BAB 32
“Huarghhh!!!!” Adrian
mengeliat besar. Hodoh betul gayanya.Tubuh Faqihah yang bersanggul tuala di
pandang dengan mata yang masih kuyu.
“Dapat ke
pinjam boxer? Kenapa saya rasa macam lama.” Soal Adrian tiba-tiba. Faqihah tergelak
mendengar soalan suaminya. Lantas kaki duduk di hadapan meja cermin.
“Awak mamai ni.
Dah bangun, kita nak solat subuh ni” Balas Faqihah bersahaja. Dengar je
percakapan Faqihah, Adrian terus terbangun dari katil. Matanya segar bugar
serta merta.
“What? Bila
masa dah subuh? Bukan awak keluar pergi bilik sebelah ke tadi” Ucap Adrian
seraya meraub wajahnya. Faqihah tergelak kecil. ‘Padan muka tu! Tulah, tidur
mati lagi.’ Bicara hati Faqihah.
“Dah pukul 6.30
pagi ni, cepat solat. Nak balik pukul berapa?” Soal Faqihah lagi bila melihat
suaminya mundar –mandir di hadapan katil. Entah apa yang dia fikir agaknya.
“Kenapa awak
tak kejut saya Aqih?” Soal Adrian bersama kerutan di muka. Faqihah menahan
gelak. Ayat di cari untuk membalas. Muka suaminya yang masih berdiri di tepi
katil di pandang.
“Kenapa pulak
nak kena kejut, bukannya awak tertinggal solat pun. Lagipun saya tengok awak
macam penat je” Ucap Faqihah bersama tawa yang di tahan. Adrian menggaru-garu
kepalanya.
“Memanglah tak
tinggal solat, tapi saya tertinggal slot penting. Awak tak faham.” Balas Adrian
seraya melangkah masuk ke dalam bilik air. FAqihah sudah tergelak-gelak.
“Eleh, saya
yang tak faham ke? Awak yang tak faham” Biara Faqihah sendirian.
…………………………………
“Hoi Shah,
bangun lah. Kau nak bangun pukul berapa?” Kejut Ella. Bahu Adlishah di gegar.
Adlishah masih dengan lenanya. Ella menggegar lagi tubuh suaminya. Kali ni
lebih kuat. Tiba-tiba, tangan Faqihah yang menggegar bahu suaminya di tarik
kuat oleh Adlishah. Tubuh Ella jatuh di atas dada bidang suaminya. Bibir Ella
tersentuh dagu suaminya. Aww!
Ella tergamam
bila tubuhnya di peluk erat. “Oh my cuttie pie” Ucap Adlishah yang masih lena
dengan mimpinya. Tubuh Ella di bawa dalam pelukan.
“Mabuk agaknya
mamat ni” Ucap Ella yang mula menggelabah. Tubuhnya masih melekat di atas dada
bidang suaminya. Tangan dan tubuhnya di peluk sangat erat. Nak tolak pun tak
boleh. Ella menggunakan kepalanya untuk mengetuk muka suaminya.
“Hoi! Hoi! Kau
buang tebiat ke? Kau jangan macam-macam dengan aku.” Ugut Ella, padahal diri
sendiri takut. Adlishah masih lagi dengan mimpinya. Kali ni lebih parah, “Erm…
its looks so delicious. Ais krim…” Ucap Adlishah seraya mengeluarkan lidahnya.
Apa dia ingat Ella tu ais krim agaknya.
“ArgH!!!!!!!”
Ella jerit kuat bila melihat lidah Adlishah ingin mengena di dahinya. Mata
Adlishah tercelik. Tubuh Ella di tolak sekuat hati. Ella jatuh terjelopok di
sebelah katil. Adlishah bingung.
“Weh! Weh! Kau
kenapa? Aku buat apa dekat kau?” Soal Adlishah cemas. Ella masih menggosok
punggungnya yang sakit.
