BAB 29
“Abang nak
keluar lagi ke? Banyak sangat ke kerja ofis tu bang?” Soal Sharmila pada Arrian
yang sudah bersiap-siap ingin berjumpa kekasih gelapnya.
“Haah sayang.
Abang sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan sayang. Tapi benda ni penting.
Ke sayang nak ikut abang? Tapi kalau sayang ikut pun, nanti sayang mesti
bosan.” Balas Arrianshah seraya menghampiri isterinya yang sudah bersandar di
belakang katil. Sharmila memberikan senyuman paling manis untuk suaminya.
“Tak pelah,
Shar Cuma tanya je. Shar percayakan abang. Semoga Allah jagakan hati abang
untuk Shar.” Balas Sharmila ringkas. Baik je Sharmila ni sebenarnya. Cuma kau silap!
Kau tolak permata dan kau pilih buaya tembaga talam dua muka ni!
Arrian mengucup
tangan Sharmila. “You are always my angel in my eyes and ofcourse in my heart”
Sweet betul Ayat Arrianshah ni. Rasa nak lempang-lempang!
Sharmila
menguak sedikit rambut suaminya. “Dah, cepatlah pergi, nanti tak siap karang
kerja tu. Love you.” Balas Sharmila. Arrianshah sudah tersenyum penuh makna.
‘Aku kesianlah
tengok perempuan bodoh ni! Cepatlah mengandung, pastu beranak! Aku tak sabar
nak ceraikan kau! Aku pun tak sanggup nak main cinta monyet ni.’ Bicara hati
Arrianshah. Kakinya melangkah keluar setelah memberikan senyuman paling manis
untuk isterinya.
Jam sudah
menunjukkan pukul 10 malam. Langkah Arrian terhenti bila Tok Pa nya memanggil.
“Nak kemana
Rian?” Soal Tan Sri Akhilshah.
“Keluar kejap
Tok, jumpa kawan.” Balas Arrian bersahaja. Tan Sri Akhilshah menggeleng kepala.
Ingatkan dah nikah, dah tak keluar malam. Makin kerap pulak dia keluar.
“Asyik tinggal
Sharmila je. Kesian budak tu.” Ucap Tan Sri Akhilshah lagi. Arrianshah merapati
Tok Pa nya. Bahu Tok Pa nya di peluk.
“Kawan Rian ada
buat birthday party. Shar dia tak nak ikut. Tok Pa jangan risau lah. Shar ok je
tu” Balas Arrianshah. Setelah itu langkah dilajukan meniti anak tangga. Tan Sri
Akhilshah hanya menggeleng kepala. Dah sayang sangat! Tak sedar budak tu tengah
pijak kepala kau!
Kereta
Arrianshah masuk ke perkarangan Impiana Hotel. Tempat yang dijadikan lubuk khas
untuk Arrian dan Syaza Mellissa membuat maksiat. Kereta diparkir di bahagian
parkir vip. Arrianshah turun dari kereta. Syaza Melissa pula sudah tunggu di
dalam bilik hotel.
Langkah
Arrianshah yang masuk ke dalam Impian Hotel di perhatikan oleh Razak, sahabat
serumah Adrian. Jam di tangan di kerling. 11 malam.
‘Kalau Adrian
tahu ni, mesti dia tak senang duduk. Abang kau siap tempah hotel wei’ Bicara
Razak sendirian. Razak keluar setelah berjumpa dengan rakannya dari luar Negara
yang kebetulan menetap di hotel tersebut.
Panggilan
telefon dari Razak di angkat oleh Adrianshah di ruang tamu rumah Prince rooftop.
Adlishah dengan Ella ada dekat atas. Faqihah pulak masih sibuk di dapur. Ni
budak Adrian ni nak makan keropok ikan goreng.
“Hah kenapa?”
Soal Adrian yang sedang menyandarkan diri di atas sofa. Tangan kanan memegang
telefon bimbit. Tangan kiri memegang telefon.
“Tu aku
terperasan abang kau, siap tempah hotel nak bermalam dengan bini dia. Kau tu
dah ke belum?” Balas Razak. Terdengar suara Razak ketawa di hujung talian.
Adrianshah menggaru kepala.
“Alamak, serius
ke weh! Tak boleh jadi ni. Tak kan dia tak balik rumah Tok Pa, sia-sia
rancangan aku suruh Mak Jah letak pil perancang tu.” Balas Adrianshah risau.
“Ha, tulah kau.
Kau yang dah nikah dulu, patutnya tu bonus untuk kau. Tak pasal bini abang Rian
kau tu yang bunting pelamin dulu. Sia-sia je kau nikah awal” Balas Razak.
Sengaja membuat Adrianshah runsing.
“Ye, ok-ok.
Nanti aku bincang dengan Shah. Kau tolonglah doa, jangan bagi akak ipar aku tu
mengandung dulu. Ok bye, aku nak jumpa Shah.” Balas Adrian seraya meletakkan
telefon bimbitnya.
Faqihah keluar
dari dapur. Suaminya yang berjalan mundar-mandir di ruang tamu, membuatkan
Faqihah pelik.
“Adrian…”
Panggil Faqihah yang membawa keropok di dalam bekas plastik. Adrian tersedar.
Muka isterinya di pandang. ‘Nak cakap macam mana ek dengan awak? Kalau saya
cakap nanti, awak cakap saya gila pulak’ Bicara hati Adrian.
