BAB 9
Habis sahaja
ayat terakhir yang di baca oleh Pak Sakor, kertas tersebut direnyukkan dan di
baling kasar. “Ella!!!” Jerit Pak Sakor kuat. Lantas Pak Sakor menguak kasar
pintu bilik anaknya. Siti Syafa masih lagi terbaring di atas katil. Disebabkan
tiada yang membantunya, dia hanya mampu terbaring sahaja.
“Mana budak tu
pergi?” Soal Pak Sakor pada Siti Syafa. Siti Syafa memandang tepat wajah
bapanya.
“Syaf yang
suruh Kak Ella pergi.” Balas Siti Syafa bersahaja. Pak Sakor membulatkan
matanya.
“Kau ni bodoh
ke apa? Sapa yang nak uruskan kau? Sapa yang nak basuh berak kau?” tengking Pak
Sakor kuat. Siti Syafa mengalirkan airmata. Tubuhnya yang lemah digagahi untuk
bangun. Namun tidak berjaya kerana kakinya masih lagi tidak dapat bergerak. Pak
Sakor hanya melihat sahaja anaknya yang terkial-kial untuk bangun.
“Syaf nak
tengok, sejauh mana bapak sayangkan Syaf. Bapak sanggup ke nak jaga Syaf kalau
Kak Ella tak da.” Ucap Siti Syafa berani. Pak Sakor masih diposisi sama,
berdiri di hadapan pintu.
“Jangan jadi
bodoh boleh tak Siti Syafa! Sapa yang nak bagi kita makan nanti. Aku bukan ada
kerja!” Tengking Pak Sakor lagi. Tidak berpuas hati bila membaca surat daripada
Ella Eddya bahawa dirinya pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
“Sekarang baru
Syaf tahu, siapa yang betul-betul sayangkan Syaf. Bapak jangan risau, kak Ella
dah janji nak bagi kita duit tiap bulan. Puas Syaf tolak, tapi Kak Ella tetap
akan masukkan dalam akaun bapak. Sebab Kak Ella tahu, mustahil bapak akan cari
nafkah untuk sara Syaf.” Balas Siti Syafa sebak. Pak Sakor diam sekejap bila
mendengar Ella akan memberi wang padanya setiap bulan. Kakinya lantas keluar
meninggalkan Siti Syafa sendirian di rumah.
Hampir dua jam
Pak Sakor tidak pulang. Salam yang diberikan oleh Syarmimi tidak di jawab.
Pintu dapur yang tidak berkunci ditolak Syarmimi. Kakinya pantas melangkah
masuk dan menuju ke bilik Siti Syafa.
“Astaghfirullah”
Jerit Syarmimi sahabat pada Ella. Terkejut melihat Siti Syafa yang sudah
tertiarap di atas lantai. Berkali-kali dia menggunakan kudrat yang ada untuk
bangun namun akhirnya dia terjatuh. Pantas Syarmimi membantu gadis itu. Tangan
Siti Syafa dipapah perlahan dan didudukkan di atas kerusi roda. Matas Siti
Syafa sudah basah dengan airmata.
“Apa akak buat
dekat sini?” Soal Siti Syafa. Mimi menolak kerusi roda keluar dari bilik.
“Ella pesan
tolong tengok-tengokkan Syaf. Dia risau sangat. Dia dah sampai dekat KL. Syaf
dah makan ke belum ni?” Soal Syarmimi yang melihat wajah Siti Syafa yang tidak
terurus. Siti Syafa menggeleng.
“Bapak tengah
beli makanan agaknya tu” Balas Siti Syafa. Syarmimi menghela nafas panjang. Jam
didinding sudah masuk pukul 3 petang.
“Akak ada bawak
bubur, kejap akak ambik kat dapur.” Ujar Syarmimi seraya menggerakkan kaki ke
dapur. Pantas ditahan Siti Syafa.
“Kejap kak.
