Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 19

BAB 19

“You looks so beautiful. Bertuahnya I dapat you. Bersyukur sangat” Ucap Arrianshah di tempat persalinan dewan besar yang menempatkan majlis akad nikah anak Tan Sri Armanshah dan Dato Arsyad. Sharmila tersenyum manis pada wajah suaminya.

“Thank you. I pun bersyukur sangat sebab you sanggup pilih I untuk jadi isteri you” Balas Sharmila. Sama cantik sama padan. Sharmila mengenakan baju kebaya putih dan diletakan selendang di atas kepalanya. Arrianshah pula mengenakan baju melayu moden yang berwarna putih untuk malam yang bersejarah ini.

“Just wait for only one hour. And you will be mine. I love you” Balas Arrianshah. Tangan bakal isterinya dikucup. Pintu bilik persalinan di ketuk. Selang beberapa minit, Mak andam yang menyolekkan kedua-dua pengantin masuk ke dalam.

“Pengantin lelaki dah boleh bersedia dekat pelamin” Ucap Mak Andam tersebut. Muka perempuan, sekali keluar suara jantan! Arrian hanya menggangguk dan keluar dari bilik persalinan. Arrian berjalan menuju ke dalam dewan. Penuh dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak. Baru majlis nikah je ni, nanti resepsi lagi penuh agaknya.

Arrianshah duduk di atas tempat khas untuk akad nikah sebentar lagi. Cantik pelamin yang dipasang. Semuanya warna putih bersih. Cuma satu je yang kotor! Tu hati Arrian tu! Patutnya kena Clorox bagi putih! Kelibat Tok Kadi sudah kelihatan. Entah kenapa Arrian gementar untuk menghadapi saat ini, sedangkan semuanya adalah satu kepura-puraan.

……………

“Alah, janganlah pakai tudung ni, macam kak limah jual kuih je. Pakai lah tudung yang pusing-pusing tu. Pakai tudung macam Neelofa, ha! Baru cantik” Ucap Adrianshah pada isterinya. Keningnya diangkat berkali-kali. Faqihah membuat muka menyampah.

‘Mengada betul! Suka hati je cakap macam muka kak limah jual kuih’ Faqihah bermonolog dalam hatinya.

“Yelah-yelah.” Balas Faqihah ringkas. Adrian tersengih. Smart baju kemeja yang dipakai oleh Adrianshah. Baju kemeja warna biru bersama dengan seluar jeans. Matanya di halakan pada Faqihah yang sedang melilit tudung biru muda di kepalanya. Juba hitam bermanik biru menyerlahkan lagi kecomelan pasangan itu.

“Dah jom!” Ajak Faqihah. Adrianshah terpana sekejap melihat wajah bujur isterinya. Faqihah sudah tersenyum. ‘Hish budak ni!’ Omel Faqihah perlahan.

“Adrian, nak pergi ke tak?” Soal Faqihah pada Adrian yang masih memandang wajahnya. Adrian tersedar lantas bangun dari katil. “Jom” Ajak Adrian.

“Macam takut pulak nak bawak awak pergi sana” Ucap Adrian tiba-tiba sewaktu Faqihah masuk ke dalam kereta. ‘Dah kenapa pulak dia ni’ Soal hati Faqihah.

“Takut sebab?” Soal Faqihah berani. Kereta Adrian sudah meluncur laju di jalan raya.

“Sebab nanti kalau abang saya tengok awak, takut dia tak jadi nikah pulak dengan Sharmila tu.” Balas Adrian jujur. Mukanya dikerutkan. Faqihah tergelak. ‘Cantik sangat ke aku?’ Soal hati Faqihah.

“Sebab apa pulak awak nak takut? Awak suka dekat saya?” Soal Faqihah berani. Adrian terdiam. ‘Suka? Aku suka Aqih ke? Bila?’ Soal hati Adrian pula.

“Bukan tu, yelah, awak tu isteri saya. Awak jangan main-main, saya ni suami tau. Saya bertanggungjawab ke atas awak” Balas Adrian. Sekali lagi Faqihah tergelak.

“Yelah Encik Suami, tulah, tadi saya nak pakai tudung kak limah jual kuih awak tak bagi.” Ujar Faqihah bersama bibir yang dijuih sedikit. Adrian tersenyum. Terbit rasa sayang pula dengan Nurul Faqihah.

“Saya dengan Arrian, awak suka sapa?” Soal Adrian tiba-tiba. Teringin tahu isi hati Faqihah. Faqihah terdiam. Nak jawab bohong ke betul.

