Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 35

BAB 35

“Macam mana ni Shah? Tak leh caya lah tutorial Ajaq tu. Tak boleh jadi ni” Ujar Adrian yang mula berjalan ke tempat Adlishah. Adlishah masih memfokuskan matanya ke arah screen computer.

“Rileks, meh sini tengok.” Arah Adlishah seraya menunjuk screen komputernya.

“Kacip Fatimah?” Soal Adrian pelik. Adlishah mengangguk. “Kau ikut tutorial aku pulak. Menurut info dalam ni, Kacip Fatimah dapat meningkatkan tenaga dalaman wanita” Balas Adlishah. Adrian masih terpinga-pinga lagi.

“Maksud kau, lepas minum kita tunggu je bini kita datang” Balas Adrian polos. Adlishah memikir sejenak.

“Haah, kau tak tengok je iklan dalam TV tu. Kita tunggu je sampai diorang datang.” Balas Adlishah. Adrian menggangguk tanda bersetuju dengan cadangan adiknya.

“Habis tu macam mana nak suruh diorang minum?” Soal Adrian lagi. Adlishah mengetik jari di sebelah kepalanya.

“kacang…” Ayat yang ingin ditutur tidak habis bila Anisah menghampiri meja mereka.

“Hah! Apa lagi korang ni. Dah jom jumpa client. Tak habis-habis borak je.” Marah Anisah. Adrian dan Shah hanya tersengih.

“Alah akak ni, kacau daun je. Dah jom lah Ad” Sambung Adlishah. Anisah hanya menggeleng kepala melihat telatah dua ekor beruk sengal ni. Masing-masing keluar dari pejabat dan menuju ke bahagian parkir kereta syarikat.

Adlishah masuk ke bahagian pemandu manakala Adrian menjadi penumpang di sebelah. Anisah pula masuk ke bahagian penumpang belakang. Telefon Anisah tiba-tiba berbunyi.

“Ye Encik Adam. Apa dia? Oh ok terima kasih.” Balas Anisah seraya mematikan telefon bimbitnya.”

“Dah-dah jom patah balik. Encik Adam tunda meeting.” Ucap Anisah. Adrian dan Adlishah serentak mengeluh.

“Mengada betul lah Encik Adam ni” Keluh Adrian lagi.

“Tak pe Ad, jom kita cari barang tu. Hahahaa. Baik punya. Bagus Encik Adam. Cancel meeting terus pun tak pe” Sambung Adlishah. Senyuman Adrian kembali. Anisah sudah mengerutkan dahi bila kereta yang di pandu Adlishah terus keluar dari perkarangan Shah Holdings.

“Korang nak pergi mana ni?” Soal Anisah. Adrian dan Shah masih bergelak ketawa di hadapan. Perbualan mereka masih belum dapat di tangkap oleh Anisah.

“Akak ikut je. Anggaplah akak tengah window shopping. Kami nak nak cari barang sekejap.” Balas Adrian. Anisah hanya mampu menggeleng kepala. Ikut jelah. Kalau bantah pun bukannya dapat balik pun. Dua ekor ni, ikut kepala dia je.

Kereta yang dipandu Adlishah berhenti di parkir Stella Arrianna Mall. Masing-masing sudah turun dari kereta.

“Korang ni kan, ada je benda nak buat. Tak pasal-pasal akak pun kena ikut sekali.” Ucap Anisah geram. Budak dua ekor tu tersengih je memanjang. Telefon bimbit Anisah berbunyi lagi, tapi kali ni Tan Sri Armanshah yang membuat panggilan. Anisah menunjukkan screen telefonnya pada Adrian dan Shah. Masing-masing buat tak tahu. Pandailah Anisah nak menjawab.

“Waalaikumsalam Tan Sri” Ucap Anisah hormat.

“Hah Anisah, Macam mana meeting dengan Encik Adam tu?” Soal Tan Sri Armanshah. Badannya disandarkan dibelakang tempat duduknya. Tali lehernya dilonggarkan sedikit.

“Meeting tunda Tan Sri, ni Ad dengan Shah ada urusan sekejap katanya. Sebab tu kami terus je keluar” Balas Anisah dihujung talian. Tan Sri Armanshah tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Jangan layankan sangat perangai budak-budak tu Anisah. Pesan dengan mereka, kalau time kerja jangan main-main” Balas Tan Sri Armanshah lagi. Sejurus lepas itu talian dimatikan.

Tan Sri Armanshah menarik laci di bahagian mejanya. Gambar Puan Nora, isteri keduanya dikeluarkan. Senyuman diberikan pada gambar tersebut.

“Anak-anak awak ni, bila lah nak matang…” Ucap Tan Sri Armanshah sendirian. Kepalanya digelengkan.

‘Letakkan semula apa yang abang ada sekarang ni pada haknya.’ Bisikan halus yang menerjah ke telinga Tan Sri Armanshah. Tan Sri Armanshah tersedar lantas meraub wajahnya.

“10 bulan lagi sayang. Abang akan betulkan semuanya. Abang akan pastikan mereka semua tahu perkara ni. Dan abang harap sangat Ad dengan Shah yang menang perlumbaan ni. Sebab ni je caranya untuk abang bersikap adil. Papa dan Mama abang pun tak boleh nak pertikaikan lagi. Tapi kalau Rian yang menang, biarlah Mama dan Papa buat keputusannya” Ucap Tan Sri Armanshah sendirian.