“Saya nak naik
rooftop kejap, nak jumpa Shah.” Balas Adrian. Makin pelik Faqihah melihat
suaminya. Bekas plastik yang berisi keropok di letakkan di atas meja ruang
tamu.
“Awak ni
kenapa? Cuba awak cakap dengan saya, apa yang tak kena. Lepas awak angkat call
tadi, awak terus runsing macam ni. Ada masalah dekat ofis ke?” Soal Faqihah
yang cuba menyelami masalah suaminya. Adrian menggaru kepala lagi.
“Emmm… Nak
cakap macam mana ek, ok tak pe, saya bincang dengan Shah dulu k. Nanti saya
turun.” Balas Adrianshah seraya keluar dari rumah. Tangga luar yang menghala ke
rooftop di panjat Adrian. Langkahnya termati bila melihat Ella dan Adlishah
tengah berbual.
Seperti biasa,
Ella duduk di kerusi malas dan Adlishah duduk di atas kerusi pelastik
bersebelahannya. Masing-masing memandang langit.
“Kau nak tau
tak Ella?” Soal Adlishah. “Kenapa?” Balas Ella bersahaja.
“Aku selalu
fikir hidup ni tak adil. Aku selalu pertikaikan kenapa mesti aku yang lahir sebagai
anak luar nikah? Aku nak jugak kesempurnaan macam orang lain.” Balas Adlishah.
Ella menoleh suaminya yang masih memandang langit, lantas Ella tergelak kecil.
“Bukan kau
sorang fikir macam tu, aku pun. Tapi yang buat aku kuat ialah,aku tak tengok
orang yang hidupnya lebih senang dari aku, aku selalu fikir orang yang hidupnya
lebih susah dari aku. Dari situ aku dapat fikir, oh! Ada lagi manusia yang
Allah uji lagi hebat dari aku, kenapa aku sebagai hambaNya tak nak bersyukur
dengan apa yang Dia beri.” Balas Ella bersama senyuman di bibir.
“Bagusnya
pemikiran kau Ella. Aku tak macam tu Ella, Aku kuat sebab dulu aku ada ibu. Ibu
yang selalu bagi aku semangat. Ibu yang selalu bagi aku nasihat. Aku kuat sebab
aku ada Adrian yang selalu back up aku masa sekolah dulu. Cuma sekarang ni,
bila aku hilang kasih ibu tu, aku jadi lost sekejap. Kadang-kadang aku jadi
malas nak berusaha. Aku serahkan je semua pada takdir.” Panjang lebar Adlishah
berhujah.
‘Ah cukuplah
drama diorang ni, aku ada misi penting ni. Ya Allah kalau malam ni memang
terjadi sesuatu pada Rian dan isteri dia, aku mohon Ya Allah, kau janganlah
bagi dia anak dulu. Amin…amin…amin…’ Sempat lagi Adrian berdoa dalam hati.
Kakinya
dilajukan sampai ke aras Rooftop. “Hoi! Amboi, sedapnya bermadu kasih. Tahulah
baru kahwin. Siap pandang bintang bagai. Kau ingat sweet” Jerit Adrian bersama
gelak tawanya. Ella dan Adlishah sudah terbangun.
‘kacau daun lah
mamat ni. hish geramnya aku!’ Bicara hati Adlishah. “Hah, kau nak apa? Bini kau
ada kat bawah sibuk je. Macam dah tak da masa lain kau nak jumpa.” Balas
Adlishah. Sengaja nadanya di marahkan. Ella hanya tergelak melihat gelagat dua
beradik tu.
Adrian
tersengih. “Ella, Aqih panggil turun bawah sekejap.” Balas Adrian. Entah bila
masa Faqihah panggil agaknya.
“Oh ea? Ok aku
turun kejap.” Balas Ella seraya melangkah turun ke bawah melalui tangga di
bahagian luar. Tangga kat dalam tu dah kena kunci luar dalam. Yelah, kan dah
ada dua pasangan.
Ella melangkah
turun ke bawah dan menolak daun pintu. Faqihah masih setia di ruang tamu. “Eh,
ingat Adrian tadi” Ucap Faqihah seraya bangun dari sofa ruang tamu. Jam sudah
menujukkan pukul 1.00 pagi. Masing-masing tak tidur lagi.
“Kata Adrian,
akak nak jumpa Ella, tu yang Ella turun ni.” Balas Ella pelik. Faqihah turut
pelik.
“Mana ada,
Adrian tu saje je. Dia nak jumpa Shah lah tu. Entah apa yang dia nak di bualkan
tu” Balas Faqihah. Masing-masing sudah berfikir bukan-bukan.
“Entah-entah
diorang ada perempuan lain tak kak?” Soal Ella yang sudah duduk di atas sofa.
Dada Faqihah berdegup kencang.
“Tak boleh jadi
ni Ella, kita ni isteri, kita kena tahu apa yang diorang buat.” Balas Faqihah
semangat.
“Jom kak” Ajak
Ella. “Gi mana?” Tanya Faqihah. “Akak senyap je, jom kita main skodeng-skodeng.
Tak salah kak, dia tu suami kita, kita Cuma nak tahu apa motif diorang je”
Balas Ella semangat.
Ella dan
Faqihah berjalan keluar dari rumah. Perlahan-lahan tangga menuju ke rooftop di
daki. Sampai ke anak tangga yang mereka boleh dengar perbualan Adrian dan
Adlishah, kaki mereka dihentikan. Telinga di pasang. Macam-macam hal!