semula ke dalam rumah.
“Bapak. Syaf
masuk hospital.” Ucap Ella sederhana perlahan. Terbangun terus Pak Sakor yang
sedang baring di hadapan TV.
“Apa kau cakap?
Syaf kat mana?” Soal Pak Sakor inginkan kepastian. Ella menarik nafasnya
perlahan.
“Siti Syafa
masuk hospital. Kita kena pergi hospital sekarang ni” Balas Ella sebiji-sebiji.
Pak Sakor sudah serba tidak kena. Ella cuba menenangkan Pak Sakor.
“Apa kita nak
buat ni Ella? Syaf macam mana? Kita nak pergi naik apa ni? Aduh pening kepala
aku! Apa kena agaknya dengan budak Syaf tu.” Bertubi-tubi soalan yang keluar
dari mulut Pak Sakor. Tahu pun nak risau! Selama ni kau duduk bersenang lenang
dalam rumah. Padan muka tu!
“Bapak jangan
risau lah, Ella nak mintak tolong Man Teksi kejap lagi.”Balas Ella seraya masuk
ke dalam biliknya. Duit simpanan yang disimpan dicelah-celah lipatan baju
dikeluarkan RM300. Ella keluar semula bersama tudung di kepala. Setelah
mengunci pintu, Ella dan Pak Sakor mengayuh basikal mengharungi gerimis dan
menuju ke rumah Man Teksi.
Setelah meminta
pertolongan dari Man Teksi, Ella dan bapanya menuju ke hospital. Perjalanan
yang mengambil masa 40 minit terasa begitu lama bagi Pak Sakor. Otaknya tak
sudah-sudah memikirkan Siti Syafa. Laju kaki Pak Sakor turun dari kereta.
“Nak mintak
tolong Pak Man tunggu sekejap, kalau macam lambat nanti saya call Pak Man suruh
balik dulu. Nah ni” Ucap Ella seraya memberikan RM 50 pada Man Teksi. Pak Man
menggangguk faham.
Ella mengejar
langkah bapanya menuju ke kaunter pertanyaan. Setelah itu mereka berjalan beriringan
menuju ke wad kecemasan. Kelihatan doctor masih lagi memantau keadaan Siti
Syafa. Pak Sakor dan Ella datang menghampiri Siti Syafa yang sedang terbaring
lesu di atas katil. Terdapat tube yang dimasukkan di celah hidung Siti Syafa.
“Penjaga
pesakit?” Soal Doktor yang merawat Siti Syafa. Pak Sakor dan Ella menggangguk.
“Boleh jumpa
saya sekejap.” Pinta Doktor tersebut. Ella dan Pak Sakor menurut. Lantas mereka
keluar dari wad kecemasan.
“Saya harap Pak
Cik dapat bersabar. Anak Pak Cik terkena strok….” Belum sempat Doktor yang
dikenali dengan nama Aisyah itu memberikan penjelasan, Pak Sakor sudah
memotong.
“Apa? Strok?
Mustahil budak baru umur 17 tahun kena strok! Biar betul doctor ni!” Ucap Pak
Sakor sedikit tegas. Tidak percaya apa yang diucapkan oleh Doktor tersebut.
“Bapak, kita
dengar dulu apa doctor cakap.” Balas Ella lembut. Pak Sakor senyap semula.
“Ye, memang
jarang kita dengar budak-budak kena strok, Pak Cik kena ingat strok ni tak
mengenal usia. Ada pembulur darah yang tak sampai dekat dalam otak anak Pak
Cik. Separuh badan dia lumpuh.” Sambung Doktor Aisyah lagi. Terduduk terus Pak
Sakor. Ella disebelah bapanya sudah memapah sedikit tubuh gempal pak Sakor tu.
“Bapak pergi
tengok Syaf dulu, biar Ella yang cakap dengan Doktor.” Lantas tubuh Pak Sakor
dipapah Ella masuk semula ke dalam wad kecemasan. Pak Sakor duduk di sebelah
anaknya. Kepala Siti Syafa di usap-usap.
“Macam mana
boleh jadi macam ni Syaf” Ucap Pak Sakor bersama tangisan yang sudah mula
mengalir di pipi. Ella dan doctor Aisyah keluar semula dari wad kecemasan
meninggalkan Pak Sakor. Tangan Siti Syafa di usap-usap oleh Pak Sakor.
“Kata Doctor
keadaan dia boleh cepat baik InsyaAllah. Pak Cik kena bagi semangat dekat dia.”
Ucap Nurse yang memeriksa tindak balas Siti Syafa. Pak Sakor masih lagi
berdiam. Muka anaknya dipandang sayu.
“Mahal ke kos
perubatan dia nurse?” Soal Pak Sakor.