“Kau ni lapar
ea? Apa kau ingat aku ni ais krim. Sengal lah kau ni! Dah bangun subuh. Lebam
bontot aku ni!” Marah Ella. Tangannya masih menggosok punggung. Adlishah
seolah-olah tersedar lantas bangun dan menghampiri isterinya
“Weh sorry, aku
mengigau eh? Alamak, sorry, serius aku tak sedar. Kau ok tak ni? sakit sangat
ke tu. Jomlah pergi klinik” Ucap Adlishah risau bila melihat Ella masih
menggosok punggungnya.
“Dah, aku ok
je. Kau solat dulu lah, subuh dah nak habis ni” Ucap Ella seraya bangun dari
tepi katil. Adlishah turut bangun dan menuju ke bilik air setelah di arah Ella.
Ella menekan-nekan punggungnya yang sakit. Sementara Adlishah ada di bilik air,
baju yang sudah tersedia di pakai Ella.
Adlishah keluar
semula dan menunaikan solat subuh. Sejurus salam yang terakhir langkah Ella
yang agak terhencut sedikit di pandang risau oleh Adlishah. Lagi tadi Ella
memegang punggungnya. Lebam agaknya tu. Adlishah risau. Pantas langkahnya
menghampiri Ella.
“Weh kau ok tak
ni? Aku betul-betul tak sengaja.” Ucap Adlishah lagi. Ella berwajah selamba.
Tahu Adlishah tidak sengaja.
“Dah lah, tu
salin baju dulu” Arah Ella. Adlishah hanya menurut. Baju di ambil dan di tukar
dalam bilik air. Malu-malu kucing si Adlishah ni, tak macam abang kau tu!
…………………………
Jam tepat pukul
8 pagi. Serentak dua pasangan itu keluar dari bilik hotel. Langkah Ella yang
sedikit pelik di pandang oleh Faqihah dan Adrian.
“Kenapa tu
Ella?” Soal Faqihah bersahaja. Ella masih menggosok punggungnya. Beg pakaian di
bawa oleh Adlishah.
“Jatuh katil
kak, mamat nilah punya pasal” Rungut Ella. Adlishah tersengih. Adrian sudah
membuat muka terkejut.
“Seriusly Shah?
Congrats! Aku sedar-sedar je dah pagi.” Ucap Adrian. Semua sudah memandang
pelik. Adlishah menepuk dahi bila Adrian berkata begitu lantas membuat isyarat
mata pada abangnya.
“Eh tak masksud
aku, macam mana dia jatuh katil?” Soal Adrian menukar soalan. Ella dan Faqihah
malas nak melayan, kaki mula melangkah dan menuju ke lift. Soalannya tidak di
jawab. Adlishah menarik sedikit abangnya ke belakang.
“Bongok lah kau
ni! Mana ada pape. Siap congrats bagai. Kau ingat aku menang pingat emas acara
merentas desa ke malam tadi. Aku tertolak badan dia je. Kau tu macam mana? Siap
nyorokkan boxer lagi? Pingat emas ke perak?” Bisik Adlishah perlahan. Faqihah
dan Ella hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah dua beradik yang saling
berbisik tu. Tak pandai cover langsung!
“Sia-sia Shah! Jangan
kata kilauan pingat emas. Malam tadi sungguh gelap gelita. Aku boleh pulak
tidur sampai subuh. Nak tengok muka dia pun tak sempat. Balas Adrianshah jujur.
Adlishah sudah ketawa terbahak-bahak.
“Eh Kejap!”
Langkah Adrian terberhenti.
“Alah kau ni
nak apa lagi? Dah-dah lah tu. Penat kau tau tak” Adlishah membuat muka geram
walaupun masih ada sisa tawa di bibirnya.
“Mana boleh tak
jadi pape. Sia-sia kita jalan jauh sampai sini. Tambah satu hari lagi. Esok
bukan kerja pun. Esok kan ahad” Balas Adrian bersama kening yang di angkat
berkali-kali. Adlishah sudah menepuk dahi.