“Kalau abang Rian usya awak lagi, awak terima dia tak?” Soal Adrian lagi. Faqihah terkedu.

“Errr… Hati saya tengah usaha untuk cinta insan yang sememangnya halal untuk saya. Buat apa saya nak fikirkan perkara yang dah berlalu. Bukan ke saya pun tengah bina bahagia sekarang ni.” Jawab Faqihah tersirat. Adrian tersenyum lagi. Perjalanan di teruskan. Bahagia lettu dengan jawapan Nurul Faqihah!

…………………

Adlishah menunggu kelibat Ella Eddya di bawah. Ella masih lagi bersiap di dalam dalam rumah rooftop. Suka hati je cakap Ella Eddya ada hutang dengan dirinya pasal kes tuduhan merompak tu. Pastu ugut nak bagitahu Tan Sri Armanshah kalau Ella tak nak teman malam pernikahan abangnya. Adlishah menyandarkan dirinya di kereta MyVi miliknya. Derapan langkah Ella menghentikan tangan yang asyik scroll twitter je.

Cantik! Terbit perkataan tu dari bibir Adlishah. Jubah abaya moden yang berwarna merah hati serta bermanik hitam dipakai bersama shawl hitam. Baju khas yang dibeli oleh Adlishah sendiri. Adlishah terpana saat Ella meniti satu persatu anak tangga. Ella berhenti betul-betul di hadapan Adlishah. Adlishah seperti diserang sawan angau. Masih lagi dibuai lagu-lagu cinta dalam hatinya.

“Hoi!” Jerit Ella sedikit kuat. Adlishah mati dari lamunan lantas pintu kereta penumpang hadapan di buka untuk Ella. Ella melangkah masuk ke dalam. Adlishah masih lagi senyap. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Radio di pasang sebagai periuh suasana. Lagu sudirman bermain di corong radio.

Milik siapakah gadis ini, wajah lembut bagaikan sutera

Ingin hatinya kumiliki, Apakan terdaya? Adakah kan terdaya?

Nyanyian lagu sudirman seolah –olah bermain dalam hati Adlishah yang baru sahaja terpikat dengan gadis di sebelahnya. Sekejap sahaja kereta yang di pandu Adlishah sampai ke perkarangan dewan besar. Adlishah memarkir keretanya di bahagian reserve parking untuk keluarga. Ella membuka pintunya dan melangkah keluar. Game diteruskan. Pantas tangan Ella dipimpin. Ella menarik kasar.

“Eh! Apa pegang-pegang ni?” Marah Ella. Mukanya dikerutkan. Adlishah tersenyum.

“Alah pegang sikit pun tak boleh, tak luak pun. Tangan je.” Balas Adlishah mempertahankan dirinya. Ella menjeling menyampah.

“Lagi bagus pegang ba alif bay ya. Boleh samak guna air tanah. Kalau aku pegang tangan kau nak samak pakai apa? Air mata air?” Balas Ella tidak mahu mengalah.

“Kau samakan aku dengan ba alif ba ya? Suka hati kau je!” Marah Adlishah yang tidak mahu mengalah juga.

“Arghh dah-dah, ada je nak cari pasal dengan aku. Tangan aku, suka hati aku lah nak kasi sapa pegang. Tangan ni mahal tahu tak? Orang tertentu je boleh pegang.” Balas Ella Eddya. Lantas matanya menjeling pada Adlishah. Adrian dan Faqihah jalan berpimpin tangan. Kelibat adiknya dipandang bersama seorang wanita. Langkah dilajukan menuju di hadapan dewan besar itu.

“Wei!” Tegur Adrian pada Adlishah. Adlishah menoleh Adrian dan isterinya yang saling berpegangan tangan. Lantas Adrian mengangkat tangan yang memegang tangan isterinya.

“Kau nak pegang macam ni?” Soal Adrianshah bersama gelak tawanya. Faqihah sudah malu disebelah. Perangai tak matang suaminya di layan juga. Adlishah membuat muka selamba.

“Yang kau gaduh dengan budak ni kenapa? Kau nak sangat pegang tangan dia, kau nikah jelah dengan dia. Tengok macam aku. Sepanjang perjalanan tadi dapat pahala sebab pegang tangan bini sendiri. Kau tak leh pegang lagi. Dosa tau tak?” Sambung Adrian. Tak pasal-pasal jadi penceramah bebas pulak malam ni. Ella yang masih belum faham dengan situasi di hadapannya hanya mendiamkan diri.

