BAB 27
“Kitorang dah
ojus sapa yang tidur rooftop, sapa yang tidur rumah bawah. Aqih jangan risau,
kita dapat rumah bawah.” Ucap Adrian semangat. Pelik bila suaminya cakap ada
pasangan lain yang akan duduk serumah dengan mereka.
“Maksud awak ada
dua rumah ke?” Soal Faqihah yang masih belum pernah melihat Prince Rooftop.
“Ye, ada dua
rumah. Yang bawah tu memang rumah betul. Rumah tu rumah kesayangan ibu, dulu
kitorang kecik-kecik, kitorang selalu duduk rumah tu.” Jelas Adrianshah pada
isterinya. Air orange di atas meja di ambil dan di hirup. Harini genap sebulan
diorang nikah. So, Adrian ni pergi makan-makan dengan Faqihah sebab nak
merayakan genap sebulan mereka bernikah.
“Saya tak
kisah, ikut awak lah. Lagipun kalau saya sorang ada jugak kawan. Esok kan
diorang nikah?” Soal Faqihah lagi. Adrian sudah menyua chicken chop kedalam
mulutnya.
“Haah, Esok
nikah dekat rumah Papa. Kami buat kecik-kecik je. Tok Pa, Tok Ma dan Rian
memang tak kan datang pun. Saya nak tanya awak ni.” Sambung Adrian lagi. Faqihah
menghirup air di hadapnnya. Muka suaminya yang berselera tu di pandang.
“Apa?” Soal
Faqihah ingin tahu.
“Boleh tumpang majlis
Shah dengan Ella masa majlis resepsi kita nanti. Ikutkan Shah dia memang tak
nak pun. Tapi saya rasa kesian dengan dia” Ucap Adrian. Faqihah tersenyum
‘Ingat apa tadi’ Bicara hati Faqihah.
“Dengan senang
hati. Saya ok je. Lagipun saya kesian tengok adik awak tu.” Balas Faqihah
jujur.
“Budak tu
memang kesian pun. Ibu dah pesan dekat kami berdua, supaya saling melindungi,
saling menyayangi. Kalau sedih, sedih sama-sama. Kalau bahagia, bahagia
sama-sama” Sambung Adrian. Faqihah tersenyum. Pantas tangan Adrian dipegang.
Entah kenapa. Adrian terkejut lantas memandang isterinya.
“Rindu ibu?”
Soal Faqihah yang dapat menangkap isi hati Adrian. Adrian senyap. Chicken chop
yang masih bersisa di sua ke dalam mulut.
“Sebak sikit,
sebab ibu tak dapat tengok kami nikah.” Balas Adrian ringkas. Sebak di dada di
tahan.
“Ibu awak
tengah bahagia tu sebab dapat anak macam awak dengan Shah. Dah jomlah balik”
Ajak Faqihah bila melihat pinggan Adrian sudah licin. Mereka berjalan seiringan
keluar dari kedai makan. Faqihah tidak menyambung perbualan tadi. Tahu suaminya
sebak. Comel je Adrian ni sedih-sedih. Alahai…
…………………………
“Abang ada
urusan syarikat ni sayang. Abang mintak maaf sangat-sangat dengan sayang. Abang
rindu sangat dengan sayang ni. Nak balik, tapi…” Ucap Arrian di telefon
bimbitnya. Syaza yang berada di sebelah Arrian mengelus-elus tangan kekasih
gelapnya. Buat apa lagi diorang ni kalau bukan buat maksiat!
“Its okay abang, Shar faham. Abang jangan risau k.
Miss you too.” Balas Sharmila dihujung talian. Panggilan dimatikan.
Syaza dan Adrian sudah berpelukan di atas katil. Hotel yang sememangnya menjadi
tempat pemuas nafsu mereka berdua.
“You ok ke I
yang jadi secretary you, I bukan apa, I Cuma rasa yang sejak you nikah ni, I
rasa macam jauh dari you” Ucap Syaza Melissa lembut. Padahal penuh muslihat!
Arrianshah
tersenyum pada Syaza. Pipi Syaza dikucup manja. “I will do anything for you
sayang. Sebab hanya you dalam hati I” Balas Arrian lembut.
“Ye you, hanya
you jugak dalam hati I, Cepat-cepatlah you dapat anak dengan dia. I dah tak
sabar nak suruh you ceraikan dia. Tiba-tiba I cemburu you bersama dengan dia” Ucap
Syaza. Bibirnya di muncungkan
‘hah! Tak da
maknanya sekarang ni kau tu ada dalam hati aku, aku nak duit kau je Rian! Duit
boleh beli segalanya!’ Jerit hati Syaza Melissa.
Arrian mencuit
sedikit bibir Syaza yang dimuncungkan. “hey…hey… kenapa ni, I just gunakan
badan dia je. Tapi dengan you, I beri semuanya. Tak payah nak jelous lah
dengan, you dengan dia tu ibarat langit dengan bumi tau. Jauh beza.” Pujuk
Arrian. Syaza kembali tersenyum.
“I nak masuk
toilet kejap. You jangan pergi mana-mana tau.” Ucap Syaza seraya turun dari
katil. Arrian sudah tersenyum bahagia. Entah apa yang di bahagiakan sangat buat
maksiat tu! Ada yang halal nak jugak yang haram! Dasar lelaki tak guna!
