Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,733
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab2(2)

“AWAK okey?” soal Izhan sambilmengerutkan dahinya. Sedari tadi melihat semacam ada sesuatu yang tidak kena sahajadengan Imani. Paling dia tidak senang duduk apabila terdapat kesan lebam ditepi bibir kiri gadis itu.

“Okey,” jawab Imani sepatah. Diayang sedang mengelap meja itu pantas sahaja beralih ke tempat lain. Enggan diaberada dekat-dekat dengan jejaka muda ini. Waktu kerja, dia haruslahmelaksanakan tugasnya bukan bermain cinta.

Izhan yang masih tidak berpuashati mengekori langkah Imani yang pada ketika itu menuju ke dapur restoran. Adapesanan pizza yang gadis itu perlu hantar kepada pelanggan.

“Saya tahu awak tak okey,”katanya sambil menghalang laluan Imani untuk keluar.

Imani pantas berdecit.“Sudahlah, Han. Aku nak buat kerja ni.”

“Lebam kat pipi awak tu.”

Pada ketika itu Izhan cuba untukmenyentuh tepi bibir kiri Imani yang lebam itu namun, tangan Imani cekapmenepis kasar. Membuatkan rakan-rakannya yang lain di situ tergamam. Imanipantas mendengus lalu berlalu dari situ dan Izhan laju mengejar langkah gadisitu.

“Nak apa lagi?!” Saat itu Imanisudah berada di atas motor sedang memasukkan pesanan ke dalam bakul di belakangmotor. Kasar kedengaran nada suaranya.

“Saya risau…”

“Nak risau apa lagi? Aku cakapaku okey, aku okeylah! Huh! Takkan itu pun tak faham?”

Izhan yang tercegat di tepimotornya itu dikerling sekilas sebelum dia dapat mendengar ada suara-suarasumbang memerlinya dari dalam restoran.

“Eleh, mesti gaduh lagi lah tu.Kalau si pengkid tu tak buat hal kan tak sah.Dah sah-sah pernah duduk dalam dulu, memang selamanya takkan berubah.”

“Haah, betul tu Elly. Akusokong!”

Imani yang mendengar terasapanas. Telinganya panas. Hatinya panas. Kepalanya juga perlahan-lahan panas.Tandanya yang darahnya sudah mendidih. Dia paling pantang jika ada orangmengumpat perihal dirinya. Pasti mengamuk dia dibuatnya. Dia pantas turundaripada motor dan meluru ke arah dua orang gadis yang asyik bergosip itu.

“Dia dah buat perangai…”

“Kau cakap apa tadi?!” jerkahImani kasar membuatkan kedua-dua orang gadis itu terdiam. Suaranya yang kuatdan dalam masa yang tertahan-tahan itu menarik minat rakan-rakan sekerjanyayang lain itu mengintai dari dalam.

Izhan pula pantas mendekat dan cuba untukmenarik tangan Imani tetapi usahanya itu hanya sia-sia apabila gadis itu menepisdengan agak kuat menyebabkan dia terkebelakang dan terlanggar kerusi. Perbuatannya itu membuatkan keadaan di dalamrestoran itu kecoh seketika.

Dua saat, tiada jawapan daripadadua orang gadis yang bernama Elly dan Jiha lalu Imani terus memberikan amaran,

Korang kalau mengata aku lagi, aku takteragak-agak nak buat tulang korang ni patah jadi 12 belas. Faham!”Matanya dijegilkan, besar.

Elly dan Jiha yang sedangmenikus itu laju mengangguk. Lantas dua orang gadis yang masih lagi ketakutanitu pergi ke bahagian dapur.

  
Previous: Bab2(1)
Next: Bab3(1)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.