Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,730
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

TUBUHNYA sedangmenggigil… kesejukan?

Tidak!

Tubuhnya menggigil ketakutan.Huh?

Di tangan kanannya terdapatsebilah pisau yang berlumuran darah. Mata takutnya itu merenung sekujur tubuhseorang lelaki dewasa yang sedang terkulai layu itu. Melihat keadaannya sepertinyawanya telah lama dicabut oleh Sang Izrael.

Perut mayat itu terburai.Seolah-olah ditikam berulang kali. Gadis yang memegang pisau itu tiba-tibasahaja mengalirkan air mata. Sambil dia mengesot ke belakang dengan lajusehingga menempel ke dinding, pisau yang penuh dengan darah itu dilepaskan.Berdenting kuat bunyi pisau tersebut apabila berlaga dengan lantai mozek.

Di luar keadaan hujan lebat dankilat sabung menyabung. Keadaan di dalam rumah ini gelap. Tiada cahaya.

“BUKAN AKU YANG BUNUH DIA! BUKANAKU YANG BUNUH DIA!”

Gadis itu mundar-mandir sambildia menarik-narik rambutnya yang panjang itu. Dia kelihatan sangat bingung dantidak tentu arah. Seketika kemudian, dia berhenti. Matanya merenung tajam kearah sebuah pintu keluar. Lalu segera dia menghayun langkah keluar dari tempattersebut. 

Next: Bab1(1)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.