“Allah… bengong
lah abang aku ni. Ya Allah tolong sambungkan fius-fius yang terputus dekat
kepala abang aku ni. Amin” Sempat lagi Adrian mengaminkan doa adiknya. Sengal!
“Aqih, Ella!!
Meh, meh sini. Keluar balik dari lift tu. Amboi, cepat betul nak balik. Ingat
kita suka-suka duduk hotel ni. Tak tahu ke kita tengah honeymoon.” Jerit Adrian
tanpa segan.
Ella sudah
terbahak-bahak ketawa. Faqihah pula menggeleng kepalanya. “Ya Allah laki aku…”
Keluh Faqihah. Masing-masing melangkah keluar semula dari lift dan berjalan ke
arah suami masing-masing.
…………………………
Sharmila
merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada suaminya. Kerap sangat keluar malam.
Tetapi alasan yang di berikan juga masih sama! Kerja. Arrian sudah bersiap-siap
untuk keluar. Hari ini juga dia akan bermalam di hotel bersama dengan Syaza
Melissa.
“Abang…”
panggil Sharmila lembut. Arrian sibuk membetulkan rambutnya di hadapan cermin.
Sharmila yang sedang duduk di atas sofa bilik di pandang bersama senyuman.
“Kenapa ni
sayang? Kenapa muka risau je.” Tegur Arrian. Sharmila cair dengan suara suami
sendiri.
“Shar sunyi
bila abang tak da, Shar tak tahu nak buat apa.” Balas Sharmila manja. Lengan suaminya
di paut. Arrian masih tersenyum . ‘Hish semak lah kau ni! Renyuk baju aku nilah
bodoh!’ jerit Arrian dalam hatinya.
“Sayang
janganlah macam ni, berat hati abang nak tinggalkan sayang ni. Jomlah ikut
abang pergi jumpa client sekali. Abang tak sanggup tengok muka sayang sedih
macam ni.” Balas Arrianshah penuh romantic. Tangannya di kucup manja.
“Ermm… Boleh
tak kalau Shar nak balik rumah Papa dengan Mama, rindu lah dengan diorang.”
Pinta Sharmila Aqira. Sejak bernikah jarang dia dan suaminya pulang melihat
Mama dan papanya. Arrian tersenyum bahagia. ‘Good idea!’
“Of course
boleh sayang. Tapi nanti kalau Mama dengan Papa tanya abang, sayang nak jawab
apa? Nanti Mama dengan Papa fikir, abang asyik tinggalkan sayang je” Balas
Arrian yang bermain talik tali dengan isterinya. Pantas Sharmila mencuit hidung
suaminya.
“Mama dengan
Papa Shar ok jelah. Abang tu yang fikir bukan-bukan. Dah lah bang, nanti kesian
client abang tunggu lama tu” Ucap Sharmila seraya bangun dari sofa dan menuju
ke almari pakaian. Arrian sengaja membuntuti langkah isterinya. Pinggang
Sharmila dipeluk manja.
“Tak kisah lah
client abang tunggu lama, sayang lagi penting dalam hidup abang.” Ucap
Arrianshah lembut. ‘ Perempuan bongok! Cepatlah mengandung! Lambat betul lah
kau ni nak mengandung! Aku dah macam bela ular sawa pulak dalam rumah ni!
Bunting tak jugak!’ Jerit hati Arrian.
Sharmila
meleraikan pelukan. Mata suaminya di pandang. “Kang Shar ikat abang dekat katil
kang, baik abang pergi cepat” Ugut Sharmila manja. Arrian tersengih. ‘Bangang
perempuan ni! Nak main ikat-ikat pulak! Kalau kau tu tak period! Memang dah
lama aku kerjakan!’ Jerit hati Arrian lagi.
“Yelah, abang
pergi dulu. Bye sayang” Ucap Arrian seraya mengucup dahi isterinya dan terus
keluar dari bilik. Sharmila Aqira kembali tersenyum. Tangannya sibuk memilih
baju untuk di pakai. Baju goun pendek moden berwarna hitam di ambil dan di
kenakan pada tubuh.