“Strok ni
memerlukan masa untuk pulih Pak Cik. Mungkin ada rawatan susulan untuk
mengerakkan semula sel-sel dia yang tidur. Kita perlukan rawatan fisiotrapi untu
anak Pak Cik. Kos dia agak mahal sikit.” Balas Nurse tersebut. Pak Sakor
mengalirkan lagi air mata.
Nurse yang
memantau Siti Syafa keluar dari wad kecemasan. Ella Eddya masuk bersama langkah
yang lambat. Ella menghela nafas panjang. Airmatanya turut mengalir tanpa di
suruh.
“Simpanan yang
Ella ada, mungkin cukup untuk dua minggu je bapak. Pampers dia, susu untuk
makanan tambahan dia. Semua tak disediakan oleh pihak hospital.” Ucap Ella
lemah. Banyak betul info yang diberikan doctor Aisyah sebentar tadi.
“Aku nak kerja
apa Ella? Sapa yang nak amik aku kerja dah tua macam ni.” Balas Pak Sakor.
Padan muka! Dulu berlagak!
“Sekarang ni,
Syaf perlukan jagaan dari keluarga. Sama ada bapak atau Ella yang jaga Syaf.
Kalau bapak tak nak kerja, tak pe. Biar Ella yang kerja. Tapi bapak kena jaga
Syaf. Cuci berak semua, bapak yang kena urus.” Balas Ella. Pak Sakor meraub
wajahnya.
“Arghh!
Patutnya kau yang kena strok ni! bukan anak aku! Menyesal lah aku kutip kau
dulu. Dulu bini aku mati, ni anak aku pulak sakit. Dasar bawa sial lah kau ni!”
Marah Pak Sakor tiba-tiba. Berdegup kencang jantung Ella Eddya.
‘Dah kenapa nak
mengamuk pulak!’ Bicara hati Ella. Nurse-nurse yang berdekatan terpanggil masuk
ke dalam wad kecemasan setelah mendengar jeritan Pak Sakor.
“Ok, senang je
bapak. Kalau bapak rasa Ella menyusahkan, sekarang jugak Ella pergi” Ugut Ella
Eddya. Lantas kaki digerakkan keluar.
“Ella!” Jerit
Pak Sakor lagi.
“Hospital ni
bapak. Tak payah jerit-jerit.” Balas Ella seraya menoleh semula ke arah Pak
Sakor.
“Berani kau nak
lari! Kau sedar tak, aku yang besarkan kau selama ni! Biar aku yang jaga Syaf!”
Keputusan dikeluarkan oleh Pak Sakor. Nurse-nurse yang berada di situ terkejut
dengan sikap Pak Sakor.
“Dalam situasi
macam ni pun bapak masih nak salahkan Ella? Ella tak mintak pun semua ni Pak!
Ella tak mintak pun kena buang dekat semak. Ella tak mintak pun bapak kutip
Ella dekat semak tu. Cukuplah bapak ungkit semua benda tu. Ella dah penat nak
dengar. Sekarang ni kesihatan Syaf lagi penting!” Balas Ella sedikit tegas. Mungkin
sudah tidak sabar dengan perangai Pak Sakor.
“Maaf ye adik,
Pak Cik. Ni hospital. Harap Pak Cik dengan adik dapat bersabar dan hormat
pesakit yang lain” Ucap Salah seorang Nurse yang melihat drama yang berlaku di
hadapan mereka. Pak Sakor dan Ella tenang semula.
“Ella nak balik
rumah dulu. Nak buat apa yang patut. Nanti Ella datang sini semula.” Balas Ella
seraya melangkah keluar dari wad kecemasan. Fikirannya turut buntu dan
bercelaru. Mana nak cari duit lebih untuk tanggung kos perubatan Siti Syafa.
Sekali lagi Ella mengeluh panjang. Penat dengan nasib yang menimpa dirinya.
Langkah Ella dilajukan menuju ke kereta Man Teksi.
“Macam mana
Ella? Soal Pak Man. Ella memberikan riak muka bersahaja lantas masuk ke
bahagian tempat duduk hadapan.
“Entahlah Pak
Man. Ella tak mampu nak fikir apa-apa sekarang ni. kadang-kadang Ella fikir,
Ella ke yang kena fikir semua benda ni? Ella ke yang kena tanggung semuanya?
Ella jugak ke yang kena fikir macam mana nak cari duit?” Soalan hati Ella yang
diluahkan pada Pak Man.
“InsyaAllah
Ella. Nanti Pak Man usulkan dekat surau kampong kita tu.” Balas Pak Man. Ella
menghalakan pandangan keluar tingkap. Otaknya masih tidak dapat memproses apa
yang patut dia buat selepas ini. Sampai bila orang kampong nak bantu keluarga
mereka. Ella harus mencari jalan penyelesaian yang sepatutnya menjadi tugas Pak
Sakor. Hmmm…