Saya belum lapar lagi.” Arah Siti Syafa. Syarmimi duduk semula di atas kerusi
ruang tamu.
“Syaf ok ke ni?
Kalau Ella tengok Syaf macam ni, mesti dia susah hati. Akak bukan tak nak
tolong Syaf, tapi Syaf tahu kan Pak Sakor tu macam mana.” Soal Syarmimi lembut.
Siti Syafa menggangguk.
“Akak jangan
bagitahu pasal Syaf dekat Kak Ella. Biarlah dia bahagia dekat KL tu. Dia dah
lama menderita duduk dalam rumah ni. Sekarang ni biarlah Syaf yang tanggung.
Syaf banyak sangat buat salah…” Belum habis ayat yang ditutur oleh Siti Syafa,
pintu hadapan rumah dikuak kasar. Muka masam Pak Sakor terjongol di hadapan
pintu.
“Kau buat apa
dekat sini?” Soal Pak Sakor agak tegas pada Syarmimi. Tergagap-gagap Syarmimi
hendak menjawab.
“Err… Saya
hantar bubur untuk Syaf.” Balas Syarmimi
laju. Pak Sakor menghempas tubuhnya di atas kerusi. Syarmimi bingkas bangun
dari kerusi.
“Kau ingat aku
tak tahu nak jaga anak aku! Apa kau fikir aku ni papa kedana sampai kau nak
hantar makanan dekat dalam rumah ni! Dah kau bawak balik bubur kau tu! Dengan
muka kau sekali aku tak nak tengok! Pergi!” Jerit Pak Sakor. Siti Syafa sudah
memberi isyarat menyuruh Syarmimi pergi. Laju langkahnya keluar mengikut pintu
dapur.
“Kau merayu
dekat orang kampong nak mintak makanan ke apa? Bak sini duit yang Ella bagi
kau. Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau sorokkan duit yang Ella bagi.”
Pinta Pak Sakor. Dengan anak sendiri pun dah tak ada belas kasihan. Bukan nak
tanya dah makan ke tidak.
“Duit tu kita
kena berjimat Pak. Tu duit nak beli pampers Syaf dengan susu.” Balas Siti Syafa
perlahan.
“Arghh!! Aku
tahu lah, bak sini duit tu. Aku nak jugak!” Jerit Pak Sakor yang sudah
menyinga. Siti Syafa terpaksa memberitahu dimana dia menyimpan duit tersebut.
Selang beberapa minit kemudian, Pak Sakor keluar semula. Sekejap sahaja
basikalnya sudah hilang dari penghlihatan. Siti Syafa menolak sendiri kerusi
rodanya bersama linangan airmata. Bekas bubur yang ditinggal Syarmimi dibuka.
Perutnya lapar. Hanya beberapa suap sahaja bubur ditutup kembali. Siti Syafa
termenung mengenang nasibnya. Baru sehari Ella tak ada. Hmmm!
…………………………
Ella dijemput
oleh kawan Mak Jenab di TBS Kuala Lumpur. “Lama tunggu?” Soal Puan Suraya pada
Ella. Ella hanya menggeleng kepala. Beg yang berisi baju diletakkan di bonet
belakang kereta. Puan Suraya menyuruh Ella masuk ke dalam perut kereta.
“Panggil je Mak
Su.” Ucap Puan Suraya yang duduk di sebelah Ella di bahagian penumpang
belakang.
“Ella” balas
Ella ringkas. Puan Suraya tersenyum.
“Ok. Senang
cerita macam ni, Mak Su ni dari agent pembantu rumah. Tapi sekarang ni,
kebanyakan pembantu rumah adalah orang asing. Rumah yang bakal Ella jaga ni tak
suka pekerja warga asing.” Puan Suraya memulakan bicara. Ella menggangguk
faham.
“Apa je kerja
yang Ella kena buat Mak Su?” Soal Ella bersahaja.
