Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,736
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab3(2)

“SEDAP gila mee goreng mamak ni, Iman!Kau tak nak rasa?”

Imani pantas menggeleng. Diahanya melihat Wani dan Najah yang saling berebut menjamah mee goreng mamak yangdibelikan oleh Izhan tadi. Lantas ketawanya meletus.

“Ha, Iman. Rugi kau tak rasa ni.Mee ni terbaik dari langit kau tahu!” kata Wani beria-ia dengan mulut penuhnya.Tersedak dia jadinya lalu cepat-cepat dia meneguk segelas air.

“Iman, apasal kau tak nakmakan?” soal Najah pula. Dia yang nampak Wani sedang meneguk air, cepat-cepatmenyuap mee goreng itu ke dalam mulutnya sampai bulat pipinya dek terlalupenuh. Gelojoh betul! Ini kalau orang datang meminang, memang sahlah tak jadi!

Imani mengalihkan pandangan kearah televisyen. Sambil dia menekan-nekan alat kawalan jauh itu untuk mencarirancangan yang seronok, kedua-dua belah bahunya diangkat.

“Entahlah. Tak ada seleramungkin.”

“Kesian aku tengok budak Izhantu. Penat-penat dia bawakkan makanan untuk kau, last-last kau tak makan pun. Kitorang dua ni yang makan,” kata Wani.

“Ha’ah, Iman. Mesti dia sedihkalau dapat tahu pasal hal ni,” tambah Najah pula.

Imani yang sedang duduk di atassofa itu pantas mencampak alat kawalan jaduh di tempat duduknya. Tiada siaranyang seronok untuk ditonton. Buang masa! Dia lantas berdiri lalu berjalanmenghampiri meja makan.

“Siapa suruh? Aku tak suruh pun.Kalau sedih, lantak dialah. Ada aku kisah?” ujarnya, berlagak. Siap buatekspresi wajah dan berpeluk tubuh lagi.

“Amboi, kau ni! Tak bersyukurlangsung kan dapat boyfriend caring macam Izhan tu. Kalau aku,memang tak lepaslah. Asyik nak berkepit je. Muka pun boleh tahan juga. Cute je. Sejuk mata aku ni memandang,” puji Najah sambiltersenyum.

“Senang-senang, kau ambiklahIzhan tu. Habis cerita,” kata Imani lantas menghilangkan diri ke dalam kamartidurnya sebelum sempat Wani menyumpah seranahnya.

Beberapa minit kemudian, Imaniyang sudah bersiap itu keluar dari kamar tidurnya membuatkan Najah yang barusahaja keluar dari dapur itu menaikkan sebelah keningnya.

“Mana?”

“Snuker.”

“Dengan?”

Imani berdecit sedikit. Dia yangsedang membetulkan gaya rambutnya yang pendek menutupi separuh lehernya ituterasa rimas. “Apasal banyak sangat tanya?”

“Sebab aku nak jadi roommate dan housemate yang caring,” jawab Najah sambil tayang senyum kambing menampakkanbarisan giginya yang tidak rata itu.

Bibir Imani terjongket. “Baikkau cari housemate kau yang sorang lagi tu. Dah dua malam tau tak balik-balik. Entah katmana dia tidur.”

Najah pantas menjulingkan matanyake atas. “Malas. Itu roommate kesayangan Wani.”

Imani tergelak kecil lantaskunci motor dicapai. Sambil dia menyarung sneakers, tangannya sibuk mendail nomborAmir. Tiga kali deringan, pemanggil di sebelah sana menjawab.

Free? Snooker jom?” ajaknya yang pada ketikaitu sudah bertenggek di atas Yamaha ZR biru kesayangannya.

“Errmmm…”

“Ada story yang aku nak beritahu kau ni.”

Pada waktu itu dia sedangmembelek lebam di bahagian kiri tepi bibirnya melalui cermin sisi. Teringat diaperistiwa bodoh pagi tadi yang melanda dirinya sebelum ke tempat kerja.Disebabkan sebuah kereta yang tidak memberi signal ketika membelok, tepibibirnya sudah lebam. Terasa sedikit sakit apabila disentuh tetapi dia peduliapa.

Tiga minit, pemanggil di sebelahsana tidak memberikan jawapan. Dia mengeluh kecil sebelum berkata.

“Kau tengah dengan Bella, kan?Takpe. Aku gerak sorang. Bye.”

Talian dimatikan tanpa sempatpemanggil di sebelah sana mengakhiri perbualan. Enjin motorsikal dihidupkan danImani bersama helmet fullface kegemarannya meluncur lajumembelah keheningan jalan raya.  

 

Previous: Bab3(1)
Next: Bab4(1)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.