Demi keadilan sebagai seorang bapa pada 3 orang anak lelaki yang
berlainan ibu, Tan Sri Armanshah mencipta satu misi pada anak-anaknya.
“Papa dah
putuskan, Ceo Shah Holdings akan di warisi kepada mana-mana anak papa yang berjaya
memberikan Papa cucu dalam masa setahun ni. Anak siapa yang lahir dulu, so dia
yang akan jadi Ceo Shah Holdings tu. Itu keputusan muktamad Papa.” – Tan Sri
Armanshah –
Berdesing telinga Arrianshah selaku putera sulung dalam keluarga itu
bila mendengar syarat dari bapanya. Lamaran tergesa-gesa terus dilakukan oleh
Arrian pada pembantu peribadi di pejapatnya demi satu muslihat. Namun dua jam
sebelum akad nikah, pernikahannya dibatalkan begitu sahaja tanpa rasa belas
kasihan pada gadis yang bernama Nurul Faqihah Isa.
“Sebab Rian
dah jatuh cinta dengan Sharmila Aqira binti Dato Arsyad.” – Arrianshah Tan Sri
Armanshah –
Nekad ingin menjatuhkan abangnya yang bongkak. Adrianshah Tan Sri
Armanshah tampil menjadi hero bagi menggantikan abangnya yang membatalkan
pernikahan secara tiba-tiba.
“Pernikahan
ni berjalan, Cuma kita tukar pengantin lelaki je” –
Adrianshah Tan Sri Armanshah –
Demi membalas hinaan abang sulungnya, Adlishah Tan Sri Armanshah
juga tidak melepaskan peluang berlumba dalam misi bapanya. Lamarannya ditolak
serta merta hanya kerana dirinya bertitlekan ‘anak luar nikah’. Adlishah
pasrah! Ella Eddya muncul saat hati Adlishah resah memikirkan masa depannya. Pertemuannya
secara tiba-tiba di Prince Rooftop, memberi sinar baru dalam hatinya.
“Kau anak
pungut, aku anak luar nikah. Apa kata kau nikah dengan aku” Adlishah Tan Sri
Armanshah.
Perlumbaan bermula!! Siapakah di antara mereka yang berjaya merebut
takhta Shah Holdings dalam masa setahun ini? Semuanya dalam Nikah Asal Boleh!
“Kau dah sedia ke nak buat anak? Aku takut
lah.” – Adlishah Tan Sri Armanshah -
“Tak payah takut. Bila dah jumpa perempuan,
kita perlu berani. Secara automatic akan terhasilnya perkara-perkara
sedemikian. Dah kau jangan pikir lagi. Tak kan aku nak bagi tutorial pulak
dekat kau.” –Adrianshah Tan Sri Armanshah-
-COMING SOON-