Hampir satu jam
juga bersiap, Sharmila mengambil kunci keretanya dan keluar dari bilik. Datin
Seri Dewi terlihat kelibat cucu menantunya yang berpakaian paras peha semasa
menuruni anak tangga. Hatinya terus menjadi menyampah!
“Sharmila!”
Tegur Datin Seri Dewi yang ralit membaca akhbar sedari tadi. Jam didinding
sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Sharmila menoleh pada Tok Ma nya lantas memberi
segaris senyuman. Langkah dilajukan dan duduk berhadapan dengan Tok Ma nya.
“kamu nak
kemana pakai baju macam ni? Arrian tak de dekat rumah, kamu nak jual tubuh kamu
dengan orang lain? Cuba pakai sopan sikit!” Sinis ayat yang dituturkan oleh
Datin Seri Dewi. BErdegup kencang jantung Sharmila bila mendengar butir
perkataan yang keluar dari mulut Tok Ma nya.
“Errr… Shar nak
balik rumah Papa, tadi dah bagitahu abang rian” Balas Sharmila gagap. Terkejut
dengan perubahan sikap Tok Ma nya. Selalu kalau keluar dengan Arrian, pakai
macam mana sekalipun tak marah. Tapi kenapa sekarang nak marah?
“Baju sopan
sikit dah tak ada dalam bilik tu? Arrian tu tak da dengan kamu! Nak suruh
lelaki mana yang tengok peha kamu ni?” Marah Datin Seri Dewi lagi. Sharmila
terdiam. Takut hendak menjawab. Masuk bulan kedua dia dan Arrian bernikah, ini
kali pertama dia dimarahi.
“Tapi Shar tak
pergi mana-mana pun Tok Ma, terus balik rumah Papa” Jawab Sharmila jujur. Datin
Seri Dewi memandang garang wajah cucu menantunya.
“Kamu tu perempuan.
Kat luar sana banyak mata keranjang! Dah salin baju yang sopan sikit.” Arah
DatinSeri Dewi. Sharmila hanya menurut tanpa membantah. Nasihat sinis yang
diberkan oleh Datin Seri Dewi di ambil sebagai kebaikan untuk dirinya.
Sharmila turun
dengan mengenakan seluar jeans dan baju kemeja. Langkah dilajukan menghampiri
Datin Sri Dewi yang menyambung bacaan surat khabar. Datin Sri Dewi melihat
perubahan baju cucu menantunya.
“Lama balik
rumah Papa kamu?” Soal Dati Sri Dewi seraya bersalaman dengan Sharmila. Kejap
je angin dah baik.
“Kejap je Tok
Ma, petang atau malam, Shar balik sini semula” Balas Sharmila bersahaja.
“Tu yang dalam perut tu, tak kan tak ada tanda-tanda lagi? Dah masuk bulan ke
dua dah ni” Ucap DatinSri Dewi bersahaja. Sharmila terkedu sekali lagi. Otaknya
ligat mencari ayat untuk membalas.
“Belum ada
rezeki Tok Ma” Ucap Sharmila bersahaja. Datin Sri Dewi mengambil semula surat
khabar di hadapannya. Mata berpura-pura membaca akhbar. Otaknya juga ligat
menyusun ayat.
“dalam masa 4
atau 5 bulan, kalau kamu tak mengandung, Tok Ma akan nikahkan Arrian dengan
orang lain” Ucap Datin Sri Dewi bersahaja. Gugur jantung Sharmila tatkala
mendengar percakapan Tok Ma nya. Tidak mampu menghadam ayat yang di
tuturkan. Sharmila terdiam kaku.
“Dah balik sana,
kenapa tercegat lagi dekat situ.” Arah Datin Sri Dewi. Sharmila tersedar.
Tiba-tiba terasa seperti sesak nafas. Lambat langkahnya menuju ke halaman
rumah. Otaknya masih lagi tidak mampu untuk menerima ayat yang di tutur oleh
Tok Ma nya.