Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,727
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab1(3)

SOALAN pertama yang Imani dengarapabila dia sampai sahaja di rumah sewa bersama Najah malam itu adalah…

“Macam mana Najah boleh adadengan kau ni, Iman? Bukan ke Najah keluar dengan lelaki yang bawak Myvi tadi?”soal Wani bertubi-tubi. Saat daun pintu terbuka bila dia sedang menontontelevisyen, terjegul susuk tubuh Najah dan Imani. Dan serentak itu dia mularasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Kereta Myvi mamat tu rosaktengah jalan,” jawab Imani, malas. Dia sudah merebahkan tubuhnya di atas sofasementara Najah pula sedang mengunci pintu.

Wani yang sedang mengunyah kuaciitu mula kerut dahi. Dia pandang Imani yang sudah terlelap itu. “Serius?”

Najah mencampakkan tastanggannya di atas sofa sementara dia mengambil tempat duduk di atas lantai,membelakangi Wani. “That’s was horribleblind date I’ve ever faced…” katanya sambil mengeluh kecil. Tudung bawal yang terlilit elok dikepalanya ditanggalkan.

Wani yang mendengar pantasmenegakkan tubuhnya. Dia kelihatan bingung. “Apa kau cakap tadi, Jah?”

Najah menggela nafas panjang,ambil beberapa waktu senggang sebelum bercerita sambil memusingkan tubuhnyamenghadap Wani. “Dia cuba nak buat benda tak senonoh dengan aku…”

“Hah?!” Terkejut! Wani sangatterkejut berdasarkan kebundaran matanya membulat nyata gadis berambut afro itumemang betul-betul terkejut.

Dan Najah mula bercerita. Wanikhusyuk mendengar. Kelihatan sesekali dia terangguk-angguk sendiri. Kemudian,riak wajahnya bertukar menjadi geram dan dalam masa yang sama geli.

“…thankGod jugaklah,Iman ada selamatkan aku waktu tu. Kalau tak… hmmm… tak tahulah nak jadi apa.”

Dia perlu bersyukur danberterima kasih kerana rakannya yang seorang itu ada untuk membantu. Memang diaterhutang budi kali ini dengan Imani.

“Lain kali, jangan percaya denganorang dekat WeChat tu. Semua tu nak menipu. Nakambik kesempatan,” sampuk Imani lantas dia bangkit sambil meregang-regangkanbadannya.

Wani juga kelihatanterangguk-angguk sendiri. “Betul tu, Jah.”

“Okey, lepasni aku janji tak nakdah main WeChat tu semua. Aku tak terdesak punnak cari boyfriend. Hehehe.” Najah mula tersengih.

“Nad mana? Tak nampak pun diadari tadi. Lewat dah ni takkan dia tak balik-balik kerja kot?” soal Imani yangbaru hendak melangkahkan kakinya menuju kamar tidurnya. Terpandangkan kamartidur Wani yang dikongsi bersama Nad, seorang lagi penyewa di sini yang sedaritadi tidak nampak langsung kelibat gadis itu.

Wani mula mencebik sambilmembuat riak wajah menyampah. “Ada tadi balik tapi… kau paham-pahamlah.Malam-malam jumaat macam ni pergi merendeklah dengan jantan kat hotel bajetsana.”

Mendengarkan jawapan daripadaWani, Imani hanya terangguk-angguk sendiri. Gadis itu pun satu hal.Kehidupannya yang terlalu bebas membuatkan rasa kurang senang antara merekabertiga. Banyak kali juga Nad bawa balik jantan ke dalam rumah sewa ini untukbermalam sewaktu mereka bertiga tiada. Banyak kali juga Wani dan Najah menegurperbuatannya namun, gadis itu hanya buat tidak tahu sahaja. Perbuatan Nad itujuga mengundang rasa kurang senang kepada jiran-jiran di perumahan itu. TetapiNad itu seorang yang degil dan jenis tidak mahu mendengar teguran orang.Mungkin jika Imani yang menegurnya secara kasar, dia akan berubah.

“Iman, kau tegurlah dia. Sampaibila dia nak bawak jantan ke hulur ke hilir? Kalau kantoi dengan tuan rumah,masak kita weh!”

Imani hanya mengangguk kecil.Dia yang masih mengantuk itu, pantas menghilang diri ke dalam kamar tidur. 

Previous: Bab1(2)
Next: Bab2(1)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.