“Ella tak sama
macam orang gaji yang lain. Ella lebih kepada penjaga rumah. Rumah yang bakal
Ella jaga ni, tak berpenghuni. Ella tak ada masalah kan?” Soal Puan Suraya.
Ella tersengih. ‘Nak tanya aku takut hantu ke tidak lah tu’ Ella bermonolog.
“Saya ok je Mak
Su. InsyaAllah.” Balas Ella ringkas. Puan Suraya memberikan senyuman untuk
gadis disebelahnya.
“Senang sikit
kerja Mak Su. Puas Mak Su cari pembantu rumah. Banyak yang takut sebab duduk
sorang je.” Sambung Puan Suraya. Ella memberikan sengihan.
“Tapi apa yang
perlu Ella buat?” Soal Ella yang masih belum tahu tugasnya.
“Rumah ni nama
dia Prince Rooftop. Mak Su yang letak nama tu. Hehehehe. Rumah ni jarang ada
tuan dia sebab masing-masing duduk bersepah. Mak Su pun tak berapa kenal dengan
anak-anak tuan rumah ni. Melalui cerita pembantu rumah yang sebelum ni, rumah
ni rumah persinggahan anak-anak tuan rumah kalau diorang rasa nak singgah.”
Puan Suraya memberikan penjelasan.
“Oooo… Habis
tu, apa je yang saya kena buat? Maksud Mak Su, diorang akan balik tanpa kita
duga?” Soal Ella lagi. Matanya lagi tadi dihalakan ke jalan raya. ‘Bilalah nak
sampai?’ Bicara hati Ella.
“Pastikan rumah
tu bersih je cukup. Masak – memasak memang tak ada dalam senarai. Sebab diorang
tak pernah makan pun dalam rumah tu. Selalunya beli makanan bawak balik rumah.
Dan kalau diorang rasa nak tidur dekat situ diorang tidur lah.” Balas Puan
Suraya.
“Senang jelah
kalau macam tu. Saya macam dah tersuka pulak dengan kerja ni.” Balas Ella
semangat. Puan Suraya memberikan senyuman. Kereta yang dipandu oleh pemandu
Puan Suraya masuk ke perkarangan rumah yang dinamakan Prince Rooftop.
“Ok, kita dah
sampai. Jom turun.” Arah Puan Suraya pada Ella. Turun sahaja dari kereta Ella
melihat rumah yang tersergam indah itu. Rumah yang tidak terlalu besar. Cuma
designnya ala-ala korea disebabkan ada rumah kecil yang dinamakan rooftop
dibumbungnya. Menarik! Perhiasan diluar juga simple.
“Bahagian luar
rumah ni, akan ada tukang kebun yang datang dua minggu sekali. Jadi Ella tak
payah bersihkan. Tugas Ella dalam rumah je.” Sambung Puan Suraya. Ella
menggangguk faham. Taman bunga yang sememangnya dipenuhi dengan bunga
dipandang. Cantik!
“Rooftop dekat
atas tu biasanya tempat sidai baju-baju.” Tunjuk Puan Suraya lagi. Ella lagi
tadi menggangguk.
“Ella jangan
risau, dekat kawasan perumahan ni ada guard yang akan berkawal 24 hours and ada
CCTV sekali. Gate ni pun ada pengesan bunyi. Kalau ada yang berani nak panjat, gate
terus berbunyi dekat dalam rumah tu.” Sambung Puan Suraya. Ella semakin faham
tentang selok belok di rumah yang bakal dia diami.
“Jom masuk
dalam pulak.” Arah Puan Suraya. Ella hanya membuntuti langkah Puan Suraya masuk
ke dalam rumah. Setelah kunci dibuka Ella dan Puan Suraya melangkah masuk ke
dalam rumah tersebut. Tak besar mana pun rumah ni. Rumah satu tingkat dan di
atasnya ada rooftop. Comel je bila pandang.