“Dah jom masuk” Ajak Adrian pada mereka semua. Adrian melangkah masuk bersama isterinya. Ella masih diam di luar bersama Adlishah.

“Just hold my clutch bag” Ucap Ella seraya menghulur sedikit hujung clutchnya pada Adlishah.

‘Clutch pun clutclah, yang penting kena nampak romantic’ Bicara hati Adlishah seraya memegang hujung clutch Ella dan masuk ke dalam dewan dan duduk di bahagian tempat duduk yang di khaskan untuk keluarga.

Hanya dengan satu lafaz, Arrianshah kini bergelar suami pada Sharmila Aqira. Scene pembatalan air sembahyang dilakukan di atas pelamin. Masing-masing yang tengok semua rasa ‘Aww sweet’ padahal penuh muslihat. Arrian dan Sharmila turun dari pelamin untuk bersalaman dengan ahli keluarga masing-masing.

Tiba giliran Adrianshah untuk bersalaman dengan abangnya. Faqihah hanya menundukkan wajah. Perasaanya sukar ditafsir. Sharmila pula menghulur tangan pada Faqihah bersama senyuman. Salam bersambut. Faqihah memberi sedikit senyuman. Adrian bersalaman dengan abangnya lantas berpelukan.

“Race start, and Im always win!” Bisik Arrian pada adiknya. Adrian tidak membalas. ‘Bajet betul mamat ni, geram pulak aku!’ Jerit hati Adrian. Langkah Arrian dan isterinya menuju ke tempat Adlishah dan Ella pula.

“Cantik jugak budak ni? Berapa ratus kau upah?” Soal Arrian tanpa fikir perasaan adiknya. Ella hanya mendiamkan diri. Tangan yang di hulur oleh Sharmila di sambut bersama senyuman.

“Tak perlu upah, dia memang ikhlas sayang dekat aku. Tak kisah pun yang aku ni anak luar nikah. Sebab bagi dia, cinta tak pandang sejarah silam. Cinta perlukan hati dan perasaan” Balas Adlishah. Kan dah cakap tadi, game start.

Ella hanya mendiamkan diri mendengar lakonan dari Adlishah. Cuma otaknya ligat berfikir, ‘anak luar nikah? Sama macam aku ke? Tapi aku campur anak pungut sekali’ Ella berbicara dalam hati. Sharmila tersentak dengan ayat yang ditutur Adlishah. Tahu ayat tu dituju khas untuk dirinya. Selamat pengantin baru!

Selesai sahaja bersalaman mereka menjamu sedikit jamuan yang disedikan. Mereka semua duduk bersama-sama di meja bulat yang di penuhi makanan. Ella perasan saedati tadi dirinya diperhatikan oleh Tan Sri Armanshah. Ingin bertanya pada Adlishah tetapi budak sengal tu dah keluar sekejap dengan Adrian, entah buat apa agaknya.

“Nurul Faqihah” Ucap Faqihah yang duduk selang satu kerusi dari Ella Eddya. Ella membalas salam yang di hulur.

“Ella Eddya” Balas Ella bersahaja. Ella dan Faqihah kembali diam. Masing-masing hanya mendengar perbualan Tan Sri Armanshah bersama dengan besan barunya.

Adrian dan Adlishah keluar dari dewan dan berdiri di celah-celah pokok. Kelihatan ramai tetamu yang sudah bergerak pulang. Adlishah dan Adrianshah masing-masing tengah geram dengan butir percakapan abangnya sebentar tadi. Terus sentap dua ekor budak sengal ni.

“Mamat tu memang kurang ajar wei! Ingat dia je ke keturunan Shah!” Marah Adrianshah bersama penumbuk yang di kepal. Si Arrian tu lah, dia cakap budak dua ekor ni tak layak lahirkan keturunan Shah, cukuplah sampai mereka sahaja.

“Kau lah kena bertindak, kau dah nikah. Aku belum lagi” Ucap Adlishah bersahaja.

“Tak kan aku sorang, tu budak yang kau bawak tu. Try lah sikit” BAlas Adrian bersungguh. Memang asal boleh je diorang ni. yang penting dapat anak.

Perbualan mereka terhenti bila ternampak Faqihah dan Ella keluar beriringan. Lama sangat berbual sampai Ella dan Faqihah mencari pasangan masing-masing. Adlishah dan Adrian kembali ke parkir kereta. Adrian hanya membuat isyarat call pada adiknya. Macam-macam hal budak-budak ni!

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.