Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,734
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab2(1)

HAZIQ melabuhkanpunggungnya dengan perasaan sebal. Marah dan bengangnya masih lagi meluap.Lebam di pipi kirinya itu menambahkan lagi amarahnya. Iskandar yang sedang enakmenikmati sarapan pagi itu pantas mengangkat wajah sambil mengerutkan dahi.

“Kau ni kenapa?” soalnya sambilmeletakkan sudu dan garfu di atas pinggan semula. Tidak jadi dia untuk menjamuselera. Perihal rakannya yang bermuka bengang ini lebih penting.

Haziq diam seketika. Dia menariknafas dalam-dalam dan kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Cuba untuk tenang.Dua ke tiga saat kemudian, dia kelihatan sudah mulai tenang.

“Kau nampak lebam kat pipi akuni.” Pipi kirinya didekatkan dengan Iskandar yang masih lagi nampak bingungitu. Jari telunjuknya juga tepat menunjukkan pipinya yang semakin bertukarwarna.

Iskandar mengangguk tetapi masihlagi keliru.

“Aku kena tumbuk denganperempuan.”

“Hah?!”

Melopong Iskandar jadinya. Diabagaikan tidak percaya. Biar betul?! Mustahil rakannya yang bertubuh sasa iniditumbuk oleh seorang perempuan yang lemah.

“Kau tak percaya, kan? Aku dahagak dah!”

Insane! Takkan kau tough macam ni boleh kalah dengan perempuan?”

Haziq menghembuskan nafasnyaseketika sebelum tubuhnya didekatkan dengan meja sebagai tanda yang dia akanbercerita dan Iskandar pula mesti mendengar.

“Perempuan tu bukan sebarangperempuan, bro. Aku tak tahulah dia spesis apa.Campuran apa tapi sumpah dia lain gila kot!” Jari telunjuknya ditonyoh-tonyohdi atas meja tanda dia bersemangat bercerita.

Iskandar ketawa kecil. “Takkancampuran kuda belang, kot?” selorohnya cuba untuk membuatkan rakannya itutertawa namun, usahanya sia-sia. Haziq masih lagi dalam keadaan yang serius dansambung kembali bercerita.

“Perempuan tu pakai helmet fullface turun dari motor Yamaha ZR dia tu serang aku.Aku waktu tu tak sangka yang…”

“Takkan perempuan tu buta-butaje tumbuk kau? Kau ada buat salah dengan dia ke?” potong Iskandar dengansoalan. Keningnya yang lebat itu ternaik sedikit.

Haziq pantas tayang sengih. “Akumasuk simpang tak bagi signal.”

“Patutlah! Kalau aku jadiperempuan tu pun aku dah bagi penumbuk juga. Tak pasal-pasal bukannya susahsangat nak bagi signal. Bukannya kena bayar pun,” bebel Iskandar separuh geram.

“Tapi motor dia dah cium Hondakesayangan aku tu. Habis calar bontot dia.” Haziq mula mencebik. Takpasal-pasal kereta kesayangannya itu calar. Bulan ini dia terpaksa berjimatlahsedikit demi mencantikkan kembali keretanya itu.

Iskandar pantas ketawa. “Padanmuka! Itulah balasan perangai macam haprak kat jalan. Kan dah kena. Penumbukpun dapat. Aduhai, Ziq! Kau ni betul-betul buat mood pagi aku best tahu tak!” Separuh mati dia gelakkan Haziq, sampaisakit perut dan keluar air mata.

Haziq yang sedang menahan geramitu, mengerling sekilas jam tangannya. Lalu dia bingkas bangun daripadaduduknya. “Is, aku gerak dulu. Karang lambat masuk ofis, bos bising pulak dekataku. Lainlah macam kau, kau bos!” katanya dengan nada tidak puas hati.

“Itulah, kau. Aku ajak kau kerjadengan aku, jual mahal. Kata nanti tak profesionallah, apalah. Sekarang siapayang susah?”

“Sudahlah, Is. Aku chow dulu. Nanti nak lunchrogerlah!”

Iskandar hanya buat isyarattangan sahaja dan Haziq berlalu dari situ dengan kereta Honda yang masih calardi bahagian belakangnya. 

Previous: Bab1(3)
Next: Bab2(2)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.