“Ni nampak
screen ni?” Ucap Puan Suraya pada Ella. Ella menoleh screen yang berada di
sebelah pintu masuk.
“Macam rumah
orang korea eh Mak Su?” Soal Ella. Puan Suraya menggangguk.
“Bila ada orang
datang, atau bunyi pengera keselamatan. CCTV ni akan terpasang dengan sendiri.
Satu lagi ada dekat dapur” Tambah Puan Suraya.
“Rumah
cantik-cantik macam ni tak ada orang duduk. Untung orang gaji yang duduk sini.
Boleh berlagak diva sekejap” Ella berceloteh. Tergelak kecil Puan Suraya
mendengar kenyataan Ella Eddya.
“Dah jom sini.”
Ajak Puan Suraya lagi. Ella mengikut langkah Puan Suraya lagi.
“Bilik master
ni bilik Tuan rumah ni. Bilik yang berderet tiga tu bilik anak-anak dia pulak.”
Puan Suraya memberikan penerangan.
“Emmm… Bilik
saya?” Soal Ella perlahan. Puan Suraya tersenyum. “Jom ikut Mak Su” Arah Puan
Suraya. Ella mengikuti langkah Puan Suraya meniti anak tangga. Fuhh tinggi
jugak nak naik rooftop ni, macam naik rumah 4 tingkat. Langkah Ella dan Puan
Suraya sampai ke rooftop yang dibicarakan Puan Suraya. Pintu yang menghala
keluar rooftop di buka.
“Wah!!!
Cantiknya.” Ella terjerit kecil setelah melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur
di hadapannya dari atas.
“Memang cantik.
Dari sini kita boleh nampak Menara KL. Rare kan rumah macam ni ada dekat tengah
bandar KL ni. Cuma agak bising jelah. Tapi bukan sembarangan orang yang boleh
masuk kawasan perumahan ni.” Sambung Puan Suraya.
Cantik kawasan
rooftop yang dipenuhi dengan rumput carpet. Rumah kecil yang dibina di atas
rooftop juga cukup comel. Didalamnya lengkap dengan segala perkakas termasuk
dapur untuk memasak. Ella dan Puan Suraya
masuk ke dalamnya.
“Kat sinilah
tempat pembantu rumah. Ella ok?” Soal Puan Suraya. Ella masih lagi teruja
dengan rumah yang bakal dia diami. “Cantik sangat ni Mak Su.” Balas Ella
bersama senyuman di bibir.
“Kalau nak
jemur kain dekat bawah pun boleh sebenarnya. Terpulang pada Ella lah. Masa Mak
Su naik tadi, penat jugak nak naik tangga ni.” Sambung Puan Suraya. Ella
menggangguk faham.
“Ada apa-apa
yang Ella nak tanya lagi?” Soal Puan Suraya pada Ella. Ella menggeleng kepala.
“Nanti kalau ada pape, Ella call je Mak Su.” Sambung Puan Suraya lagi. Lagi
sekali Ella menggangguk faham. Puan Suraya turun semula ke bawah menggunakan
tangga diluar pula. Tadi guna tangga dekat dalam.
“Eh lupa.”
Jerit Puan Suraya. Ella berlari mendapatkan Puan Suraya yang sudah menuruni
separuh anak tangga.
“Kenapa Mak
Su?” Soal Ella.
“Nah ni.” Puan
Suraya menyerahkan kunci rumah pada Ella. Kunci bertukar tangan. Ella melihat
kelibat Puan Suraya yang sudah masuk ke dalam perut kereta dan keluar dari
perkarangan rumah. Pintu gate automatic tertutup. Ella menarik nafas panjang.
Senyuman bahagia dilepaskan. Ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur, kini terselit
seorang gadis yang bernama Ella Eddya. Ella mendepangkan tangannya, matanya di
pejamkan. Hoi Ella! Kau ingat ni cerita titanic?