Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,730
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab1(2)

“MANA mamat muka bulan ni?” Imanimenekan-nekan skrin telefon pintarnya. Dahinya berkerut. Sesekali telefon itudibawa ke cuping telinganya. Kemudian dia berdecit sedikit. Setelah hampir tigasaat tiada jawapan, dia letak telefon pintarnya di atas meja warung itu dengankasar.

Perbuatannya itu membuatkanNajah terkejut. Dikerling wajah Imani yang kian sebal itu. “Kau kenapa?”

“Bengang dengan mamat mukabulan.”

Najah pantas kerut dahi. “Mamatmuka bulan? Siapa?”

Perbualan mereka terhentiapabila seorang pelayan kedai menghantar pesanan air yang telah dipesan hampir15 minit tadi. Setelah mengucapkan terima kasih, pelayan yang berumurlingkungan belasan tahun itu cepat-cepat beredar. Mungkin dia seram melihatwajah Imani yang macam singa lapar itu.

Teh tarik dengan buih lebih itu,Imani hirup. Perlahan-lahan.

Ah, nikmatnya!

Terasa hilang segala kepenatanmembelasah jejaka tak guna itu tadi. Namun, kenikmatan dia menikmati teh tarikbuih lebih itu hanya bertahan kurang daripada dua minit sebelum mamat muka bulanitu datang menerjah.

What’sup, dude!”

Imani tersedak tatkala adatangan tiba-tiba sahaja menepuk belakang badannya dengan kuat. Tak guna betul!Hidungnya terasa sangat sakit tatkala teh tarik itu masuk terus ke dalamrongganya.

“Woi! Cibs lah kau ni!” seranahnya sambil terbatuk-batuk. Wajahnyasudah merah padam. Najah pantas memberikan bantuan dengan menepuk-nepukbelakang tubuh rakannya itu.

Mamat muka bulan itu hanyaketawa. Dia lantas mengambil tempat duduk di hadapan Imani dengan selamba. “Relakslah.”

Imani pantas menjeling tajam.Kalau ikutkan hati mahu kepala jejaka berwajah bayi (baby face) ini kena pelangkung dengannya.

“Diamlah, Amir!”

Amir, rakan paling rapat denganImani. Jejaka ini yang selalu ada dengannya. Teman lepak dan teman tempat diamengadu bila ada masalah. Persahabatan mereka terjalin disebabkan oleh minatyang sama dan perangai mereka juga lebih kurang sama. Atau… lebih tepat lagimereka sekepala. Jejaka inilah satu-satunya manusia yang memanggil Imani denganpanggilan…

“Ali, aku tahu kau bengangdengan aku sebab lambat. Sorry. Kau tahu kan aku tengah handle budak-budak nak UPSR tu tuisyen kat sekolah? Jadi, tadiaku terpaksa chonglah budak-budak tu yang aku ada emergency and terpaksa habiskan tuisyen awal,” ujar Amir memberikanalasan.

Ali, singkatan nama untuk AliaImani.

“Cikgu yang berdedikasi, konon…”Pantas Imani mengejek sambil dia mengekek tawa. Najah hanya diam dan menjadipendengar perbualan atau lebih kepada perbalahan.

“Hakalah! Aku memang cikgu yangberdedikasi. Kau je punca kededikasian aku semakin merudum,” tuduh Amir melulu.

“Ah, engkau! Dahlah lambat,banyak bunyi pulak. Pergi order!” Cepat-cepat Imani mengalih topik. Karangkalau dibiar berlarutan mahu sampai esok malam mereka bertengkar.

Amir segera angkat tangan. Tidaksampai dua saat, pelayan belasan tahun itu datang. Mengambil pesanan dan terussahaja berlalu dari situ.

“Apahal kau belasah mamat tu?” soalAmir seraya merapatkan tubuhnya dengan meja tersebut. Dia renung wajah Imaniyang nampak tegang itu. Terkejut dia sewaktu mendapat panggilan daripada gadisitu semasa sedang mengajar tadi.

Imani menyebabkan rambutnya yangpendek dan sedikit keperangan itu ke belakang. “Dia cuba nak buat benda taksenonoh kat Najah. Kebetulan aku nampak, aku belasahlah dia and then…”

Andthen?”

Andthen diapanggil aku pengkid lepastu dia kata Najah girlfriend aku. Aku geram, aku hentaklah kepala dia pakai helmetaku. Pastu aku dengan Najah blah,” cerita Imani dengan selamba.

What?! Kau hentak kepala dia pakaihelmet?” soal Amir, kaget.

Yup. Apsal?”

Terer gila kau, dude!” puji Amir sambil tersenyum. Imani juga turuttersenyum bangga. Ada juga orang memujinya walaupun jelas-jelas perbuatannyammebelasah jejaka itu salah. Kemudian, pandangan Amir beralih pula kepada Najahyang pada ketika itu sedang mengunyah ais.

“Najah okey?” soalnya lembut.

Najah hanya mengangguk sambiltersenyum. Imani yang melihat mula meluat. Disepak kaki jejaka yang sedangmengenyitkan matanya kepada Najah. Terjerit Amir dibuatnya. Najah pantasterkejut. Meja warung itu kelihatan ternaik sedikit akibat kepala lutut Amirmenghentaknya. Seketika, meja mereka menjadi tumpuan pelanggan lain.

“Aduh! Kau ni apahal, Ali?”Kelam-kabut dia mengusap kepala lututnya yang terasa berdesing seperti kenapanah petir apabila berlaga dengan meja. Sakit betisnya disepak dengan Imanitidak dapat menandingi kesakitan kepala lututnya itu.

“Nak ngorat, jangan depan aku.”Imani menjegilkan matanya sedikit sebelum menyambung katanya kembali, “Kaupatut tanya aku. Bukannya Najah. Sah-sahlah aku yang belasah mamat tu sekarangcerita dia,” katanya tidak puas hati.

Amir merenung wajah Imani, lama.Dia betul-betul mengamati setiap inci wajah rakannya itu. “Tak ada lebam punkat muka kau. Maknanya kau okeylah tu.” Lantas ketawa berdekah-dekah.

Previous: Bab1(1)
Next: Bab1(3)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.