Pintu pejabat Tan Sri Armanshah diketuk dan terus dikuak dari luar. Arrianshah masuk sebelum arahan diberikan. As usual!

“Tu anak Papa tu, macam tu nak jadi CEO Shah Holdings? Boleh bersuka ria masa waktu pejabat?” Jerkah Arrianshah pada Papanya. Tangannya disilangkan. Matanya memandang tepat wajah Tan Sri Armanshah yang sedang duduk di atas kerusi.

“Amboi cepatnya tahu adik Rian buat apa. Diorang nak keluar pergi meeting tadi, tiba-tiba meeting tunda. Tu yang singgah Mall. Katanya ada urusan sekejap” Balas Tan Sri Armanshah bersahaja. Arrianshah menjeling menyampah.

“Apa yang anak Papa tu buat semua Papa percaya bulat-bulat. Kalau dengan Rian, kenapa Papa selalu berkira? Papa tak pernah nak adil! Papa biarkan Rian duduk dengan Tok Pa. Papa tinggalkan Rian macam tu je. And now Papa buat perlumbaan bodoh ni. Dari situ Rian dah nampak, Papa memang tak nak bagi syarikat ni dekat Rian!” Marah Arrianshah.

‘Ye, memang Papa harap sangat yang Ad dengan Shah yang menang. Tapi kalau kamu yang menang, semuanya terpulang pada kamu dan Tok Pa. Papa dah tak larat nak pikul beban ni’ Bisik hati Tan Sri Armanshah.

“Suatu hari nanti kamu akan faham kenapa Papa buat semua ni. Dan Papa harap kalau kamu yang dapat Shah Holdings ni, kamu akan buat keputusan yang tepat” Balas Tan Sri Armanshah. Pandangan sayu dihala ke muka anaknya. Penyesalan yang tak sudah sejak dia meninggalkan Arrian bersama dengan orang tuanya.

“Cukuplah Pa! Rian tak nak dengar semua ni. Rian akan pastikan Shah Holdings akan jadi milik Rian. Fullstop!” Jerit Arrianshah seraya keluar dari pejabat Papanya.

Tan Sri Armanshah hanya mampu menggeleng kepala. Sesak nafasnya melihat putera sulungnya yang keras kepala ni.

………………………………

“Ad tengok ni.” Ucap Adlishah seraya menunjukkan bungkusan kopi kacip Fatimah pada abangnya. Adrian sudah tersenyum sendirian. Di tangannya juga ada bungkusan.

“Kau punya tak power, kau tengok aku punya” Balas Adrian seraya menayangkan bungkusannya pula. Keningnya dijongket berkali-kali. Sengihan diberikan.

“Puteri binari~~ menceriakan~~ hubungan~~” Adrian menyanyi sambil menggoyangkan tubuhnya gaya penyanyi dangdut. Bungkusan dari tangan Adrian dirampas oleh Adlishah.

“Haah lah, kenapa pulak tak terfikir” Balas Adlishah. Kopi Kacip Fatimah ditinggal begitu sahaja. Mereka berjalan seiringan ke bahagian kaunter.

“Confrim lepas ni hubungan kita ceria je. Kau jangan risau. Kali ni confirm menjadi” Balas Adrian bangga. Anisah hanya menggeleng kepala melihat gelagat dua beradik yang keluar dari kedai jamu tu. Entah pape je!

“Dah jom! Kita nak jumpa Encik Adam ni” Arah Anisah seraya bergerak berjalan ke hadapan. Tawa Adrian dan Shah masih lagi kedengaran di belakang. Malas Anisah hendak melayan.

Kereta yang dipandu Adlishah keluar dari Stella Arrianna Mall. Anisah mengerling bunguksan yang diletakkan di sebelahnya. Sengaja tangan menyapai bungkusan itu. Matanya dibulatkan.

“Hoi! Asal korang beli ni?” Soal Anisah seraya mengangkat bungkusan tersebut. Adrian menoleh ke belakang. Pantas bungkusan tersebut di ambil.

“Hish akak ni, ada lah. Ni untuk rumah tangga bahagia. Mesti akak pun makan puteri binari ni jugak kan?” Soal Adrian polos. Anisah melopong.

“Weh kau dengar sini, tak de maknanya orang baru kahwin makan benda ni. Ni untuk orang yang dah 5, 6 tahun kahwin. Yang korang tak pasal-pasal nak makan ni buat apa?” Soal Anisah lagi. Adrian mengerling Adlishah disebelah.

“Ha, tulah kau. Aku kata amik kacip Fatimah tak nak. Kau nak jugak benda ni.” Ucap Adlishah. Sengaja meletakkan salah pada abangnya. Padahal sama-sama setuju tadi.

“Yeke kak? Habis dalam TV tu kata, benda ni menceriakan hubungan. Kitorang nak try lah ni” Balas Adrian tidak mahu mengalah. Anisah tergelak besar.

“Apa tak cukup ceria ke? Akak tengok korang ni dah terlebih vitamin dah. Asal tiba-tiba nak beli benda ni?” Soal Anisah. Adlishah dan Adrian mengeluh.

“Masalah besar ni kak. Tak tahu nak cerita macam mana dengan akak…” keluh Adrian lagi.

Previous: BAB 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.