Jam sudah
menunjukkan pukul 9.00 malam. Telefon bimbit Arrian berbunyi. “Nak apa lagi lah
Papa ni!” Jerit Arrian. Butang jawab di tekan.
“Ye pa…” Balas
Arrian malas. Badan di turunkan di atas katil dan duduk di atas sofa
berdekatan. Syaza yang baru keluar dari bilik air menerima arahan senyap dari
Arrian.
“Esok Papa ada buat kenduri nikah adik kamu dekat
rumah Papa.” Balas Tan Sri Armanshah.
“Rian tak da
adik luar nikah Pa, Tak payahlah Papa nak paksa Rian, Rian tak kan datang pun.
Lantak lah dia nak nikah ke! Nak pergi jahanam ke? Kalau pergi jahanam lagi
bagus!” Balas Arrian bersahaja.
“Arrianshah! Jangan jadi kurang ajar!” Jerit Tan Sri
Armanshah di hujung talian. Arrian menjauhkan sedikit telefon bimbitnya bersama
senyuman sinis. Syaza hanya memerhati dari atas katil.
“Papa jangan
nak cakap Rian kurang ajar. Papa tu patut ajar diri Papa dulu, tu anak luar
nikah Papa tu? Buat maksiat dengan GRO? Apa semua tu Pa? Layak ke Papa nak
nasihat Rian?” Balas Arrianshah bongkak. Terdengar keluhan kecil Tan Sri
Armanshah di hujung talian.
“Dah lah Rian, ikut
kamu lah nak datang ke tidak.” Panggilan terus di matikan oleh Tan Sri Armanshah.
Tubuh di hempas di atas sofa. Adlishah hanya memandang sayu wajah Papanya.
“Shah ok je Pa,
yang penting Papa ada dengan Shah.” Ucap Adlishah yang turut berada di situ.
Orang-orang gaji mereka yang lain hanya mampu memerhati dari jauh perbualan dua
beranak tu.
“Shah memang
dah fikir masak-masak ke dengan budak Ella tu?” Soal Tan Sri Armanshah.
Adlishah memberikan senyuman untuk Papanya. Nampak muka Tan Sri Armanshah risau
disebabkan Ella anak pungut.
“She is a nice
girl Pa, InsyaAllah. Papa doakan yang kami juga boleh bahagia. Dia pun sama
macam Shah. Kami tak pernah minta untuk dilahirkan dalam keadaan yang begitu.
Tapi kami masih bersyukur sebab Allah ada perancangan yang tersendiri untuk
kami.” Balas Adlishah meyakinkan bapanya. Tan Sri Armanshah meraub wajahnya.
“Ni semua salah
Papa, Papa memang tak layak jadi contoh untuk kamu semua.” Ucap Tan Sri
Armanshah. Susah nak satukan Arrian dan lain-lain. Salahnya juga sebab berikan
Mama dan Papanya yang mengambil alih tugas penjagaan setelah isterinya pertamanya
meninggal.
“Dah lah Pa,
yang dah berlalu tu biarkan. Shah dengan Adrian sebenarnya tak faham apa motif
Papa nak buat game ni, sedangkan Papa tahu kami berdua tak berminat pun jawatan
CEO tu. Abang Rian lagi layak sebab dia lebih arif pasal selok belok syarikat.”
Soal Adlishah ingin tahu. Kopi di atas meja di hirup Tan Sri Armanshah.
“Ada dua sebab.
Tapi satu je yang Papa boleh bagitahu dekat kamu. Sebab pertama, Papa nak
satukan kamu. Papa nak kamu bercakap dengan Arrian. Papa nak kamu ambil tahu pasal
keadaan masing-masing. Walaupun alasan kamu ambil tahu tu sebab kamu nak
berlumba. Arrian membesar tanpa kasih ibu. Dia terlalu dimanjakan oleh Tok Pa
dengan Tok Ma sebab tu perangai dia macam tu.” Balas Tan Sri Armanshah.
Adlishah
berfikir sejenak. Betul juga kata-kata Tan Sri Armanshah. Selama ni mereka mana
pernah berbual. Kalau jumpa pun asyik gaduh je! Boleh baik ke diorang ni dengan
cara Tan Sri Armanshah ni. Macam makin parah je!
“Tapi cara papa
ni lagi buat Abang Rian tak berpuas hati da nada je benda yang dia nak gaduhkan
dengan kami” Soal Adlishah lagi. Tan Sri Armanshah sudah menduga soalan dari
anaknya.
“Kan Papa dah
cakap tadi, tu je cara Rian nak ambil tahu pasal adik-adik dia. Mesti dia sibuk
lepas ni kalau kamu yang dapat anak dulu. Mana tahu rezeki dapat anak tu dapat
dekat kamu dengan Ad, mesti dia akan berbaik-baik dengan kamu sebab nak kan
title CEO tu. Papa dah tak boleh fikir lagi macam mana nak baik kan kamu dengan
abang kamu tu” Balas Tan Sri Armanshah panjang lebar.
Adlishah bingung.
‘Betul ke apa Papa buat ni? Arrian akan berbaik dengan kami kalau kami dapat
anak dulu?’